gua ini orang kesepian yang sedang ketagihan teman menagih sepi.duduk menghisap ekstesi hidup bersama-sama.kemudian bercakap macam bertih jagung dengan otak yang sedang
khayal.menyembur-nyembur melompat-lompat tapi entah apa.ironinya,semua
berlaku dalam bisu.tak ada bunyi,tak ada suara.
yang sebenar-benarnya,lu siapapun,gua tak peduli.gua ni cuma macam orang separa mabuk sedang merayau malam hari ke padang kosong yang entah mana-mana.lu siapapun,gua tak peduli.gua akan sapa macam orang separa waras dan kemudian bercakap tentang bulan kat langit,walaupun langit tak ada bulan.
siapa perlu realiti bila minda boleh jelmakan realiti yang lebih nyata dari realiti.ajaibnya,otak memiliki dunianya sendiri.dan dunianya pula dipisah-pisahkan oleh hati,jiwa dan akal.dan gua sebenarnya hanya mahu satu perenggan lagi.satu perenggan lagi membuang masa dan kata-kata dalam pusingan hidup.
dari satu ke empat,memandu dari jaga ke tidur.sampai sini,boleh pergi.membuta hingga bersambung semula esoknya.kalau belum mati.
1 ulasan:
Hello Kawan.
Bulan kat langit.
Ha ah eh, aku tak pernah fikir bulan tu kat langit.
Catat Ulasan