(...........,)
Saat ini, aku berasa sungguh bingung sekali. Entahlah, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku yang membuatkan aku rasa asing lagi cuma waktu ini, alam sekeliling yang aku saksikan semakin mendung dan suram, dan itulah satu-satunya yang mampu aku mengerti.
(...........,), Aku tak tahu kenapa aku dilanda perasaan macam ni. Dunia seolah-olah lengang dan aku dibaluti kesepian hingga aku tenggelam dalam kekosongan sendiri. Entah apa yang terjadi bila aku tiba-tiba hilang suara, hilang kekuatan untuk meleraikan kekeliruan.
Aku terhenti seketika daripada melangkah saat ini. Akupun tak pasti kenapa macamada sesuatu yang berlaku yang telah memakukan kaki aku dan waktu ini, aku kembali merenung, termanggu sendirian mencari satu jawapan dan keputusan hakiki.
(...........,), Aku berhenti saat ini, di sini, dan aku seolah-olah dihantui sesuatu yang datang tanpa aku sedari. Bingung, terpaku, hilang punca.... Keliru! Apa yang sebenarnya aku lakukan saat ini?
Aku terasa genggaman tangan aku bagaikan terlerai. Aku terasakan apa yang ada di dalamnya juga dah melayang. Macam angin lalu.... Menerawang, beredar di udara dan makin jauh, makin jauh hingga kian kabur di pandangan. Aku mendongak, memerhatikan ia berterbangan dan aku tergamam, terdiam sekadar membiarkannya saja. Aku sendiri tak pasti samaada aku telah mengalami kehilangan atau semua ni hanya perkara biasa dalam hidup. Aku sekadar menyaksikan semua tu berterbangan satu persatu di udara. Aku melihat dan terus melihat.. Bagaikan penonton tunggal yang setia, terus tegak memerhati kejadian-kejadian itu walaunpun hakikatnya apa yang melayang itu adalah apa yang terlucut dari tangan aku sendiri.
Bila semuanya makin jauh, alam sekeliling aku main luas. Bagaikan padang yang ditumbuhi daun-daun hijau. Sekelilingnya tak bertepi dan aku depakan kedua-dua tangan, pejamkan mata dan berpusing menikmati angin segar dan langit tenang yang membiru. Setelah segala-galanya pergi, tinggallah aku sendirian bagaikan seseorang yang baru lahir.... Tanpa ada latar belakang, tanpa ada sebarang pertalian.... Hanya aku dan diri sendiri.
Aku terus berpusing, terus bermain bayu yang dingin..., sehingga aku rebah, memejamkan mata dan lena dalam senyuman yang paling ikhlas. Mungkin itulah senyuman yang takkan dilihat oleh sesiapa lagi selepas ni....
(...........,)
Aku damai bila segala keriuhan dan kekalutan itu jauh dari aku tapi sayangnya, ia terlalu sukar untuk dipisahkan kerana apabila aku bukakan kembali mata nanti, aku akan berada di atas jalanan ini semula yang mana aku tetap perlu membuat pilihan dan keputusan yang nyata.... Dan mungkin, dalam melaksanakan pilihan dan keputusan itu, aku sekali lagi akan kehilangan sebagaimana cerita hidup aku yang lumrah.
Ampunkan aku!
AKU!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan