Rabu, Julai 16, 2008

Illusi Malam Sempurna

kilau bintangmu
membias telaga malamku
gemersik riak sedetik
bergetar tasik naluri
asyik....

di birai jendela mimpi
persimpangan terang dan gelapku
menghulur tangan memanggil langit
hadir mendakap jiwa
biar berselimut bayu damai
syurga buat tenat jasadku

padamu bintang
padamu bulan
jari jemari mengait
meminjam indah wajah di kejauhan
simpan memancar di genap rongga
menjadi belaian sanubari
dan bawaku jauh
menyusur mimpi....

(16/07/08 10:48 pm)

tafsiran: gua nak tido lena puas-puas.


Tiada ulasan: