mahu cerita tentang perubahan,malangnya tak ada apa yang berubah.masih sama macam sebelum-belumnya.umur makin meningkat,tapi gua masih lagi seorang nomad yang tak punya tempat mustautin.gua masih lagi pengembara jiwa bebas yang belum bertemu tempat untuk gua berhenti dan diam.mahu cari apa lagi?masih tak cukup kisah-kisah 'adventure',kerja-kerja gila,'eksperimen' hidup dan pengalaman menarik untuk dinikmati?fantasi,bayangan mistika,gua dan keghairahan minda gua.pun,hakikatnya,gua ketika ini sekadar berjalan di jalan yang tenang-tenang saja,yang biasa.sisi hidup yang dipenuhi naluri fantasi,keterujaan,kepelikan,dah lama tidur.gua cuma manusia biasa,normal,hilang bercampur dengan lautan manusia normal yang lain.ada masa memang gua terasa ia tak sepatutnya macam ni,tapi,inilah yang berlaku bila jiwa kehabisan 'api'.tanpa api,tiada yang membara,tiada yang hangat,tiada yang membakar.cuma sejuk,suram,beku.
365
-
....
....antara khayal dan sedar
sekian kali
tiga ratus enam puluh lima
satu kembali
(03/01/2018 11:12 pm)
6 tahun yang lalu
1 ulasan:
Nomad..
Setiap hari kerja aku, aku kena travel naik bas, naik train, jalan kaki, sejumlah 5 jam dalam bas dalam train jalan kaki.
Kalau hari off day aku, kena tukar transport lak, siap naik bas ekpress berjam2.
Kawan aku siap panggil aku Nomad.
Aku bangga jadi nomad. Aku bangga bila balik KL aku dengar orang cakap "naik bas cuma bangla, indon, nepal"..
aku bangga jadi nepal, indon, bangla... dah memang aku kerja tapak pembinaan pun..
Because I am living the life the way I want it to be... Pasal aku tak pernah pedulik apa orang cakap, aku ketawakan orang yang cuba berlagak dan fikir dorang ada "standard" padahal "they are trying to be somebody they are not"..
And I hope my love ones are proud of me too..
Catat Ulasan