Rabu, Oktober 16, 2013

Rona

berpijak di bumi yang nyata,huh?tapi mana bumi,mana nyata?kalau saja gua tahu rahsia hidup dan takdir.tak usah lari dari laluan yang telah dijanjikan....tapi gua cuma insan.tak berdaya mengukur tinggi langit tanpa cuba menggapai.dan kalau langit itu terlalu tinggi untuk gua capai walaupun telah gua cuba sehabis daya,tentu saja ada sakitnya.atau,untuk hari ni,perkataan yang lebih tepat mungkin adalah pilu.macam ada sesuatu yang halus menusuk jauh ke dalam,tembus jantung.macam tembakan laser.

melayan blues hati,malam ni.sebenarnya apa yang gua rasa ketika ini bukanlah sedih sepenuhnya tapi ia campuran antara sayu dengan sunyi.gua rasa macam sedang melewati masa silam.entah macam mana,gua tercampak ke dunia lalu.ada nada halus yang berbunyi.bunyi bisu.ya,nada halus yang membunyikan bisu.nada tu buat gua jadi sunyi.bukan sunyi kerana apa,cuma sunyi kerana waktu ni tak ada sesiapa yang mampu mendengar nada bisu itu bersama.gua jadi rindu.rindu untuk memiliki insan yang mampu mendengar nada yang gua dengar dan mampu melihat apa yang mata gua lihat,yang secara zahirnya tidak kedengaran dan tidak terlihat.

mungkin ia benda yang agak menempelak perasaan,garis antara hakikat dengan khayalan.kadang-kadang,dunia hakikat lebih banyak menyimpan khayalan dan dunia khayalan pula menyimpan lebih banyak hakikat.kisah nyata yang tersembunyi di dalam cerita rekaan.halimunan itu wajah kita yang paling jelas.tapi siapa yang mampu melihat sesuatu yang halimunan?hmm....

hanyut dalam hening malam.nada bisu yang berulang-ulang berlagu.di mana ya gua ketika ini?alam yang gelap,suram.jadi syahdu.dalam tak sedar seolah-olah gua sedang mengkitar-semula segala rasa yang pernah gua rasa.mungkin dah lama gua tak menikmati apa-apa yang betul-betul mendalam.apa yang mampu bawa gua tenggelam sampai ke dasar,menembusi dasar.mungkin dalam perjalanan sampai ke sini,gua ada gadai jiwa gua di mana-mana demi untuk meneruskan hidup.hilang bersamanya kenaifan dan ketulusan,atas nama kedewasaan.tapi,dewasakah?bolehkah kita mati,benar-benar mati,dan kemudian lahir semula untuk hidup seperti bayi yang suci-murni?

gua merayau sendiri bawa diri ke alam gelap gua.mungkin ada sedikit rasa rajuk.gua tahu berdosa merajuk pada hidup tapi ia sekadar rajuk-rajuk manja.rajuk yang setaraf rajuk budak-budak tak dapat gula-gula.berebut di celah-celah manusia ramai tapi seperti tak kelihatan.sebab suara gua dah serak cuba memanggil dan kaki gua serta badan gua dah lenguh-lenguh berhimpit mencelah.gua dah buntu perlu buat apa lagi.jadinya perlahan-lahan gua berhenti memanggil,berhenti mencelah,dan berundur ke belakang.jauh hati.hakikatnya gua tahu ketiadaan gua tidak akan memberi kesan yang besar,malah mungkin tiada kesan langsung.tapi gua berharap itu tak benar.melangkah sambil dalam hati menunggu kalau-kalau ada yang panggil balik.

mahu kata apa lagi?berjalan membelah malam sambil ditemani bayangan hidup silam.apa khabar dia?apa khabar mereka?apa khabar semua?tapi,siapa pula yang bertanya khabar gua?melayan blues hati..melankolia........
 

1 ulasan:

deaf-angel berkata...

Some of us are candles, no one need us unless got blackout, which nowadays is like 5 years one time? Haha.
And when they need you also, is to burn you so they get cahaya. Nur.
So its quite worth it la to be a candle.