gua suka pada benda-benda yang boleh mengenyangkan mental gua.gua suka pada benda-benda yang akan mengajar gua tentang sesuatu yang baru,tak kisah baik atau buruk.mental gua tak pernah 'kenyang' dan tahap kelaparan mental gua sentiasa meningkat dan meningkat.itu psikologi sebenarnya.memang kemahuan dan tahap kepuasan manusia akan sentiasa meningkat dan meningkat dari masa ke semasa.'kami mahu lebih'.
untuk cakap apa yang ada pada masa sekarang dalam kehidupan nih dah tak lagi memenuhi tahap permintaan dan kepuasan mental gua,mungkin terlalu riak sebab gua sedar gua belom setua dan seberpengalaman tuh untuk bercakap seolah-olah gua dah melihat dan tahu segala-galanya tentang hidup,tapi gua takleh jugak nak menipu kebenaran yang tak banyak perkara lagi boleh memuaskan naluri gua dan menimbulkan rasa ingin tahu gua.dalam hal nih,mungkin ada kelebihannya jugak menjadi orang yang asalnya 'tersekat' dan kemudian baru 'bebas' untuk melihat perkara-perkara yang selama nih taboo atau lebih tepat,dijadikan taboo oleh pihak lain.sekatan merangsang berontak dan berontak membawa kepada keghairahan mencari banyak benda-benda yang sebelomnya dikekang.point gua,berjalan mengikut tahap kelajuan yang betol tuh mungkin lebih bagus.bukan terlebih laju,bukan terlebih perlahan,tapi berpatutan dengan yang perlu.
nak mengaku gua terlebih laju,boleh ke?apa yang gua tekankan kat sini,bukan dalam bentuk kelebihan yang perlu ditafsir sebagai bentuk pujian dan keperasanan.tengok blog gua.rasanya kelajuan gua mengupdate walaupon banyak dengan rapu-rapu yang penuh repek je dah jelas yang gua memang laju melampau-lampau.dalam realitinya,itulah gua.satu buku yang sepatutnya dihabiskan berhari-hari oleh manusia biasa,gua habiskan dalam satu malam.yang gua buat pada satu masa,kecenderungan gua untuk menghabiskannya pada masa tuh jugak.gua tahu nak cepat,nak segera,nak sekarang yang juga menjadikan gua manusia yang bila nak sesuatu mesti dapatkan benda tuh pada masa tuh jugak."i want what i want when i want it".bukan sebab kuatnya gua nakkan sesuatu,tapi lebih kepada kuat dorongan gua yang tanak sabar dan berhenti.hakikat kebiasaannya,sebenarnya bukan gua perlukan sangat benda tuh,tapi gua hanya perlu memenuhi tuntutan naluri gua pada satu-satu masa,yang belom tentu akan terus sama pada masa lain.bukan objek yang jadi soal,tapi apa yang datang yang bersimbolkan objek tu.macam duit.bukan kertas duit tuh yang bernilai,tapi apa yang boleh diperolehi melalui kertas duit.jadi,soalnya,bila gua nakkan sesuatu,bukan bermakna gua nak apa yang gua nak.macam melencong dari apa yang sebenarnya gua nak tulis tapi tak kisah la.ini gua.memang mudah melencong.kalo gua ke kedai nak beli pen,potensinya cukup besar untuk gua beli buku dan berkesudahan dengan tak beli pen yang asalnya gua nak beli.tapi tak macam kebanyakan orang yang akan menyesal lepas buat sesuatu yang tak mengikut perancangan,gua selalunya tak menyesal.pada akhirnya,gua cuma akan tengok balik apa yang gua dah dapat dan akan menikmati.
