perasaan bila terasa perlukan seseorang yang boleh menghubungkan kita dengan masa silam..selalunya ia datang ketika kita lihat kehidupan yang semakin berubah.seolah-olah kita berada di tempat yang terlalu janggal dan berharap dapat bertemu orang yang kita kenal.kita mencari kemesraan.mencari rasa tahu dan rasa mengenali.keselesaan yang boleh memujuk hati agar tak rasa seperti terasing sendirian.
..bukan selalu perasaan macam ini datang,tapi sekali-sekala ia pasti datang,tak kira walau setegas manapun kita katakan kita mahu pergi jauh dari masa silam....hakikatnya,jauh mana sangat kita boleh pergi?masa silam ada di dalam ingatan dan ingatan ada di dalam diri kita sendiri.

1 ulasan:
ha ah.. kadang2 mmg rasa macamtu
Catat Ulasan