Ahad, Jun 30, 2013

Enam Titik

gua lupa....adakah gua pernah tandatangan perjanjian dengan kecewa?gua harap gua boleh cakap yang gua sangkakan panas sampai ke petang,tapi malangnya gua memang dah ramal hujan akan turun di siang hari.hanya tunggu masa.macam yang gua kata pagi tadi,sesuatu yang cantik di tangan gua selalunya hanya silap mata.nampaklah nyata macam mana sekalipun,mesti ianya cuma jelmaan semata-mata.jadi ceritanya,"sesuatu yang cantik" itu memilih untuk mengghaibkan diri dari tangan gua.siapa yang terkejut?ya,tak ada sesiapa.macam dah terpatri dalam suatu perjanjian,diketahui dan difahami,ada label yang tertulis:-hubungan yang gua bina pasti takkan kekal.

sebagaimana gua tak pernah berhenti mahu capai bahagia,begitu jugalah hidup tak pernah gagal untuk musnahkannya.walau gua jaga sebaik manapun,keadaan tetap menemui jalan untuk rosakkan.gua mencuba,demi tuhan gua mencuba.tapi,nasib dan takdir tidak menyebelahi gua,tidak pernah,masih belum.mungkin suatu hari nanti....dan bukan gua berputus asa dari rahmat tuhan,tapi gua keletihan.jalan yang panjang,yang sering dibayangi oleh tanda sampai yang bohong....sampai bila....

gua benar-benar mahu percaya sebenarnya.terlalu berharap,tanda sampai seterusnya adalah yang sebenar,bukan lagi gurauan.supaya semuanya akan jadi masuk akal.sakit,pedih,calar,luka.pasti akan jadi munasabah.bila akhirnya segala dugaan dan kesakitan yang gua alami dibalas dengan keindahan setimpal.gua benar-benar mahu percaya,terlalu mahu percaya barangkali,sehingga gua jadi terdesak cuba untuk percaya pada petunjuk yang samar sedangkan gua sedia tahu ia tak menjanjikan apa-apa.ada sepanduk mustahil yang tergantung di udara dan anehnya memang gua tak pernah percaya kesudahan yang indah itu wujud,jadi kenapa dan untuk apa sebenarnya gua bersedih bila sesuatu yang telahpun gua tahu dari awal pasti berlaku akhirnya berlaku?

seperti ahli nujum dengan ramalan buruk.tak ada apa yang menggembirakan bila ia tepat.cerita basi.bila gua cuba dirikan,ia runtuh.bila gua cuba genggam,ia terlucut.bila gua berharap,ia tak kesampaian.walau macam mana gua cuba dan usaha sekalipun,ia tetap kecundang.sampai gua tak mampu lari dari mempersoal kenapa.apa lagi yang patut gua buat.apa lagi yang salah.apa lagi yang tak cukup.gua dah ikut segala langkah yang ada dalam buku panduan,tapi kenapa masih gagal?apa yang tak kena.apa lagi yang silap.apa yang terkurang.apa yang terlebih.atau sebenarnya,ada sesuatu yang tak kena pada diri gua.tiap-tiap kali,pasti sesuatu yang dihulur ke tangan gua ditarik-balik.hasrat dan fikiran yang berubah tiba-tiba.niat dan kemahuan yang pudar tiba-tiba.malah sewaktu segalanya sedang berkobar-kobar.apa sebenarnya?terlalu kerap,sehingga ia seperti bukan lagi satu kebetulan,malah seolah-olah sumpahan.

buat ke sekian kalinya,gua perlu pulangkan semula cinta yang dipinjamkan pada gua yang pada awalnya dikatakan diberi terus kepada gua.gua masih lagi yang sementara.gua masih lagi hanya untuk jadi pengalaman dan kenangan.masih lagi bukan yang terpilih.masih lagi bukan yang ditakhtakan sebagai ratu dan menjadi hak milik kekal.apa yang gua sambut setelah dihulurkan dan gua balas dengan keikhlasan,berakhir di tong sampah.mungkin kerana hati gua buruk,hodoh,dah rosak teruk sebab selalu dikelar-kelar,dipijak-pijak,dihumban,orang tak mahu bila gua bagi.hati gua dicampak ke tepi.macam sampah........

kenapalah....kenapa meminta-minta kalau sekadar untuk dibuang.kenapa jadikan gua sebahagian dari hidup hanya untuk sedar hidup adalah lebih baik tanpa gua.kenapa letak gua di sisi kalau sebenarnya tak ada tempat untuk gua di situ.kenapa perlu undang gua semata-mata untuk beritahu tak ada ruang dan kemudiannya gua perlu pergi membawa diri.kenapa perlu semua itu.alangkah baik kalau segala-galanya difikir dan dipertimbangkan dahulu sebelum berjanji,bukan sesudahnya.supaya tak perlu ada jiwa yang terluka.tak perlu ada kecewa.tak perlu palit sejarah hidup dengan pengalaman yang menyakitkan hati.gua dah ada banyak.tak perlupun untuk sesiapa tolong tambah.

mengeluh panjang....gua sering hadir pada waktu yang salah.sepertinya,ada sesuatu yang mengatur untuk gua muncul ketika masanya tak sesuai.tapi gua fikir,ia sebenarnya bukan soal waktu yang tepat,tapi insan yang tepat.bila kita bertemu orangnya,maka segala-galanya akan jadi tepat.ia dipanggil jodoh.sebab itu,apa saja alasan dan penjelasan untuk mewajarkan tindakan adalah najis.bila sesuatu terhempas kerana kita sendiri memilih untuk lepaskan tangan,tak perlulah terkejut melihat ia pecah.tak perlu susun ayat berbunga-bunga menceritakan sebab-musabab atau cuba bersikap prihatin,bersimpati,buat ucapan takziah dan bagi semangat.satu-satunya orang yang kita cuba pujuk dari merasa teruk adalah diri sendiri.tapi tak ada kanak-kanak di sini.ini dunia dewasa,dunia fakta.sendiri ambil pisau,sendiri tikam orang kemudian nak pesan jangan lupa sapu ubat,jangan lupa hati-hati?tolonglah.tak perlu bergurau.tak ada orang akan termakan,termasuk tuan punya badan.

hukumnya mudah saja.apa yang kita pilih dan apa yang kita tak pilih.tapi dah tentulah,setiap pilihan ada harganya.janganlah harapkan segalanya akan baik-baik saja bila kita dah rosakkan.janji yang dimungkiri,impian yang dikhianati.beri gua harapan palsu,sia-siakan keikhlasan gua,bazirkan masa dan tenaga gua,buat gua berusaha untuk sesuatu yang kosong,takkan nak harap gua gembira?gua takkan merayu,takkan membantah,takkan jadikan ia satu masalah,tapi tak bermakna gua takkan terluka.pun begitu,gua terluka bukanlah benda yang perlu nak diperbesar-besarkan dalam erti kata nak rasa bersalah,bersimpati.

gua bukan budak-budak.dah sedia maklum undang-undangnya.semua adil di dalam cinta dan perang.kita ada hak untuk kecewa,tapi tak ada hak untuk marah.marah kerana orang tak mahu bersama kita?marah kerana orang tak perlukan kita?marah kerana orang tak rasa kita pilihan terbaik yang ingin dipertahankan,dikekalkan dalam hidup mereka?itu bodoh.gua pun tak mahu bersama dengan seseorang yang tak rasa gua adalah orangnya.

gua tak perlukan piala kejuaraan kalau gua bukan pemenang.tidak,terima kasih.seburuk sehodoh manapun hati gua yang koyak-rabak tu,gua tetap takkan mengemis pada yang tak sudi.gua juga tak sudi dengan orang yang tak sudi.mahu pergi kerana tak mahu terikat dengan gua?pergilah.takkan gua halang,takkan gua rayu,takkan gua pujuk.mungkin gua tak selalu berpewatakan dewasa,tapi percayalah,gua dah cukup dewasa untuk terima kekalahan.pastinya ia yang terbaik,bila sesuatu yang bukan dicipta untuk kita hilang.pahit itu mesti,tapi pahit yang menjadi ubat.tak kira sakit macam mana sekalipun,membebaskan diri dari hubungan yang salah tetap lebih melegakan dari berpanjangan membuang masa dan tenaga hidup terbelenggu.jadi gua bukan berpura-pura bila gua katakan mudah untuk lepas orang yang telah membuat pilihan untuk tidak memilih gua dan gua juga bukan berbasa-basi bila gua cakap gua rasa senang kalau sesuatu yang patut tamat boleh ditamatkan sungguh-sungguh.soal pedih tak pedih,itu cerita lain.merawat luka sendiri adalah urusan gua sendiri.pupuslah apa yang seharusnya pupus.pergi dan jangan kembali,jangan kesali.

sesuatu yang cantik di tangan gua selalunya hanya silap mata.gua harap gua salah,tapi malangnya gua sentiasa betul.cuma,hanya satu saja,mahu gua doakan pada tuhan.boleh tak lepas ni,temukan gua dengan seseorang yang bila gua bagi hati gua pada dia,dia takkan campak ke dalam tong sampah lagi?

........................

1 ulasan: