Sabtu, Mac 24, 2007

Dulu&Sekarang

boleh dikatakan agak lama jugak gua tak mengalami masalah tido.alhamdulillah,tak susah gua nak lelap malam-malam tapi sari-dua sejak gua balik kampung nih habit tak tido malam gua pelan-pelan dah datang balik.ternyata sebenarnya yang menyebabkan gua tak tido malam bukan kafein yang gua teguk dari neskefe panas gua tuh tapi perasaan gua yang jadi faktor utama.makin gua jauh dari dunia dingin gua,makin normal corak tido gua..bila gua dekat balik,slowly gua akan mula berjaga malam balik.seolah-olah ada dua jiwa dan peribadi dalam diri gua..yang biasa-biasa dan normal dan yang dingin.tapi secara peribadinya gua rasa gua sekarang nih memang dah banyak jadi biasa dan normal jer.dah takde yang pelik-pelik..cuma tinggal saki-baki dia jer lagi.
dulu,gua banyak habiskan masa dalam bilik jer tiap-tiap ari.kuar gua cuma untuk ke bilik air dan makan.gua tak tengok mana tv.tak bercampor mana ngan kuarge gua sendiri.masa gua bertemu muka ngan dunia luar cuma waktu sekolah.tuh pon gua tak bercakap dan tak mesra dengan orang lain selain dari kawan baik gua.yang jadi penghubung gua ngan orang lain adalah kawan baik gua.kalo dia takde,gua tak bercakap ngan sape-sape.gua tak bergaul,tak pernah melibatkan diri ngan sebarang persatuan,tak join aktiviti koko malah gua tak pernah ambik kisah masa pj(pendidikan jasmani).gua tak bawak baju sukan macam bebudak lain.gua pon tak pegi kantin masa rehat macam budak-budak lain.gua tak makan kat sekolah.
bila pikir-pikirkan balik,ntah apa je yang gua wat kat sekolah dulu.takde benda pon yang gua ambik kisah termasuk study.gua melayan fikiran aje,idup dalam dunia gua sendiri.gua menulis,melukis dan tido macam biasa dalam kelas.macam orang lain tuh tak wujud.gua jalan tak tengok kiri kanan.gua jarang senyum.bila balik sekolah gua terus masuk bilik dan gua suka balik lambat.kol 3,kol 4 kengkadang baru gua balik umah.gua datang sekolah pon lambat.biasanya kol 8 baru gua sampai.dan gua memang sengaja.tapi gua bukan budak samseng yang suka langgar disiplin.gua datang lambat semata-mata sebab gua suka datang lambat.kengkadang bila dah masuk waktu rehat pon ada baru gua sampai kat sekolah.gua suka pakai selipar kat sekolah.gua suka pakai kain sekolah.bila balik sekolah,kat umah pon gua akan kain sekolah juk.bila kuar hujung minggu lak gua suka pakai uniform sekolah.seminggu skali gua akan pegi bandar beli kaset dan camtuh la gua pakai uniform sekolah macam nak pegi sekolah.
sebenarnya bila gua ingat-ingat balik semua tuh,jujur gua sendiri rasa gua poyo.ntahapehape..gua penah pakai kain pelikat pegi pasar malam.gua sentiasa galas beg sekolah walaupon jalan dalam kampung.sentiasa tersandang kat bahu gua.tak pernah terpikir apa yang orang pandang tentang gua.tak pernah terpikir langsung imej yang tergambar dalam mind diorang.banyak masa dan terlalu banyak sebenarnya gua habiskan dengan bersendirian.gua tak tau nape.tapi gua suka bersendiri.gua boleh duduk berjam-jam sorang diri dengan termenung dan melayan pikiran dan gua boleh survive hidup tak bercakap ngan orang.sebenarnya banyak kesimpulan yang orang buat tentang gua.gua banyak masalah,gua tak bahagia..tapi jujurnya,gua sendiri tak tau alasan sebenar nape gua suka menyendiri.gua tak perlukan perhatian.perhatian merimaskan gua.gua tak selesa terlalu rapat ngan sesape dan tak selesa bila seseorang terlalu kenal diri gua.reaksi luar sedar gua.gua akan undur sedikit bila terasa seseorang tuh terlalu dekat hingga masuk ke dunia gua.gua tanak kongsi ngan sape-sape dunia gua.
dulu,gua pernah jadi manusia yang terlalu keras hati.gua mampu ambik tindakan keras tanpa kompromi langsung.sebenarnya,gua takleh nak kawal perasaan gua.kalo orang nak ikut gua,ikut cara gua.kalo takleh ikut cara gua,jangan arap gua akan mengalah.tanpa teragak-agak langsung gua boleh buang dan tinggalkan sape-sape aje yang gua rasa tak sejalan ngan gua.kalo tak sejalan ngan gua,blah saje daripada ganggu jalan gua.semuanya mudah.takde kata dua.kalo sekali gua dah putuskan habis,mati hidup balik gua takkan ubah keputusan.ego gua..mungkin langit pon tak setinggi ego gua.kawan,kuarge,gua tetap ngan cara gua.gua tak endahkan sape-sape selain dari diri gua sendiri.cukup jangan paksa gua.kalo gua dah letak pendirian,gua akan pegang mati-matian.even kalo gua nak ubah dan nak tarik balik pon gua dah takleh.jadi jangan paksa gua.makin paksa,makin gua keras.keras gua hingga gua lebih rela mati daripada tarik balik kata-kata sendiri.kalo terpaksa,gua sanggup terjun bangunan daripada tarik balik keputusan yang gua buat.walau gua menyesal sekalipon,gua tetap takkan ubah.'biar hancur berkecai tubuhku,takkan berganjak dari pendirian ini'..
