Selasa, Ogos 16, 2011

'Minta Maaf'

dengan masa yang berlalu gua menyedari gua dah tak sekuat dulu.hati,jiwa,dah tak sekeras dan sedegil dulu-dulu.gua jadi lemah.di sini gua berteleku merenung diri dan gua mengakui bahawa kehidupan sebenarnya dah menjejaskan jiwa gua.apa yang gua ada hari ni adalah apa yang bukan dalam keadaan asal dan gua sedar yang walaupun secara zahirnya gua macam lebih cepat sembuh bila terluka dari masa ke semasa tapi hakikatnya dalaman gua makin teruk.semacam gua dah ketagih dengan kekecewaan dan kesengsaraan sehingga di luar sedar gua punya kecenderungan untuk musnahkan apa saja yang macam menjanjikan bahagia untuk gua.

sebenar-benarnya,nak pertahankan rasa percaya dan harapan dari hancur bukan benda mudah.susah mahu kekal positif kalau yang terpaksa kita hadap dan telan balik-balik adalah benda negatif.mungkin kelebihan gua mampu momokkan minda pura-pura percaya esok akan jadi lebih baik tapi kalau gua benar-benar jujur,gua langsung tak percaya pun.bukan gua putus asa tapi pasrah.apa yang gua belajar dari hidup,sekalipun gua bersungguh-sungguh dan mencuba sehabis nyawa gua tetap akan kecewa.ini bukan tentang cinta,tentang hubungan antara lelaki-wanita tapi tentang hidup,tentang hubungan antara manusia-dunia-nasib.gua rasa gua sangat menyedihkan bila gua berharap dan mencuba.macam anak kecil yang tak faham apa-apa goncang jasad sekuat tenaga cuba kejutkan ibu yang dah mati.gua jatuh kasihan pada diri.that kind of feelings.wishing that there's something you can do to fix things.semacam gua mahu cuba selamatkan nyawa ayah dari ditewaskan kanser,mahu selamatkan nyawa mak yang perlahan-lahan dimakan penyakit.itu sifat azali gua.tak tahu berhenti walaupun mustahil.i hate to see myself like that.antara optimis dan pesimis.mereka kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan,tapi satu perkara lagi mereka lupa.TAKDIR.kadang-kadang ia bukan tentang usaha tapi hanya ketentuan.if it's not meant to be,there's nothing you can do.dan gua,kisah tipikal hidup gua selalu dihadapkan dengan situasi di mana kalau gua menangis air mata darah sekalipun,gua tak mampu ubah apa-apa.

sekarang,dalam usaha mahu cuci hati dan minda,unsur negatif mula datang balik.suara-suara yang ketawa mempersenda menyekeh kepala beritahu supaya gua berhenti berangan.agaknya mungkin itu isu dalaman gua dari dulu.di sebalik segala keyakinan dan keangkuhan,wujud satu rasa yang gua ini tak berbaloi.gua takkan pernah cukup bagus untuk sesiapapun.mak ayah gua sendiri pilih untuk tak bela dan besarkan gua masa gua kecil.i was good for nothing.berputar-putar dalam kepala kata-kata mak yang gua ni daripada dalam perut lagi dah bawa banyak kesakitan dan ayah juga cakap orang macam gua ni hidup takkan berkat sampai bila-bila.the truth is luka tak pernah sembuh.how can i be just perfectly normal when my brain is totally screwed up.ia bukan tentang kecewa bercinta yang tak berkesudahan tapi ceritanya bermula lebih jauh terkebelakang dan episod-episod kecundang yang lain pastinya bukanlah penambah baik keadaan.susah nak percaya ada pelangi lepas hujan kalau lepas hujan hanya hujan yang lain yang kemudiannya bertukar hujan lain.jadi gua belajar terima hakikat.mungkin lepas hujan hanya akan ada hujan yang lain.lebih baik gua biasakan diri saja supaya gua selesa.lompat dari fasa memberi harapan palsu kepada diri untuk berpijak di bumi yang nyata dan hidup selesa dalam keadaan yang tak selesa.

gua cuba dan gua kembali lemah.gua nampak awan mendung dan gua tahu hujan akan turun dan gua mahu cari tempat berteduh dari kebasahan tapi di kaki gua mula menjalar rasa pasrah yang mengikat gua dari bergerak.kalau gua berlindung di bawah bumbung pun hujan taufan tetap akan menimpa gua jadi sama saja sebenarnya.macam meronta dalam pasir jerlus.meronta macam orang gila pun,tetap tenggelam.lebih baik gua duduk diam,tunggu saja dengan pasrah.agaknya memang macam tulah.gua dah tak ada kekuatan untuk memberi harapan pada diri.cepat saja jiwa gua kembali dingin tak bermaya.gua tak boleh keluar dari ruang gelap yang terbentuk di dalam otak gua dan gua hanya akan berulang-ulang berputar dalam tu tanpa mampu berhenti.seperti blog ni yang takkan berubah wajah menjadi ceria dan tulisan yang gua longgokkan entah sejak bila gua dah tandatangan perjanjian akan selalu menjadi lara.this is not a happy blog and i am not a happy person.kesakitan boleh bertindak seperti dadah sebenarnya dan ia boleh buat kita ketagih tanpa sedar sehingga naluri luar kawal cenderung untuk memilih kesakitan lagi dan lagi.kita adalah apa yang kita pilih dan itu benar cuma satu fakta yang orang selalu nafi adalah kadang-kadang pilihan kita bukanlah kemahuan kita kerana di setiap kewarasan akal wujud emosi dan perasaan yang mengiringi.sekuat mana otak boleh membentuk emosi dan perasaan,ada masanya emosi dan perasaan itu yang membentuk otak.ini adalah hakikat.bercakap dengan mengandaikan kita sedang berada dalam keadaan waras dan tenang sepenuhnya menjadikan dunia suatu tempat di mana segala-galanya adalah betul dan tepat semata-mata tapi kita terlupa akan kekuatan emosi dan perasaan.bila-bila masa,akal boleh kalah.bukan untuk kata kita harus ikut saja emosi dan perasaan cuma kita takkan tahu tindak balas sebenar sehingga kita betul-betul berada dalam situasi sebenar.antara teori dan amali.

apapun,gua tetap gua.sebagai manusia tipikal yang hanya hegeh-hegeh jadi alim ingat tuhan bila susah,gua pilih untuk patah balik pada Dia.daripada dulu,itulah tempat yang tak kira teruk dan celaka manapun benda yang gua buat gua tetap boleh balik 'minta maaf'.gua sentiasa diberi peluang kedua ketiga keempat kelima keenam sehingga keseribu juta kali.manusia memang selalu celaka bila dengan tuhan,kan?masa gembira,mabuk dunia tinggal Dia jauh-jauh,lupakan Dia tapi bila kecewa,sibuk tanya kenapa selalu diuji selalu ditarik nikmat gembira.jenis tak sedar diri banyak buat dosa tapi ada hati nak minta yang bagus-bagus yang elok-elok dari tuhan.what a joke.tapi setidak-tidaknya gua tak berputus-asa dengan hubungan gua dan Dia.diri yang macam dah bersalut najis ke tahap kering berkerak-kerak busuk hapak jijik,takkan berhenti untuk terus hegeh-hegeh datang minta maaf dengan Dia walaupun esok-lusa,macam biasa,bila dah elok gua akan lalai dan lupa lagi.jadi sekarang ni doa gua hanya ini.semoga gua masih mampu bersihkan diri kembali dan bermula balik dengan lebih baik.heh.janji hampeh seorang hamba yang selalunya tak boleh diguna pakai.shame on me........
                 

Tiada ulasan: