Rabu, Ogos 06, 2008

Sembang Kosong

sepanjang kehidupan nih,sangat sikit gua berkompromi dengan orang lain.gua hidup dengan berpegang pada 'suka hati gua'..basicly,gua tak peduli apa orang nak cakap tentang diri gua.gua tak kisah pendapat orang,selagi gua rasa gua tak salah.selagi hati dan jiwa gua percaya gua betol,gua stick dengan pendirian gua.bukan soal rebel,degil,tapi bila masuk hal pendirian dan pendapat,takde sape yang boleh tentukannya untuk gua selain diri gua sendiri.tak perlu nak ajar,nak susah-payah cuba ubah.ya,gua manusia yang bila gua cakap hitam,maknanya hitam.tapi,gua tak suka argue.bertekak tegakkan pendirian dan pendapat perbadi adalah benda yang bodoh bagi gua terutamanya bila lawan bertekak kita adalah orang yang juga degil dengan pendirian dan pendapat peribadi dia.buang masa dan tenaga serta suara.takde faedah.gua memang suka menang,tapi gua tak kisah sangat dengan kemenangan mulut,kemenangan zahir.im bigger than that.tak tau?ular susur akar takkan hilang bisa.buat-buat bodoh takkan jadikan kita bodoh tapi buat-buat pandai akan nampakkan kebodohan kita..diringkaskan,gua tak peduli tentang 'pengiktirafan' zahir semua tuh.tak bermakna gua suka dipandang rendah tapi gua juga takkan bising untuk hebahkan kelebihan gua.ia cuma itu.kalau lu bagus,lu bagus la.kalau lu hampeh,lu hampeh.sooner or later,kebolehan sebenar akan terserlah jugak.hasil kerja akan jadi bukti beb,bukan cakap-cakap mulut.faham?tak faham sudah.

Tiada ulasan: