nape dalam idup nih kita kena tunjukkan sifat keras macam takde apa yang berlaku boleh menjejaskan diri kite?kalo tak orang lain,mungkin gua yang selalu wat camtuh.nape?gua nih kuat sangat ke,luar biasa sampai takkan terusik langsung dengan benda-benda yang boleh menghancurkan orang-orang lain?sebenarnya,dan sesungguh-sungguhnya dengan amat-amat sedar gua tau gua sebenarnya bukan la kuat sangat.gua cuma tak tau camane nak zahirkan kelemahan gua,kegoyahan gua..sebenar-benarnya,gua sentiasa goyah,sentiasa bergolak..sebenar-benarnya walau betapa lain dari kebiasaan pon seseorang tuh,pada akhirnya dia tetap manusia biasa..manusia biasa yang bila dinamakan manusia tetap ada perasaan dan bersusun-susun kelemahan dan kekurangan pada dirinya.gua bukan kuat mampu hadapi segala kelukaan,segala tekanan yang melanda diri gua cuma gua bijak menutup semua tuh.gua pendam,diamkan dan berlagak macam gua takde pape tapi hakikatnya dari dulu,dari mula-mula gua lahir atas muka bumi nih,jiwa gua nih sentiasa bergoyang,kacau.dalam tak benarnya tanggapan rata-rata manusia terhadap gua,sebenarnya tetap ada kebenarannya..memang gua ada konflik jiwa..memang ada yang tak kena pada diri gua.cuma,apa yang tak betulnya ialah bukan semua tuh yang mempengaruhi gerak-geri dan keputusan gua dan gua sendiri tak tau sebenarnya camane gua boleh ada formula yang memisahkan jiwa dan perasaan gua daripada mendatangkan kesan pada pemikiran dan kehidupan gua di dunia sebenar.benda tuh satu kebaikan ke?camane boleh jadi satu kebaikan kalo jiwa dan perasaan tuh sepatutnya seiring dengan pemikiran dan kehidupan?nape gua idup dalam dunia yang terpisah?jasad gua dan pemikiran gua dalam realiti tapi jiwa dan perasaan gua ada dalam alam yang lain..alam yang tak sepatutnya seseorang manusia normal hidup..
tapi..setaklogik manapun kenyataan tuh dan takleh diterima akal,tuh tetap kenyataannya.gua tak mintak jadi macam nih.nape sorang manusia nak jadi rumit sampai takleh diterima orang lain?sebenarnya kita boleh kawal tindak-tanduk kita supaya tak merumitkan keadaan..dan memang itu yang gua wat..kerana gua idup dalam dunia realiti yang memerlukan gua untuk jalani kehidupan harian dengan manusia-manusia lain maka gua ikut resam mereka.kita kena jadi bijak..bertindak dan buat pilihan yang membolehkan kita survive dalam dunia nih..jadi manusia biasa..dan gua buat macam tuh..dunia dalam blog gua nih adalah dunia jiwa gua..bukan dunia realiti gua..semuanya adalah alam dalam minda gua,dalam naluri gua..dunia realiti bukan semua nih..
gua ada dunia realiti gua..dunia dan kehidupan harian gua sebagai manusia biasa macam orang lain.pegi sekolah,pegi belajar,jumpa orang,berurusan dengan macam-macam manusia dan tambah lagi bila gua dah terjun ke bidang yang satu nih yang memang memerlukan gua berurusan dengan orang tiap-tiap hari..kenyataannya,gua ada kehidupan realiti gua..apa-apa sekalipon,kita ada realiti yang perlu dihadapi.realiti tuh bagi gua memisahkan gua daripada membebankan hidup gua dengan 'hantu-hantu' zaman silam yang dah tak lagi wujud dalam kehidupan gua.logiknya,camane kita nak hidup dengan orang yang memang dah takde hubungan dengan hidup kita?hidup memang camtuh..kita berjalan,kita jumpa macam-macam manusia di sepanjang perjalanan dan dalam perjalanan tuh pasti ada orang yang akan datang dan pergi daripada kita.semua tuh lumrah.takde benda yang murah dalam dunia nih yang boleh kita dapat percuma.harga dalam meneruskan kehidupan ialah kita terpaksa lepaskan sesuatu bila kita mahukan sesuatu.memang perlu ada pengorbanan..setiap apa yang kita buat perlu dengan sedar tentang segala risikonya.bila kita pilih sesuatu,juz tahu pasti ada harga yang perlu kita bayar.kalo kita boleh dapat segala-galanya macam yang kita nak,kita arapkan,dunia nih takkan jadi dunia macam yang kita hidup sekarang nih.kesimpulannya,kita takkan selalu dapat apa yang kita nak.dunia tak berfungsi ikut idea dan kehendak hati kita.banyak kalinya,kita yang kena akur dan ikut arus dunia.kita buat apa yang perlu kita buat..sebab tuh gua cakap,dunia dalam nih bukan dunia realiti..
bila gua pikir-pikirkan,kengkadang gua tertanya-tanya apa maksud realiti dan bukan realiti?sebagai manusia yang waras,gua tafsirkan realiti tuh sebagai sesuatu yang wujud secara nyata,secara fizikal dan bersifat hadir..maka segala-gala yang berlawanan daripada semua tuh jatuh sebagai sesuatu yang khayal..tapi,banyak benda yang benar dalam dunia nih adalah yang tak bersifat nyata dan fizikal..jadi,camane nak takrif sesuatu yang realiti dan bukan realiti?bila gua layan pemikiran gua nih,memang banyak sangat benda yang gua pikir..25 tahun gua berpikir,masih banyak benda yang gua nak pikir.makin gua pikir,makin banyak yang buat gua terpikir..pikir dan pikir lagi..tapi,walau apa sekalipun,kita takleh nak bawak semua orang berpikir macam pemikiran kita..atas kesedaran tuh,gua akur kita takleh memaksa orang ikut cara kita.jadi,kalo orang lain adalah berbeza dari kita,semua tuh bukan salah diorang.kalo gua terpaksa ubah diri gua,jadi seseorang yang bukan diri gua untuk orang lain,tak adil untuk diri gua sendiri dan jugak orang tuh..macam tuh kalo sebaliknya.kalo demi nak bersama gua seseorang perlu ubah diri dia menjadi seseorang yang bukan diri dia sendiri,maka gua rela lepaskan orang tuh..itu bukan tanda marah,tanda tak puas hati tapi bila masuk soal jiwa dan perasaan,memang takde orang yang bersalah.kita takleh paksa orang untuk suka apa yang kita suka.kita takleh paksa orang untuk buat-buat gembira bila dia tak gembira..jadi kalo kita tau seseorang tuh tak gembira,tertekan bersama kita,memang tindakan yang tepat untuk biarkan orang tuh pergi.takde gunanya terus pertahankan sesuatu kalo wujud perasaan tak rela dalam hati mana-mana pihak..kita tak perlu sakitkan diri sendiri semata-mata tak nak kehilangan sesuatu.kalo kita tak sanggup dan tak mampu nak hadapi kesakitannya,kita tak perlu seksa diri sendiri.sekalipon benda tuh ada dalam tangan kita,kalo kita terpaksa pendam rasa dan makan hati tiap-tiap hari,takde gunanya.gua sedar hakikat yang satu nih dan sebab gua sedar la gua biar seseorang tuh pergi tanpa halang diorang..bukan benci,bukan marah,bukan tak puas hati,bukan memberontak..kerana gua takde hak untuk memaksa seseorang yang tak rela..gua takde hak untuk ambik sesuatu dari orang lain yang tak sanggup menyerahkannya pada gua..gua takde hak nak menikmati sesuatu dari seseorang yang rasa terseksa untuk berikannya pada gua..dan kalo diorang nak tuntut balik semua tuh dari gua,maka gua terpaksa pulangkan..sebesar mana sekalipon harganya,gua terpaksa pulangkan apa yang bukan hak gua..
gua bukan kuat..gua cuma pandai samarkan perasaan gua sendiri.apa sekalipon yang gua nak,gua arapkan,dunia yang ikut keperluan gua di mana gua akan dapat segala-galanya tanpa perlu kehilangan mana-mana bahagian sekalipon,gua masih sedar memang takkan berlaku macam tuh.gua takleh memiliki sesuatu tanpa memulangkan sesuatu kembali sebagai balasan.gua takleh dapat apa yang gua nak tanpa buat benda yang sama..gua takde hak ke atas masa dan hidup orang yang takde hak ke atas gua..macammana selesa dan hepi pon gua dengan semua pemberian tuh ia tetap bukan hak gua dan gua tetap perlu pulangkan bila orang tuh tuntut balik dari gua..gua memang hidup dalam dunia nyata..walaupon lepas gua pulangkan balik gua akan rasa kosong,lebih kosong dari yang sebelomnya,tapi gua masih takde hak ke atas apa yang bukan hak gua..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan