Sabtu, Jun 30, 2012

Sibuk

ada sebahagian dari diri gua rasa,gua tengah kehilangan diri sendiri.sebahagian pula rasa ianya hanya biasa-biasa.entahlah.mungkin ini memang sifat gua.tak mungkin untuk minda gua berhenti bergolak,berperang.gua fikir tentang banyak perkara,yang sebenarnya lebih kepada untuk berfikir semata-mata kerana gua perlu berfikir.sesuatu yang selalu ditafsir orang sebagai "risau".jujurnya,gua tak risau apa-apa.gua berfikir kerana gua perlu berfikir.kenapa,bagaimana,apa agaknya.dari bumi ke langit ke manusia seluruhnya,dalaman dan luaran,sehingga ke benda-benda kecil yang ada di sekeliling.itu diri gua,jiwa gua,minda gua.untuk duduk tanpa ada sebarang persoalan yang bermain di kepala,bukanlah sesuatu yang fitrah buat gua.hatta waktu gua termenung kosong,minda gua masih sibuk bekerja,mengembara dan meneroka ke segenap ruang.ia tempat yang sibuk,pemikiran dan jiwa gua.

mungkin gua buka blog pun untuk muntahkan isi otak yang berlambak dan tengok dari jumlah blog dan entri saja rasanya dah boleh nampak jelas otak gua memang sarat dan sesak.otak yang penuh dengan sampah-sarap.gua bukanlah pemikir yang baik sebab macam yang gua cakap,otak gua penuh dengan sampah-sarap tapi apa yang gua tahu,hampir segala-galanya tentang segala-galanya pernah bermain di otak gua,bersarang dalam kepala gua.soal kemanusiaan,ketuhanan,kehidupan,kematian,sebelum hidup,selepas mati.apa saja dan segalanya.jiwa falsafah?heh.jiwa falsampah,lebih tepat.

gua kira gua seorang yang terbuka,bukan perahsia.gua boleh bercakap dan bercerita tentang hampir segala-galanya.gua tak ada masalah berkongsi dan gua memang banyak bercakap-dengan orang-orang yang gua biasa-.cuma,tak semua benda boleh dikongsi secara butir,walaupun di dalam blog tanpa menunjukkan pengenalan diri.rasanya lumrah,semua orang mesti ada sesuatu yang tak boleh dikongsi dengan sesiapa.

gua dah sesat.apa sebenarnya yang gua nak tulis tadi?mungkin sebab dah lama penulisan pun dah berkarat.pusing-pusing,tak jumpa punca dan akhirnya hilang.berhenti saja.berhenti.
      

Tiada ulasan: