Ahad, Februari 05, 2017

050217

menonton filem yang syahdu dan sedih secara marathon buat gua rasa macam nak menulis....bercerita dan bermonolog tentang hidup dan kenangan macam dalam kisah-kisah wayang.hakikatnya,ia mungkin memang macam tu.hidup yang sebenar dan hidup dalam wayang tidak lari jauh.kalau berbezapun,cuma babak yang menjadi tumpuan cerita.selainnya,terlalu banyak memori yang bertebaran sepanjang jalan.sejarah,rentetan peristiwa,yang akhirnya tinggal jadi bayang-bayang samar....namun,jelas dan terang.

ya.jelas dan terang,perasaannya.segala yang lain mungkin dah pudar,melusuh dengan masa yang berlalu.warna,bau,bentuk,bunyi,rupa.tapi perasaannya kekal.emosi dan makna,setiap kesan yang tertinggal dari perjalanan hidup terus abadi,tersimpan di tempat di mana ia tercipta.memori,kenangan.dan sesekali,macam tsunami,ia boleh menyerang dengan mengecut dan buat kita hanyut terhumban tiba-tiba.gelombang dahsyat yang memukul hebat sekelip mata.kemudian sepantas itu juga kembali tenang,hanya tinggal sunyi dan sepi,macam dunia dalam kematian.

hari ni,tarikh ni,satu masa dulu pernah jadi sangat penting untuk gua.tarikh di mana sesuatu yang amat berharga untuk gua tercipta,sebelum gua menemuinya 15 tahun kemudian.ia takdir.mungkin menggelikan bunyinya.tapi,segala apa yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir.setiap kejadian,setiap insan yang hadir,yang bertembung untuk kekal atau sekadar jadi kenangan,semuanya telah tertulis dari awal.jalan-jalan yang kita langkahi setiap hari adalah aturan yang membawa kita kepada suratan masing-masing yang telah dijanjikan dari azali.tiada kebetulan..tiada ketidaksengajaan.walau dalam detik yang paling tak dirancang,ianya telah terancang.

jadi,apa sebenarnya yang gua mahu ceritakan di sini?semuanya,segala-galanya,hingga akhirnya membawa kepada tak ada apa-apa.sebuah 'tidak ada apa-apa'....mungkin kerana masa berubah,dunia berubah,manusia berubah.dan gua juga memang dah berubah.sedar tak sedar gua bukan lagi "penulis blog" yang berleter panjang tentang diri sendiri menaip dan menulis berjela-jela.hanya sesekali dalam beberapa bulan,malah berganti tahun,baru gua balik sini menulis apa-apa.selebihnya hanya bermonolog di kepala yang kemudian hilang kosong ke dalam rutin harian yang berlarutan....ya....betapa masa merubah segalanya....dan apa yang gua harapkan,ada jiwa yang dapat baca apa yang gua tulis ini dengan rasa seperti yang gua rasa.

               

                                



2 ulasan:

deaf-angel berkata...

Hello. GONG XI FA CHAI.
apa date tu? Date kawin ke?
Congratulations...

beautiful_rose berkata...

lama tak singgah sini..