Rabu, Julai 16, 2008

Buang Masa Dengan Privasi

sebenarnya gua malas nak menaip nak update blog,tapi entah kenapa rasa gatal tangan nak taip jugak..juz now gua telah mereject permintaan kakak gua untuk dapatkan id ym gua dengan tak nak kasi id ym gua kat dia..gua tau memang gua kerek sikit.privasi gua.dunia broken_nigina di alam maya nih adalah milik peribadi mutlak gua yang tak boleh dimasuki oleh ahli keluarga dan mereka yang berhubung kait secara rapat dengan kehidupan peribadi gua di luar.walaupun cuma id ym,tak boleh.id ym gua ialah id gua dalam dunia internet nih yang diorang tak perlu untuk tahu.

gua sebenarnya dah banyak berkompromi dengan melanggar pendirian gua sebelom nih yang tak nak dikenali sesiapa pon dari alam maya nih demi nak menjaga hati tapi yang satu tu,gua takleh kompromi.privacy is my top priority.gua tak suka famili gua terlibat dalam dunia peribadi gua,dunia jiwa dan perasaan gua.TIDAK.even di tahap jiwa gua berkecai sampai gua dah tak mampu nak tanggung sekalipon,diorang masih tak perlu tahu.gua tak suka dan gua tak mahu dan gua tak rela.takde kata-kata yang boleh gambarkan ketaksukaan dan ketakmahuan dan ketakrelaan gua tuh.membuka jiwa dan perasaan gua pada famili is like,urgh..takde istilah untuk itu.membayangkannye saja pon gua dah rasa amat tak selesa hingga di tahap benci..tak boleh..

the truth is,gua bukan suka berahsia.gua sangat terbuka,malah gua boleh bercerita hampir semua tentang diri gua pada sesiapa pon.takde apa yang sulit yang gua nak sorok-sorok.tapi ia cuma gua menyampaikan maklumat,menyampaikan fakta..bukan ulasan,bukan huraian.takde yang lebih dari sekadar memberitahu secara am.

eh..tiba-tiba gua rasa malas.

dah habis.

Tiada ulasan: