Sabtu, Oktober 06, 2012

Cintaku Yang Rock

menulis kisah rekaan seperti kisah nyata lebih mudah daripada menulis kisah nyata seperti kisah rekaan.ingatan-ingatan yang banyak,kalau gua tak susun dan simpan setempat hanya akan berselerak dalam otak yang penuh dengan sampah.segala makna,segala keindahan,segala kesan sejarah yang telah mencorak diri dan peribadi gua,akan berserabut dan tenggelam dalam semak-samun minda....

tapi sayangnya,gua dapati gua semakin lupa.gua semakin tak mengingati.bukan ceritanya,bukan peristiwanya,bukan perjalanan dan kejadiannya,tapi perkaitan semua itu dengan diri gua.dalam minda gua ia seolah-olah sebuah wayang yang pernah gua tonton di mana-mana lama dulu.gua ingat,tapi semuanya tak ada kena-mengena dengan gua.seperti tak bererti apa-apa.gua tak mampu untuk menghayati,merasai.malah gua tak mampu walaupun sekadar menghargai.semuanya rasa kosong.kosong sekosong-kosongnya.dan itu adalah sesuatu yang menyedihkan,sungguh.untuk sesuatu yang paling berharga menjadi tak bermakna apa-apa.                                                               

2 ulasan:

~* chirpy_chummy *~ berkata...

untunglah. sekurang kurangnya ko x perlu berletih otak dan jiwa untuk membuang segala kenangan perasaan itu.

doakan aku juga begitu. moga moga.

cLinaku berkata...

nak cintaku yang rock...