Rabu, Ogos 06, 2008

Mahal Nilai Pengalaman

orang cakap,kadang-kadang kita tak tahu hikmah sesuatu perkara sehingga bertahun-tahun kemudiannya.sakit semalam akan jadi penawar pada masa depan dan seburuk-buruk perkara yang menimpa kita pasti akan ada sudut positifnya walaupun kita takkan nampak serta-merta terutamanya bila kita tengah 'sakit'.setiap pengalaman itu berharga sekalipon yang paling menyeksakan.

itu yang orang cakap..

dan hari ini,untuk ke sekian kalinya,gua mengakui kebenaran itu..

setiap kegagalan yang gua anggap sebagai membebankan dan membuang masa akhirnya dah terbukti ada kepentingan dan manfaat untuk gua hari ni.pengalaman..pengalaman,beb..mahalnya nilai pengalaman..

akhirnya semua akan make sense..

campak gua ke dasar bumi,humban gua hempas gua,bunuh gua,selagi hayat dikandung badan,gua akan bangkit balik.


Tiada ulasan: