Khamis, Februari 21, 2008

Pisang & Strawberi

gua tak tau nak mengketegorikan jiwa gua kepada rebel atau bukan rebel.gua rasa,gua termasuk dalam ketegori yang lebih fleksibel.gua boleh jadi rebel,boleh jugak jadi cool.mungkin ini fasa kehidupan.tapi,dari dulu,gua kira gua memang camnih.gua rebel bila gua nak rebel.tak kisah samaada gua dihalang,atau disuruh,atau disokong,gua buat apa yang gua suka.secara dasarnya,itu rules yang gua pakai.takde sesape yang menentukan jalan gua.gua yang pikir,gua yang nilai,dan gua yang pilih.gua mungkin bersetuju dengan perkara yang banyak dipersetujui umum,dan gua boleh jugak menentang pendapat umum.diringkaskan,suka hati gua.gua tak peduli dunia arus perdana atau bukan arus perdana,gua ikut arus gua sendiri..
gua tak terikat dalam mana-mana puak.gua manusia bebas.diri gua dan mentaliti gua..yup..individual..tak kisah apa yang berlaku kat luar sana,perkembangan semasa,trend terkini,atau apa-apa saja..semua tuh tak mendatangkan sebarang kesan pada dunia gua.apa yang gua tau,gua adalah gua dan akan terus jadi gua.gua ada prinsip.gua ada pegangan gua sendiri.lapangkan otak,bebaskan diri dari pengaruh satu-satu sentimen,tengok gambaran yang lebih luas,jadi orang yang bukan bias.diringkaskan lagi,gua tak apply mana-mana rules selain apa yang gua putuskan sendiri.mungkin gua setuju dengan satu-satu perkara,tapi atas alasan gua sendiri,belom tentu sama dengan alasan orang lain yang setuju dengan benda tuh.
gua pakai undang-undang gua.gua pikir,mungkin semuanya berkisar tentang kitaran hidup.walaupon orang cakap usia bukan penentu kematangan,tapi suka atau tak,adakalanya memang ia ditentukan usia.kita hidup lalui pelbagai fasa.untuk lebih adil,mungkin bukan usia secara khusus,tapi pengalaman,pengamatan,pendedahan.lebih banyak yang kita lalui dalam life,samaada kita sedar atau tak,akan nampak kesannya pada mentaliti..betol,bukan faktor masa secara khusus.kengkadang hanya sehari,satu peristiwa,sudah cukup untuk buat kita jadi 'orang baru'..gua mungkin vain,mungkin perasaan,mungkin berlagak,tapi hanya jujur pada diri dan jujurnya,gua rasa di tahap sekarang,takde ada apa yang akan mempengaruhi minda gua.mungkin gua marah,mungkin gua terusik,mungkin ada individu-individu yang berjaya mengguris hati gua yang lebih suka gua jadikan kebal,tapi itu takkan mempengaruhi penilaian gua terhadap sebarang hal sekali pon.gua mungkin tak suka,gua mungkin menyampah,gua mungkin terluka,tapi itu tak ubah apa-apa.itu tak ubah cara gua melihat kualiti-kualiti tertentu yang ada pada seseorang.
bagi seorang yang pendiam,gua mungkin agak outspoken..pada sesetengah perkara,mungkin gua sedikit harsh(atau mungkin banyak).tuh pon,gua rasa sekarang nih gua di tahap yang lebih toned down..tak perlu nak tipu sesaper..hakikatnya gua memang kuat mengutuk dan menyelar pape saje yang gua rasa layak untuk dikutuk dan diselar..tapi gua fair,gua juga puji apa yang gua rasa selayaknyer dipuji..
dalam dunia nih,memang lebih banyak benda yang gua tak suka daripada yang gua suka..tapi,gua tak rasa itu rebel cuma gua mengaku gua memang cepat hilang sabar pada orang-orang yang bodoh.kerana bodoh tuh luas,mungkin gua sendiri tergolong dalam orang bodoh bagi individu lain tapi gua tak bercakap tentang bodoh yang universal.gua cuma bercakap pasal bodoh dalam konteks gua sendiri.bodoh konteks gua tak mengira pangkat atau darjat,usia,jantina,taraf iq,atau tahap ketinggian ilmu dunia mahu pon agama.bodoh gua merujuk kepada lembab,cetek mentaliti dan jiwa,minda tertutup,takde pendirian,takde tulang belakang,takde identiti sendiri,pathetic..kalo gua terus listkan,mungkin akan berjela-jela dan takde kesudahan.who am i to judge others?tapi seperti kata gua,resmi gua ialah suka hati gua.
antara benda yang gua benci,mungkin bersangkut-paut dengan soal agama,budaya..apa yang gua tak suka turut termasuk dalam benda yang ditegah agama atau bertentangan dengan budaya..bagi mereka-mereka yang termasuk dalam bodoh ketegori gua,diorang akan menyimpulkan bahawa gua adalah seorang yang kuat agama..realitinya,tidak..gua benci apa yang gua benci,bukan sebab sebarang sentimen.gua bukan manusia yang peduli dan penuh kasih-sayang,mahu melihat masyarakat yang sebangsa dan seagama dengan gua untuk jadi baik dan insaf serta hidup dengan penuh sejahtera.jujur,gua anggap mereka-mereka yang bercakap yang bunyinya seolah-olah macam tu lebih kedengaran hipokrit.do u really care?kalo memang sejujur-jujurnya lu sebaik tuh,bagus untuk lu,tapi bagi orang-orang yang mengamalkan dasar bajet baik,come on la..get real..gua tak tau kalo orang lain termakan,tapi bagi gua sendiri,semua tuh sungguh tak real.gua bukan jahat atau apa.cuma jujurnya,gua cuma peduli dan sayang orang-orang yang ada kaitan ngan gua semata-mata.jadi kalo gua nak tegur untuk memperbetolkan dengan niat suci murni demi kesejahteraan bersama,gua hanya akan buat camtuh pada orang-orang yang gua sayang yang memang sangat tak banyak.
mungkin belom cukup jujur..sebenarnya.gua memang bukan jenis yang suka menegur dan bagi nasihat pada sesaper pon,yang gua sayang jauh lagi yang gua tak sayang.kalo lu bodoh,yang bodoh itu lu.kalo sorang manusia tuh nak berubah,dia akan berubah dengan sendirinya,tak perlu disuruh orang lain.didorang,mungkin,tapi gua memang jauh dari menjadi seorang manusia yang mampu mendorong orang lain dan buat masa nih,masih belom berminat untuk jadi salah-seorang.dunia nih luas,tak terbatas.kita mungkin tengok sesuatu dan rasa nak bercakap sesuatu tentang perkara tuh,tapi itu bukan bermakna kita bercakap tentang individu.dunia nih general.kita tengok,kita pikir,dan kita respon.konsepnyer cukup simple.kepala gua ligat berjalan,kitaran tak berhenti,jadi gua absurb banyak benda,dan bereaksi.bukan kerana gua care,bukan kerana ia akan mempengaruhi apa-apa tentang gua,tapi hanya kerana mental gua bukan statik.gua tengok,gua pikir,dan gua nilai,lalu keluar dengan gua punya persepsi dan perspektif gua sendiri.gua mungkin ignorat,mungkin loner,tapi gua suka bila minda gua berkembang.kerana itu,gua akan sentiasa bereaksi pada banyak benda.lu orang boleh dapat gembaran?ia takde kena-mengena dengan sesapa walaupon sesuatu perkara tuh dijana oleh sesetengah pihak.gua ada otak,gua ada akal,gua ada mentaliti..jadi gua akan terus melihat,berpikir dan menilai,dan keluar dengan tanggapan dan perspektif gua sendiri.ia dah tak berkaitan dengan first party.
kenapa gua benci dan selar sesetengah perkara?pertamanya sebab,dah gua benci nak buat camane.bukan benci benci,cuma benci.contoh terdekat,keghairahan budak melayu yang nak meraikan valentine dengan teknik-teknik yang konon disifatkan romantik secara global.nape gua benci?sebab haram sambut valentine,sebab kasih-sayang itu tak perlu disambut pada hari-hari tertentu je?kalo gua cakap camtuh,oh,gua sungguh hipokrit.gua hanya menyampah.bukan gua jeles sebab gua takde boipren untuk sambut valentine.bukan..gua hanya menyampah dengan kambing yang sibuk nak mengaum.menyampah dengan kerbau kena cucuk hidung yang ikut je ke mana ditarik.gua menyampah dengan pokok pisang yang duduk dalam salji dan cuba nak berbuah strawberi.pokok pisang tuh mungkin rasa macam best,tapi sebenarnya bodoh.gua bukan kisah pon,cuma gua rasa itu pathetic.sungguh mengasihankan.
pape pon,semua tuh tak penting pada gua.sebagai seorang manusia yang self centered,perhatian gua cuma bertumpu pada diri sendiri dan benda-benda yang hanya ada kepentingan pada diri gua.tapi bukan bermakna gua butakan mata,pekakkan telinga.gua suka jadi bijak,dan terus belajar.bukan belajar pegi kelas,yang tuh gua malas..belajar dalam ertikata melihat,berfikir,dan menilai..apa yang jadi,yang lepas dan yang akan datang,gua akan make the best out of it.ada orang yang enjoy jadi bodoh dan nak terus kekal bodoh,tapi gua prefer untuk upgrade diri.jadi manusia yang baik,positif,penuh disiplin?hahaha..belom ada cita-cita untuk itu.tak berminat untuk memberontak dan langgar semua peraturan tapi masih tak berminat untuk jadi sepositif itu.sebenarnya sepanjang-panjang gua membebel hanya merumuskan satu benda,gua buat apa yang gua suka,ikut suka gua dan gua tak perlu rujuk kepada pandangan atau penilaian sesaper.gua nampak diri gua sebagai seorang individu iaitu diri gua,bukan masyarakat,bukan kaum,bukan golongan mana-mana..gua tak percaya pada hidup perlu positif,gembira.again,its about ballance..hidup terdiri dari banyak unsur..terlalu positif itu boring..pointnyer.be true to urself..bukan be true maksud gua jadi sungguh jujur tunjuk semua keburukan pada semua orang.lu jujur lu tak jujur,apa bezanya pada orang lain yang takde kena-mengena dengan lu?perlukah gua menghargai kejujuran lu tuh?sungguh sampah-sarap..gua tak peduli lu jujur atau lu tak jujur,soal ketulusan hati dan keluhuran lu tak menjadi soal bagi gua.dunia nih bukan hak mak bapak lu,jadi cepat-cepat la membesar untuk belajar yang kita kena pandai bawak diri dan behave ourselve dengan khalayak..be true bagi gua ialah kenal diri,kenal identiti.kenal akar-umbi,kenal asal-usul dan bangga dengan sape diri kita..kalo lu pokok pisang,jadi la pokok pisang..bukan pokok yang macam pokok pisang tapi bukan pokok pisang...tapi pokok pisang ke pokok apa,takde kepentingan untuk gua..jadi,malam nih gua terus memetalkan diri dan layan banging..berbackgroundkan lagu band yang tercinta,xpdc-semalam yang hilang..
metal rulez!!peace..

Tiada ulasan: