Rabu, Ogos 17, 2011

Sebuah Lakon Layar-'AMANDA'-Selitan Tanpa Motif

FADE IN:

EXT. LUAR RUMAH
Hari hujan.

1. INT. BILIK TIDUR-SIANG
Daripada jendela, hujan mengalir perlahan. Langit suram tapi tak terlalu gelap. Bunyi hujan kedengaran kuat.

Bunyi hujan semakin perlahan. Bersebelahan jendela, AMANDA sedang duduk termenung. Dia memandang ke arah hujan. Air mukanya nampak muram dan sedih.

Amanda
(Monolog)
Azam, dah lama masa berlalu. Dah sepuluh tahun. Baliklah.. Manda tahu Azam masih sayang Manda. Tolonglah balik. Manda masih tunggu Azam..


Amanda angkat tangan meletakkannya pada jendela. Dia cuba menyentuh hujan. Air mukanya menjadi semakin sedih dan airmatanya mula bergenang.

Di ribanya terdapat sebuah kotak yang menyimpan beberapa keping surat lama serta album gambar. Dia keluarkan album gambar tersebut dan membeleknya. Airmatanya menitis di atas gambar sepasang remaja yang nampak begitu gembira bersama.

Wajah AZAM terbayang samar-samar. Dia sedang tersenyum. Kedengaran suara ketawa yang bergema-gema. Senyuman Azam berganti dengan wajah Amanda yang sayu. Amanda pejam mata dan membukanya kembali lalu memandang jauh ke luar jendela.


FLASHBACK

2. EXT. PERHENTIAN BAS-PETANG

Hujan turun dengan lebat. Amanda berlari mendapatkan tempat berteduh. Azam juga sedang berteduh di tempat yang sama.

Dia menyapu baju yang agak basah sambil mengibas-ngibas rambut.

Azam
(Tersenyum sambil menghulurkan tangan menadah hujan)
Lebat hujan, kan?


Amanda kelihatan agak janggal dan terkejut. Dia tersenyum kekok dan agak kaku.

Amanda
(mengangguk)
Ya..

Amanda duduk di kerusi bersebelahan Azam.

Azam
Lewat balik? Sorang je ke?

Amanda
Ada kerja sikit dengan cikgu Khatijah. Kawan-kawan lain dah balik dulu.

Azam
Saya Azam. Senior awak. Kenal tak? Kita satu kelab. Persatuan Bahasa.

Amanda
(mengangguk)
Tahu. Saya Amanda.

Azam
(berpaling menghadap Amanda sambil tersenyum.)
Saya tahu nama awak.

Sekali lagi Amanda agak terkejut.

Azam
Kenapa macam tak selesa je? Awak nampak takut-takut. Jangan bimbang. Saya tak makan orang.

Amanda
(tertawa)
Bukan macam tu. Janggal. Selalu bertembung dan selalu nampak tapi tak pernah bersapa.

Azam
(berseloroh)
Jadi maknanya awak perasan jugaklah kat saya ya? Saya memang selalu perhati awak. Tapi belum ada peluang nak tegur. Nasib baik petang ni hujan. Tak rugi.

Amanda tersipu-sipu.

Azam
Awak nak balik dengan apa ni?

Amanda
Tunggu bas. Ayah outstation. Tak ada sape yang boleh datang ambik.

Azam
(kehairanan)
Nak naik bas? Lewat petang macam ni takkan nak tunggu bas lagi? Baspun belum tentu ada. Macam nilah. Saya tengah tunggu orang datang ambik. Kejap lagi sampailah. Biar saya tumpangkan awak.

Amanda
Eh, tak apalah. Saya boleh naik bas. Tak payah la susah-susah pulak.

Sebuah kereta mewah tiba. Azam bangun meluru ke kereta. Dia ambil payung lalu berlari mendapatkan Amanda kembali.

Azam
(membuka payung menghulurkannya pada Amanda)
Jomlah. Tunggu apa lagi?

Amanda masih teragak-agak.

Azam

Cepatlah. Selagi awak tak datang saya tunggu dalam hujan.

Melihat Azam menunggu dalam hujan, Amanda akhirnya mengalah.

Mereka melangkah ke arah kereta sambil berkongsi payung.

3. INT. KERETA YANG SEDANG BERGERAK

Amanda menunjukkan arah rumahnya. Kereta membelok lalu berhenti di perkarangan rumah.

Amanda
Terimakasih sebab tolong hantarkan.

Azam
(mengeluh)
Cepat betul sampai.

Amanda
Habis tu?

Azam
(agak gugup)
Err.. Lain kali boleh kita jumpa lagi? Err.. Maksud saya, kita jadi kawan?

Amanda
(tersipu-sipu dan bersuara perlahan)
Hmm.. Kalau awak suka.

4. INT. BILIK TIDUR

Airmata Amanda menitis lagi. Dia masih merenung gambar-gambar lama di dalam album.

Amanda
(monolog)
Azam.. Manda rindu Azam.

Close-Up airmuka Amanda.

Amanda ketap bibir menahan perasaan sebak.

Amanda
(monolog)
Rindu sangat!


FLASH BACK

5. EXT. TAMAN BUNGA-SIANG

Lakaran menunjukkan nama Azam dan Amanda. Amanda gembira melihatnya.

Amanda
Cantik! Azam buat ke?

Azam
(mengangguk)
Azam dan Amanda.. forever & ever. Sebab Azam sayang sangat Manda.

Amanda
(terharu)
Manda tahu. Manda pun sayang Azam. Sampai bila-bila..

Amanda
(menyambung dan tertawa)
Tapi jahat tau! Sebab Manda pokok ni yang jadi mangsa.

Azam
(ketawa)
Sekali-sekala. Tapi nama kita akan terpahat kat sini sampai bila-bila. Sama macam nama Manda.. terpahat dalam hati Azam sampai bila-bila.

Azam memandang wajah Amanda dengan penuh kasih-sayang. Amanda turut membalas sambil tersenyum bahagia.

6. EXT.KAWASAN SEKOLAH-SIANG

MUZIK LATAR BELAKANG

Amanda dan Azam sedang mengulangkaji pelajaran. Amanda kelihatan tekun menjawab soalan. Azam bertindak selaku tutor, menunjuk-ajar Amanda untuk mengulangkaji.

Muzik latarbelakang diperlahankan. Sewaktu Azam dan Amanda tekun dengan buku mereka sambil riang bergurau-senda, muncul dari belakang mereka INA, SHAFIQ dan KAMIL(kawan-kawan Amanda dan Azam).

Ina
(menyergah Amanda)
Hah! Berkepit je kerja kau orang. Langsung tak boleh berenggang.

Amanda sedikit tersentak apabila disergah dan dia tersipu-sipu apabila diusik oleh rakan-rakannya.

Azam
(bergurau)
Kenapa usik buah hati aku, ha? Dia sayang aku. Itu pasal berkepit dengan aku. Kan Manda?

Amanda
(mencebik)
Kita sayang awak ke awak yang sayang kita?

Azam
Ala, sama la. Dua-dua. Satu dunia pun tahu Azam sayang Manda, Manda sayang Azam.

Ina, Shafiq dan Kamil
(menggeleng kepala)
Dah mula dah, dah mula dah!

Shafiq
Romeo & Juliet dah nak berdrama.

Mereka ketawa beramai-ramai.

7. EXT. TAMAN BUNGA-SIANG

Azam membawa Amanda ke bawah pokok yang berukir nama mereka dengan menutup matanya. Apabila tiba di situ, dia lepaskan mata Amanda perlahan-lahan.

Amanda
(terkejut dan gembira)
Azam..

Dia begitu gembira sehingga hilang kata-kata. Di bawah pokok, tersedia hamparan untuk duduk dan terdapat kek coklat iaitu kek kegemarannya bersama lilin.

Azam
(menyanyi sambil menyalakan lilin di atas kek)
Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Manda.. Happy birthday to you..

Amanda
(terharu)
Azam.. terimakasih buat semua ni.

Azam
(meletakkan jari ke mulut)
Syy.. Tiup lilin, sayang. Make your wish.

Azam menarik perlahan tangan Amanda mempersilakannya duduk. Amanda melutut lalu meniup lilin. Dia pandang wajah Azam dengan terharu. Tanpa disedari, airmatanya bergenang.

Azam
(memujuk)
Suka je nangis Manda ni. Hari ni kan harijadi Manda. Azam nak Manda jadi gadis yang paling gembira dalam dunia ni.

Dia seluk poket lalu mengeluarkan sebuah kotak baldu. Dia hulurkan pada Amanda.

Azam
Untuk girl yang paling Azam sayang dalam dunia ni.

Amanda membuka kotak tersebut. Apabila melihat rantai yang terdapat di dalam kotak tersebut, dia terpegun.

Amanda
Cantiknya, Azam! Manda tak tahu nak cakap apa. terimakasih sebab buat semua ni untuk Manda.

Azam
‘Buah hati Azam’.. Loket ni khas untuk satu-satunya buah hati Azam, Amanda.

Azam pakaikan rantai itu pada Amanda.

Amanda
(sambil mengenggam loket)
Manda janji Manda akan pakai dan jaga rantai ni dengan baik sampai bila-bila.

Azam
Azam nak Manda simpan tanda Azam selalu ada kat sisi Manda. Azam betul-betul sayang Manda. Sumpah! Azam tak nak Manda lukakan Azam. Sebab Azam akan rasa sakit sangat. Janji, ya? Biar orang cakap Azam cemburu, Azam tamak, tapi Azam tak nak mana-mana lelaki ganggu dan ambil Manda dari Azam.

Amanda
Manda tahu. Manda janji.

8. INT. BILIK TIDUR-SIANG

Airmata Amanda menitis lagi. Dia genggam rantai yang dipakainya. Dia kucup loket yang berukir ‘Buah hati Azam’.

Amanda
(monolog)
Manda tak pernah lupa janji Manda, Azam. Kenapa Azam masih tak nak maafkan Manda? Cukuplah hukum Manda, Azam. Baliklah. Manda takut Manda tak mampu tunggu Azam lagi.

9. EXT. PERHENTIN BAS-SIANG

Amanda duduk bersendirian menunggu Azam. Tiba-tiba muncul seseorang mencuit bahunya. Amanda gembira kerana menyangka Azam tetapi sebaliknya Shafiq yang datang.
Shafiq
(sambil melabuhkan duduk di sebelah Amanda)
Tunggu Azam ke?

Amanda
(mengangguk)
Ha’a.. Azam belum keluar dari kelas lagi ke?

Shafiq
Tadi belum lagi. Kejap lagi dia keluarlah tu. Eh, ada something kat rambut awak.

Shafiq membantu menepis habuk di atas rambut Amanda. Tanpa disengajakan habuk tersebut masuk ke dalam mata Amanda. Melihat Amanda yang kesakitan, dia cuba membantu meniup matanya.

Tanpa disedari, Azam memerhatikan gelagat mereka dari belakang. Dengan perasaan cemburu, dia terus meluru ke arah Shafiq lalu mencekak leher bajunya.

Amanda
(panik)
Azam, kenapa ni?! Azam, sabar Azam.

Azam
(marah dan cuba menumbuk Shafiq)
Apa kau buat dengan Manda, hah?!

Shafiq
(cuba meleraikan tangan Azam)
Zam, sabar Zam. Kau dah salah faham, Zam.

Amanda menarik Azam, cuba menenangkannya.

Amanda
Azam, please.. Dengar cakap Manda. Jangan buat macam ni. Sabar, Zam.

Azam mengalah. Dengan perasaan marah yang masih menyala, dia lepaskan Shafiq. Tanpa menunggu lama, dia terus berlalu dari situ tanpa mengendahkan Amanda yang cuba menjernihkan keadaan.

10. EXT. KAWASAN SEKOLAH-SIANG

Muzik latar-belakang

Amanda menunggu Azam keluar dari kelas. Dia cuba mendekati Azam namun Azam bersikap dingin dan tidak mengendahkannya.

11. EXT. TAMAN BUNGA-SIANG

Azam berdiri merenung ukiran namanya dan Amanda yang dibuatnya sendiri.

Amanda datang dari belakang menghampiri Azam.

Amanda
Azam, masih marah Manda? Tolonglah. Jangan seksa Manda macam ni. Manda minta maaf, okey?

Amanda pegang bahu Azam namun Azam menepis. Dia berpaling daripada Amanda lalu terus melangkah meninggalkan Amanda.

Amanda tak mampu menahan perasaan dan menangis sendirian di bawah pokok melihat ukiran namanya dan Azam.

12. EXT. KAWASAN SEKOLAH-SIANG

MUZIK LATAR BELAKANG

Setiapkali Amanda cuba mendekatinya, Azam terus mengelakkan diri dan bersikap dingin.

13. EXT. KAWASAN SEKOLAH-SIANG

Kawasan sekolah riuh-rendah dengan kehadiran bekas pelajar yang mengambil keputusan SPM. Dalam keriuhan tersebut, Amanda mengintai sekeliling mencari Azam namun kelibatnya tidak kelihatan. Dia benar-benar sedih dan kecewa.

14. INT. RUANG TAMU-MALAM

Amanda mencapai telefon lalu membuat panggilan.

Amanda
Hello, assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Azam.

V/O(suara wanita dewasa)
Waalaikumusalam. Siapa bercakap tu? Kawan Azam ke? Azam tak ada. Azam tak bagitau ke?

Amanda
(terkejut)
Bagitau apa?

V/O
Azam sambung belajar di UK. Pagi tadi dia dah bertolak pergi sana.

Amanda benar-benar terkejut mendengarnya hingga terdiam.

V/O
Hello..

Amanda
(tersentak dari lamunan)
Ya.. Hello.. Tak apalah kalau macam tu. Terimakasih.

Dia meletakkan gagang lalu berlari ke tingkat atas sambil menangis.

PUAN JUNAIDAH (ibu Amanda) yang sedang menyiapkan makan malam terkejut melihat Amanda.

Puan Junaidah
(bimbang)
Manda kenapa?

Amanda berpaling pada ibunya dan tanpa menjawab terus menaiki tangga meluru ke bilik. Di dalam bilik, dia menangis teresak-esak di katil.


15. INT. BILIK TIDUR-PETANG

Amanda masih termenung melihat hujan.

Amanda
(monolog:- dalam nada sebak)
Sepuluh tahun Manda cari Azam. Mana Azam pergi? Kenapa jauhkan diri Manda sampai macam tu?

Amanda keluarkan sekeping gambar Azam lalu menatapnya dengan sayu.

Senyuman Azam terbayang lagi samar-samar. Kemudian bertukar dengan raut wajah pilu Amanda.

Amanda
(monolog)
Sampai macam tu sekali ke Azam rasa terluka? Manda minta maaf.. Manda tahu Azam sayang Manda sangat. Tapi dah lama dah Azam. Manda dah tak tahu mana nak cari Azam. Manda tahu Azam sedar dan dapat rasa isi hati Manda. Manda tahu Azam sedar Manda masih tunggu Azam. Mandapun faham perasaan Azam. Tapi tolonglah Azam. Baliklah. Manda rindu sangat. Manda teringin sangat nak tengok Azam sekali lagi. Tolonglah..

Amanda bangun dari sisi jendela lalu melangkah ke depan cermin. Dia pandang cermin sambil meraba wajah yang cengkung dan pucat. Dia ketap bibir. Amanda benar-benar kelihatan tak bermaya.

16. INT. PEJABAT-PETANG

Azam memandang sekeping gambar di dalam bingkai yang berada di atas mejanya. Dia ambil gambar tersebut lalu tersenyum.

Azam
(berbisik perlahan)
Buah hati Azam..

Bayangan wajah Amanda yang samar-samar tergambar dan kemudian digantikan dengan wajah Azam yang gembira.

Azam
(monolog)
Manda, Azam mintak maaf sebab ambik masa terlalu lama untuk cakap Azam dah maafkan Manda. Azam tahu Manda tak salah. Sorry sayang.

Dia letakkan kembali bingkai gambar itu lalu bangun memandang ke luar bangunan.

Azam
(monolog)
Sepuluh tahun living in denial. Lari dari Manda. Tapi Azam tetap akan balik, Manda.. Untuk jadikan Manda milik Azam secara sah.

Wajah Azam menggambarkan harapan hatinya.

17. EXT. PERKARANGAN RUMAH AMANDA-SIANG

Muzik latar belakang

Azam menekan loceng pintu. Dia cium jambangan bunga ros merah di tangannya sambil membaiki rambut untuk kelihatan kacak di depan Amanda.

Pintu dibuka. Puan Junaidah mempersilakan Azam masuk. Raut muka Puan Junaidah nampak sugul, berlawanan dengan air muka Azam yang begitu gembira dan teruja.

Puan Junaidah meninggalkan Azam lalu kembali bersama kotak milik Amanda yang mengandungi barang kenangan mereka dan menghulurkannya pada Azam.

Puan Junaidah berbicara dengan Azam.

Bunyi guruh berdentum.

Serta-merta raut muka Azam berubah. Bunga ros terlepas dari genggaman. Azam menangis tersedu-sedan tanpa mampu mengawal perasaannya.

18. EXT. TANAH PERKUBURAN-PETANG

Azam melutut di sisi pusara dengan wajah yang menggambarkan kesedihan dan sesalan yang teramat-sangat. Dia menadah tangan membaca doa.

Azam
(monolog)
Maafkan Azam, Manda.. Maafkan Azam! Azam dah ambik masa terlalu lama dari yang sepatutnya..

Airmata Azam berlinangan mengalir laju di wajahnya.

V/O Amanda
Azam, Manda tahu suatu hari nanti Azam akan balik cari Manda. Kalau ada masa, Manda akan tunggu Azam. Tapi mungkin Manda tak sempat..

V/O Amanda
(menyambung)
Manda pun tak tahu keadaan akan jadi macam ni. Manda minta maaf sangat-sangat kalau Manda tak dapat tunggu Azam. Manda sendiri tak nak macam ni. Tapi Manda sakit, Azam. Kanser Manda ni dah semakin merebak.

V/O Amanda
(menyambung)
Azam, Manda rindu sangat pada Azam. Teringin sangat Manda nak tengok Azam. Manda rindu nak tengok Azam senyum, tengok mata Azam.. Dengar suara Azam.. Tak pernah dalam sehari Manda tak ingat pada Azam, Azam tahu tak? Manda harap sangat nak jumpa Azam. Tapi Manda takut Manda tak boleh tunggu lama lagi..

V/O Amanda
(menyambung)
Ramai yang cakap Manda bodoh terus setia pada Azam sedangkan bertahun-tahun Azam menyepi walaupun dah puas Manda cari Azam.. Tapi Manda tak kisah.. Sebab Manda tahu Azam memang sayang sangat kat Manda dan Manda tahu Azam tak pernah lupakan Manda selama ni.. Manda tak pernah putus harapan pada Azam..

V/O Amanda
(menyambung)
Azam.. Sepuluh tahun Manda tunggu Azam tapi sayangnya Manda tak tahu mampu ke tak Manda tunggu untuk tiga bulan lagi. Hati Manda rasa hancur bila dapat tahu Manda mungkin takkan hidup lama. Banyak sangat impian yang Manda simpan untuk Azam dan Manda harap nak penuhinya sama-sama. Tapi, mungkin memang dah takdir macam ni. Andai kata kita tak sempat jumpa, Manda nak Azam tahu Manda tetap sayang Azam dan Manda tak pernah mungkir janji yang Manda ucap pada Azam dulu.... Jaga diri baik-baik, sayang.. Manda mintak maaf untuk segalanya.

Azam
(monolog)
Buah hati Azam..

V/O Amanda
(serentak dengan suara Azam)
Buah hati Azam..



TAMAT....

2 ulasan:

RockstaR berkata...

aku bengang ...

Tanpa Nama berkata...

sadis punya story