Selasa, Jun 05, 2007

Dilema Seorang Penyenyap (Hampeh!)

gua kengkonon nak jadi ceria,jadi peramah..gua kengkonon nak bermesra dan bergaul ngan orang-orang kat sekeliling gua..huhuu..nekad la kengkonon nak ubah sket attitude nak menampakkan imej 'mesra alam'..aduusss..tapi kalo dah penyenyap tuh penyenyap la jugak jawabnyerr..nak cari topik perbualan,jenuh gua perah ada la kuar satu dua benda..tapi goreng sket jadi dua-tiga ayat lepas tuh gua mati akal lagi..gua nak join perbualan nak ikut sama sembang,haram gua tak tau tang mana boleh gua nyampuk boleh gua masuk sama..paling jauh gua boleh buat,cuma tersenyum..senyum dan senyum dan angguk..orang tanyerr gua jawab..tuh jerr yang gua reti..hampeh tol!
susahnyer bila orang penyenyap nih nak berlakon jadi orang yang ramah.memang la tak natural kalo dah memang itu bukan kerekter gua yang sebenar..kalo senyap jerr nanti orang cakap gua sombong,orang tak suka gua,takleh keje ngan gua..tapi,datang keje kan untuk keje,bukan untuk menyembang..gua buat-buat la bergaul,join sekali orang lain,tapi dalam group tuh,gua la yang paling tak bercakap..bukan gua tanak tapi dah gua tak tau nak cakap apa,nak wat camane?gua nih memang memboringkan.gua dah try nak jadi orang yang lebih menyeronokkan,orang yang ceria,yang pandai bergurau,pandai menyembang tapi camane gua usaha pon nak jadi orang yang camtuh,akhirnya gua tetap jugak takleh buang sifat pendiam gua..
nape la gua takleh jadi diri gua sendiri jer?kalo dah memang gua pendiam,nak wat camane lagi?terima jer la hakikat yang gua nih memang tak banyak cakap..kan senang kalo biar jer gua jadi diri gua sendiri..takyah susah-susah gua nak berlakon nak paksa diri jadi orang lain.bukannya berdosa pon kalo gua tak ramah,tak bergelak ketawa,tak bergurau-senda..huhuuu..biar je la janji gua selesa..hampeh!!

2 ulasan:

RockstaR berkata...

AKU

kenalke kamu dengan diri kamu
sedangkan kamu marah AKU
AKU memang senyap
tidakkah kamu melihat
AKU memang tidak bermasyarakat
tidak kah kamu MELIHAT
AKU juga tidak berkawan
TIDAK KAH KAMU MAMPU MELIHAT

sedangkan AKU la cermin kamu yang kamu hina, marah, benci, sandiwara dan tidah Amanah ...

tidak kah kamu melihat ...

sedihnya AKU kerana kamu tidak mampu melihat...
AKU beri kamu cahaya (benda yang tidak nampak `tidak RASA`)untuk melihat ..
AKU beri kamu MATA (benda yang ADA `yang manusia sangka ADA`)
tidak kah kamu melihat ..

:(

sesunguhnya ...
AKU LAH RAHSIA KAMU
KAMULAH YANG MENJADI RAHSIA AKU

tidak kah kamu melihat ...
tidak kah AKU dan KAMU sama SIFAT..

:)
awak cool ...
satu hari awak akan cool..
jgn isau ek ...

broken_nigina berkata...

AKU,KAMU..
mereka tak suka apa yang benar..
mereka nafikan..
lalu mahu merubah..
apa yang benar jadi tak benar..
kerana pada mereka itulah yang benar..
siapa yang tahu apa yang benar dan apa yang benar?
AKU..
dan DIA..
walau AKU itu AKU..tapi AKU masih sebahagian daripada mereka..
walaupun sebenarnya,AKU bukan sebahagian daripada mereka..