gua tak suka biarkan diri gua ditundukkan perasaan.bagi gua,semua tuh adalah lambang kelemahan.takde apa yang boleh menguasi diri gua melainkan diri gua sendiri.rasa bersalah,rasa teragak-agak hanya akan jadi belenggu.bila kita lembut hati,kita jadi lemah.itu diri gua.gua tak tunduk pada kenangan,pada hubungan,pada kemesraan.nak wat apa semua tuh?hidup perlu berlandaskan realiti.kenangan tuh hanya bayangan yang tak nyata.ia hanya akan jadi penghalang untuk kita ke depan.atas dasar itu,gua tak suka simpan sebarang tanda kenang-kenangan untuk mengingatkan gua pada sesape.kalo diorang ada,then ada.kalo dah berlalu,maknanya diorang dah tak wujud.kalo tak wujud then takde benda untuk dikenangkan.sebab tuh gua tak simpan surat,tak simpan pemberian yang orang bagi.hanya sekejap..sampai masa,gua jalankan 'upacara penghapusan'..gua akan kuar tengah malam sorang-sorang dan bakar semua tuh..sebab tuh ari nih,selain dari barang peribadi gua,memang gua takde pape barang kenangan dari orang lain untuk jadi lambang masa lepas.kalo seseorang tuh berani ambik keputusan untuk kuar dari idup gua,then bersedia la untuk 'mati' sebab sekali diorang pergi,dalam hati gua,diorang dah mati.takde rase sayang dan takde rase serba-salah.
dalam majalah sekolah gua,selain dari gambar kelas,gua memang takde tinggal coretan..coretan senior?takde masa gua nak pedulik benda remeh-temeh camtuh.sekali gua kuar dari sekolah,maknanya gua dah mati bagi sekolah tuh.habis,habis la.jadi gua tak pernah nak bergambar kenangan atau apa.tak pernah sekalipon gua ambik gambar masa zaman sekolah untuk simpan memori alam persekolahan.bila gua pikirkan balik,terasa rugi tapi itu diri gua waktu tuh.bukan jahat,bukan kurang hajar,bukan suka cari pasal menyusahkan orang lain.hanya diri gua yang hidup dengan undang-undang sendiri.
dulu,gua takleh kawal semua tuh.kalo ada yang tak kena,senang aje gua nak masam muka.kalo gua rase tak puas hati,takde kata dua,terus gua dingin.senang sangat untuk gua membenci.jadi,gua tak bersedih kalo orang benci gua.nak hina gua?satu benda yang lu pandang hina pada gua,seribu benda gua pandang hina pada lu balik.senaraikan keburukan gua,gua bukukan keburukan lu.gua takde masa nak bersedih dengan pandangan serong orang sebab bagi gua,sape yang pandang serong pada gua otometik gua benci.apa yang gua benci,takde ertinya pada gua.sampah!gua langsung tak cuba nak mengelakkan pergaduhan.memang gua tak pernah bergaduh ngan orang lain.kerana gua tak pernah bergaul ngan orang lain,maka logiknya gua takde sebab nak bergaduh ngan diorang melainkan mereka yang ada hubungan rapat ngan gua sahaja.ntah la..silap kecik dah takde timbang tara.terus dengan keras kepala dah tak bertegur sapa.gua memang jenis yang tak ambik kisah.semua benda mudah bagi gua.gua boleh buang kawan macam gua buang sampah.sape yang menyusahkan gua gua akan buang.senang camtuh jer..malah,dalam kamus hidup gua,tak wujud istilah kawan.malah tak wujud istilah keluarga,istilah kasih-sayang,istilah masyarakat.gua rasekan gua seorang diri atas mukabumi nih.orang lain takde kena mengena dengan gua..ya..orang lain selain RIZAL..cuma dia sorang yang wujud dalam hati gua..
hari nih,ramai yang masih tengok gua 'anti sosial' dan tak normal tapi sape yang kenal gua dulu pasti tau yang gua sekarang nih tak sampai separuh pon diri gua yang dulu.gua dah 'tua'..dah tak keras dan degil macam masa-masa dulu.ada ruang untuk kompromi.hukum yang gua jatuhkan ada kelonggaran untuk dipertimbangkan semula.walaupon gua tak kuar bergaul ngan masyarakat luar tapi setidak-tidaknya gua dah tak kaku dan reti nak bermesra ngan kuarge dan kawan yang rapat ngan gua.mungkin masih ada batas,masih menyimpan ruang privasi yang gua tak kongsi tapi dah tak setebal dulu.gua lebih open..tak begitu tertutup macam diri gua yang asal.hati gua dah lembut.memang gua dah 'tua'..gua cuma nak idup tenang,aman damai dengan orang-orang yang setia dan sayangkan gua..
takde penafian,masa memang merubah segala-galanya..tapi,akan ada jugak benda yang takkan berubah..walaupon benda tuh dah terpendam,dah tak kelihatan,tapi akan ada masa bila dia timbul balik..sebab tuh kita memang akan sentiasa didatangi perasaan 'rasa macam balik ke masa lepas'..buat gua,waktu-waktu nih,gua memang perlukan perasaan tuh..kembali ke asal,ke akar-umbi..bukan kerana gua nak gapai balik atau apa,tapi gua perlu kembali pada jiwa sendiri untuk cari balik diri gua yang sebenar..manusia kadang-kadang jadi 'nyanyuk'.makin jauh masa berjalan,makin jadi lupa.kalo gua nak move on pon gua perlu bangkit dari segala sifat nyanyuk dan lupa gua.gua perlu ingat sebenarnye..kita perlu ingat....kalo kita melangkah dengan penuh rase lupa,apa yang akan berlaku bila rase lupa tuh beransur-ansur hilang satu ari nanti?kalo kita pergi dengan penuh rase marah,apa yang akan berlaku bila rase marah tuh beransur-ansur sejuk?camane kalo semua tuh datang dengan segala kesalan yang maha dahsyat di kemudian hari?gua tak mahu hidup gua dihantui camtuh.........biar gua ingat,gua rase,gua selami sedalam-dalamnya..biar sedar dan waras dengan segala akibat dan bahana yang menunggu..biar berhari-hari gua rase sakit,berminggu-minggu,berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya sekalipon..janji ia selesai sehabis-habisnya....

3 ulasan:

black_CATz berkata...

i have a song to you

ATWA
by System Of A Down

Hey you, see me, pictures crazy,

All the world I've seen before me passing by,

I've got, nothing, to gain, to lose,

All the world I've seen before me passing by,



You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore,

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore,

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore.



Hey you, are me, not so pretty,

All the world I've seen before me passing by,

Silent my voice, I've got no choice

All the world I've seen before me passing by,



You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore,

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore,

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore

I don't see, anymore,

I don't hear, anymore,

I don't speak anymore,

I don't feel.



Hey you, see me, pictures crazy,

All the world I've seen before me passing by,

I've got, nothing, to gain, to lose,

All the world I've seen before me passing by,



You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore,

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore,

You don't care about how I feel,

I don't feel it anymore

I don't sleep, anymore,

I don't eat, anymore,

I don't live anymore,

I don't feel.


u always in my mind even i'm not always. breath girls..start a new life.

broken_nigina berkata...

time kasih..

ardzmarn berkata...

insan yang suke bahasa puitis, melukis, dan mencipta cerita memang macam tu..
kalau tak sentiasa menyendiri takkan tercipta puitis, lukisan dan cerita segala itu..
ganguan dunia luar akan menganggu inspirasi..
hmm aku belum dapat merumuskan kisah yang ko garap selama 12 tahun tu lagi.. masih membaca lagi kisah selanjutnya.. banyak rasa hati kau yang aku pernah rasa.. sangat menarik ... rasa mcm dah kenal kau lama.. hmm.. mungkin aura kita sama.. heh..