live by the moment..gua tak hidup pada semalam,tak hidup pada esok,malah tak untuk sejam dua akan datang.apa yang gua buat pada masa yang tengah berlangsung akan menentukan apa yang akan berlaku lepas tuh,bukan apa yang akan berlaku lepas tu menentukan apa yang gua buat sekarang.kalo berminat tentang astrologi,sifat-sifat nih diterangkan pada seorang yang berzodiak aries.tak kisah la percaya ke tak percaya ke karut tahyul dongeng syirik atau pape pon cuma memang itu gua.gua sentiasa mahu yang lebih,yang cepat,yang segera dan mahu sesuatu seperti yang gua mahu.ini yang selalu buat sesapa yang rapat ngan gua akan rasa macam diorang sentiasa perlu memenuhi expectation tertentu dari gua.mungkin betol,tapi expectation tuh peribadi.gua mahu sesuatu benda dalam bentuk-bentuk tertentu,tapi tak bermakna diorang perlu memenuhi apa yang gua mahu.semacam gua tak suka sesapa yang nak gua jadi orang lain,gua pon tak suka orang lain jadi bukan diri sendiri dengan gua.kat sini sebenarnya gua ambik side yang negatif.ada permintaan tertentu terhadap satu-satu benda tak bermakna orang-orang tertentu perlu penuhinya untuk gua,TAPI juga tak bermakna gua akan duduk diam tak terus mencari sesuatu yang boleh memenuhi permintaan gua.
realiti.tak perlu pusing-pusing berdalih.memang gua cukup payah untuk berkomitmen pada satu-satu benda.gua pikir,gua nilai balik.bukan gua tak boleh bagi komitmen sebenarnya,gua cuma tak boleh bagi komitmen hanya pada satu benda.nih kualiti yang sangat tak memberangsangkan untuk seorang kekasih.kalo sesuatu tuh gua dah suka,tahap komitmen gua memang di tahap klcc yang sungguh kebal dan tak boleh diganggu gugat.tapi,gua juga boleh memberi tumpuan gua pada benda lain tanpa komitmen gua tergugat.maknanya?dalam bahasa yang sempoi,tak reti dok diam.gua sentiasa mencari.yang mungkin itu akhirnya buat gua rasa macam dah takde apa lagi yang nak dicari.tak macam orang lain yang rasa diri diorang bermula dengan kekangan,kawalan,gua sentiasa rasa bebas dari azali.bebas minda.bukan bebas 'bebas'.mungkin kerekter kot.gua jenis yang membuat keputusan dan pilihan gua sendiri dari awal-awal lagi.tak pernah rasa dihalang dan dikongkong.mungkin sebab gua tak pernah peduli dan memang sentiasa akan buat apa je yang gua rasa nak buat.gua sentiasa nak mengexplore dan bereksperimental dengan diri.tapi tak macam mereka-mereka yang rasa cara nak buat semua tuh ialah dengan buat secara fizikal,gua melihat jasad tuh hanya illusi..gua percaya pada 'kuasa minda'..maksud gua,mengoptimakan minda seoptima-optimanya dan explore melalui mental.kalo ada yang mencari kepuasan fizikal,gua mencari kepuasan mental dan jiwa.baliknya lagi,mungkin tuh la yang membuatkan gua susah untuk dipuaskan.macam,andaikata sekali pon gua nak mencari seseorang untuk berfoya-foya,gua masih mencari seseorang yang akan memuaskan mental dan jiwa gua..macam tak paham..meaning,sekali pon niat gua cuma nak berfoya-foya dan tak serius,gua masih akan mencari sesuatu yang mendalam yang betol-betol akan mengisi jiwa gua dan mendalam.nampak?gua tak berminat dengan hubungan biasa,hubungan seberangan yang takde pape keistimewaan walaupon gua bukan nakkan hubungan yang istimewa.kesimpulan,bagi mereka yang naif,adalah tidak sesuai untuk dekat dengan gua.
dan gua pon dah penat nak membebel lagi..dah berjela-jela gua menaip layan kepala melebihi keperluan sesuatu yang patut dipanggil penutup.gua memang orang yang berhabis-habisan dan sentiasa menolak batas(push the limit) tapi sebagai seseorang yang sangat suka pada leisure dan self pleasure,gua memilih perkara-perkara yang menyenangkan gua saja untuk aplikasi kerekter tuh macam membebel dalam blog nih yang memang langsung tak berkepentingan seperti sekarang..sekian terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan