Rabu, Ogos 17, 2011

Gua VS Komitmen

hakikatnya gua tetap hanya diri gua dan gua tak boleh lari dari sifat sebenar gua.akhirnya mahu tak mahu gua terpaksa juga akur.sebelum mengharapkan orang menerima,gua dulu yang perlu menerima diri gua seadanya.jadi inilah diri gua.gua tetap individual,tetap berjiwa bebas,tetap bukan manusia yang mudah tunduk pada peraturan tertentu dan yang pastinya,memang gua punya jalan gua sendiri yang tak mudah diubah oleh sesiapa.bukan gua degil atau ego,cuma ini adalah diri gua yang sebenarnya.

sekarang ni apa yang perlu gua buat adalah berdamai dengan diri sendiri.ketenangan yang gua harapkan hanya akan gua capai bila gua boleh hentikan pertelingkahan antara gua dengan diri sendiri dan capai kata sepakat.masa untuk menilai kembali segala-galanya.apa sebenarnya yang gua mahu,yang gua perlu,gua cari?berterusan hanya mara ke depan tanpa tahu arah tuju dan sasaran takkan bawa gua ke mana.

sesungguh-sungguhnya hidup adalah medan perang dan setiap hari adalah perjuangan.maka gua tak boleh hanya main redah,serbu.sebelum mula langkah,gua harus maklum apa yang menanti dan sepertinya risiko itu mengghairahkan,maka kesediaan menanggung risiko atas setiap tindak-tanduk juga sepatutnya menjadi sesuatu yang merangsang.keseimbangan.cabaran sebenar adalah untuk melalui akibat,bukan sekadar menerima amaran sebuah akibat.gua nampak sesuatu yang gua suka dan gua ambil risiko untuk dekati,dan itulah diri gua.i am a go getter.takkan diam menunggu saja bulan jatuh ke riba.gua mahu,gua dapatkan.tapi setelah mencuba dan ia tak berjaya,selebihnya adalah menerima dengan hati terbuka.

gua seorang yang dewasa walaupun ada masa,gua bersikap kebudak-budakan.semanja manapun,bila gua perlu serius dan rasional,ya gua mampu untuk bersikap serius dan rasional.sekarang ni gua perlu berfikiran matang.berada dalam keadaan beremosi dan terus menurut jiwa hanya buat gua lebih kabur untuk melihat kedudukan yang sebenar.gua perlu menjadi objektif.

sebenarnya secara jujur,gua bermasalah untuk membina sebuah perhubungan yang serius.gua sedikit cuak dalam bab bercinta secara nyata.antara faktornya adalah gua terlalu selesa hidup berlandaskan kemahuan gua semata-mata.gua adalah diri gua,milik gua,jadi naluri gua dengan sendirinya menolak untuk 'menduakan' diri sendiri dengan kehadiran insan lain.dalam istilah yang lebih pedas,gua terpaksa mengaku yang gua memang cenderung self-centered.gua sebenarnya licik.menjadi seorang yang berterus-terang dan tak kisah bercerita apa saja buat orang nampak seperti gua transparent dan tak rasa ada keperluan untuk 'membongkar' gua jadi gua selamat dari perlu berkongsi ruang jiwa gua dengan sesiapa.gua memberi gambaran zahir seperti berkongsi segala-galanya tapi di sebalik itu the truth is i keep myself for me.gua tamakkan diri sendiri.gualah sebenarnya yang enggan berkongsi diri gua dengan sesiapa.

naluri yang ada tu,bukan gua paksa sendiri.setiap manusia ada sifat dalaman yang azali dan bagi gua,ini antara sifat dalaman azali gua.setiapkali gua terlibat dengan seseorang secara rapat,naluri yang ada itu akan mula mengganggu.akan timbul kemelut.gua struggle antara naluri gua yang tak mahu diikat dengan hati yang mula suka.ia akan jadi seperti mahu menyerah tapi dalam masa yang sama mahu lari.jadi sebab itu perkenalan yang awalnya santai dan tenang akan mula jadi tegang bila gua terasa gua semakin rapat dengan seseorang.gua jadi tertekan di luar sedar dan tekanan tu buat gua tak boleh fokus.gua akan selalu berfikir bukan-bukan,selalu buat perangai,selalu menduga dan mencabar dan akan selalu bertindak seperti nak merosakkan perhubungan.semacam gua tak boleh tengok keadaan aman gua akan porak-perandakan.

di sebalik sikap yang sengaja menyusahkan keadaan,diam-diam sebenarnya gua berharap orang yang bersama gua akan mampu bertahan.menduga dan mencabar mahu halau tapi dalam diam-diam mahu lihat kalau hati dia benar-benar kuat untuk gua.mungkin gua ada masalah dengan rasa percaya.kadang-kadang orang kata,kemahuan kita untuk tidak gagal buat kita lebih mendekati kegagalan jadi masalahnya gua kat situ,gua cenderung mahu gagalkan sesuatu tapi dengan harapan ia takkan gagal.dipendekkan,ya,gua bermasalah.selama gua macam ni,memang gua akan terus-terusan menggagalkan setiap perhubungan yang datang.

undur ke belakang sikit daripada fakta di atas,first and foremost,adakah perhubungan serius sesuatu yang gua mahukan?meluru mara ke dalam sebuah perkenalan tanpa mengetahui matlamat sebenar,di situlah kelemahannya.bila mulakan sesuatu tanpa tahu apa yang gua mahu,gua hilang punca.mungkin juga gua takut.apa yang bermula santai makin lama jadi makin serius.takut pada sesuatu yang bersifat nyata.peralihan dari 'fantasi' ke realiti buat gua jadi ralat.gua tertekan sebenarnya.

tentang diri gua,gua manusia yang perlukan identiti dan dunia gua sendiri.gua tak ada masalah untuk rapat,tak ada isu dengan lelaki yang seboleh-bolehnya mahu tahu setiap pergerakan gua,tidak.cuma gua perlu sentiasa rasa gua masih diri sendiri.gua perlu tahu gua masih boleh bersendiri,boleh berdikari.that is just who i am.bila gua terlalu rapat dengan seseorang,terlalu terikat dengan sesuatu,gua perlu tarik diri seketika hanya untuk lakukan 'check and balance'.dengan cara menjarakkan diri gua dan menahan rasa kebergantungan gua pada sesuatu akan buat gua kembali terkawal dan tenang.lets just say,ia cara gua compose diri gua.gua perlu untuk bebaskan diri seketika daripada apa yang gua rasa menguasai diri gua.sama macam apa yang gua buat di blog ni.sampai tempoh tertentu,gua akan tutup dan kunci kerana gua mahu bebaskan diri dan mahu jadi persendirian kembali.hanya seketika.jadi itulah sebenarnya.gua rasa ada tekanan dan tekanan tu hanyalah antara gua dan diri sendiri.gua perlu bersendiri dan berehat sekejap supaya gua boleh menguasai diri kembali tapi bila gua tak boleh bersendiri di waktu yang gua rasa memang gua perlu bersendiri,itu yang buat gua berserabut.

gua ada sebab bila gua minta bersendiri.ia untuk waraskan minda dan elak dari berserabut otak sebab kalau gua mula berserabut gua akan jadi mereng.gua cepat hilang kawalan,cepat hilang sabar,cepat tak menentu.tapi permintaan gua ditolak.gua jadi tak boleh berfikir lurus dan akhirnya bila dah sampai ke kemuncak gua meletus dan itulah yang berlaku tempoh hari.bukan gua tak pernah beritahu tak pernah bagi amaran,tapi kata-kata mahu alami pengalaman menyaksikan detik-detik goyah dan 'mereng' gua dan akhirnya setelah saksikan how i can be such a pain in the ass when i lost it,terbukti ia terlalu besar untuk diterima.tak pernah gua sembunyi berpura-pura menyorok sifat buruk gua yang gua ni kadang-kadang gila isim sehingga boleh buat orang sakit jiwa-raga nak put up with it.gua memang kadang-kadang snapped,mulut gua boleh meracau lafaz segala kata-kata berbisa yang bukan dari hati gua dan bertindak benda-benda yang bukan diri gua sebenar.down point ini,cuma peratusan kecil dari kelebihan-kelebihan dan kebaikan-kebaikan lain yang ada pada diri gua tapi malangnya bila sekali terdedah keburukan ini ianya terus menghapuskan segala unsur baik lain yang ada dalam diri gua.

apa yang gua kesalkan ialah berakhirnya sebuah hubungan yang gua hargai kerana gua terlepas kawalan.seperti memegang pasu kemudian hanya sesaat terlepas ia jatuh dan pecah dan rosak teruk sehingga sukar dibaiki.sayang berjuta kali sayang.tapi the damage is done.it's no use to cry over spilled milk.gua tak boleh ubah benda yang dah berlaku.kesal menangis airmata darah sekalipun,yang lepas tetap juga dah lepas.cuma sedikit 'kelakar' sekali ini ialah,gua benar-benar dah jatuh hati.sedikit lembap untuk menyedari,kan?

apapun,gua tak meratapi semua tu.ya,akhirnya gua tetap hanya diri gua.kesedaran tentang hakikat gua telah benar-benar jatuh hati mungkin bukan petanda dia adalah orangnya tapi hanya untuk memberitahu yang gua masih boleh jatuh hati semula pada insan baru.mungkin hikmahnya untuk menyedarkan pintu hati gua masih mampu terbuka dan gua sudah bersedia move on.dia insan yang berjaya mencuri hati gua sungguh-sungguh untuk menyedarkan yang gua ni masih belum terlewat menerima orang baru.orang kata,pengalaman yang mempersiapkan kita menerima hubungan sebenar yang akan datang sesudahnya.jadi gua berterima kasih untuk itu dan gua doakan yang terbaik buat dia.semoga dia akan bertemu seseorang yang akan menyayangi dia dari hati dengan niat sebenar untuk bersama secara kekal seperti rasa yang ada dalam hati gua.he deserves that.gua harap ia berakhir cara aman tanpa sebarang hard feelings dan kami masih mampu jadi kawan.gua cukup lemah,bila terpaksa putuskan hubungan terus berubah jadi macam musuh.seboleh-bolehnya,gua tak mahu macam tu.jadi segala yang terbaik untuk dia dan juga gua.

//dihujani text dengan kata-kata maki dari seorang kenalan lelaki yang marah kerana gua tak angkat panggilan telefon.heh.gua dipanggil perempuan sundal,perempuan yang tak tahu menghargai lelaki,pendusta dan penipu yang memang patut ditinggalkan dan macam-macam lagi kata kesat.hehe.gua ok saja menerima bila lelaki jadi mereng bertindak tak waras macam orang gila.bukan sepanjang masa lelaki rasional pun,kalau tengah emosi boleh jadi lebih gila daripada perempuan tapi big deal.gua tak ada masalah dealing dengan kegilaan lelaki baik dari segi cemburu ke tahap gaban yang tak masuk di akal atau waktu mereka jadi insecure menyoal siasat kalahkan polis atau dah naik gila meracau hanya kerana terlambat reply text dan segala yang sewaktu dengannya.gua boleh terima,tapi dia orang?hehe..

2 ulasan:

PK berkata...

tak sesuai lah tu.
ada sumthing yg missing.
mcm jig saw puzzle. bila satu kurang atau hilang, ia jadi tak komplit. cantik jadi tak cantik. puas cari, masih juga tak jumpa. Lastly, fed up, rosakkan seluruh jigsaw yang sudah rapi tersusun. hati jadi geram. tapi biasalah, sementara.

bersendiri itu mmg baik.
tapi akan ada satu masa, kita akan perlukan sumone. pada masa tu,setiap momen akan hanya jadi best bila di lalui bersama dengan sumone.

panjang pula gua mengarut. cet.

broken_nigina berkata...

guess so.bukan jodoh.