Sabtu, Mei 26, 2012

Sembang Kosong

gua selalu teruja,selalu beriya-iya mahu buat sesuatu,bayangkan sesuatu.ceria,bersemangat.macam budak-budak.sifat naif dan keanak-anakan yang masih tak mati dalam diri gua walaupun dengan segala pengalaman hidup yang gua hadam.ini,termasuk bab hari raya.ya,gua masih teruja dan bersemangat mahu beli baju raya,kasut raya,kuih raya,mahu balik raya.apa lagi dengan anak buah gua yang tiga orang,rasa terujanya semakin melonjak-lonjak.tengok mereka seronok,gembira,buat gua rasa kembang berbunga-bunga.macam mereka anak-anak gua dan kejayaan menceriakan mereka buat gua rasa macam gua adalah seorang ibu yang tip-top.yeah,kadang-kadang gua naik syeh terlupa mereka bukan anak-anak gua tapi anak-anak kakak gua.selingan:-menjadi ibu adalah nikmat kemuncak untuk seorang wanita.kan,sis clina?;)

apapun,gua bukan nak cakap pasal ibu.tentang sifat keanak-anakan,kenaifan.sesiapa yang kenal gua secara peribadi,yang pernah bercakap dengan gua,tahu gua selalunya bersikap macam budak-budak dan lebih menggelikan untuk disebut adalah,manja.nothing like what people would normally expect from my blog.kalau dilihat dari segi sikap yang macam naif,sesetengah orang akan anggap seolah-olah gua tak pernah terusik dek kecelaruan hidup,kekecewaan,permasalahan.tapi,terlalu banyak yang ada di sebalik apa yang kita lihat pada zahir,yang orang selalu terlupa.

gua rasa,setiap orang punya sisi gelap,ruang hitam dalam jiwa mereka.bezanya cuma besar kecil ruang itu,dan bagaimana mereka mengawalnya.gua tak merujuk kepada kejahatan,walaupun ia adalah sebahagian daripada isi ruang hitam,tapi  lebih khusus kepada sifat-sifat gelap lain yang sentiasa wujud dalam diri manusia.kemurungan,kemarahan,kebencian,kekosongan,rasa putus asa.gua tak terkecuali malah kalau mahu jujur sepenuhnya,ruang hitam dalam jiwa gua itu adalah sangat besar.

sesuatu tentang hidup,bila kita tak mampu mengawal apa-apa apatah lagi pada saat-saat di mana kita begitu terdesak mahu mengawal..ia menyakitkan,menghancurkan,dan meninggalkan parut yang dalam pada diri kita.bila kita menjerit dan meraung minta tolong,tapi tiada orang yang mendengar kerana hakikatnya kita hanya mampu minta tolong dalam hati.bila kita merayu,menyembah untuk seseorang berhenti menyakiti dan mengharu-birukan dunia kita tapi tiada yang peduli kerana hakikatnya kita langsung tak mampu bersuara.bila kita terpaksa menerima kenyataan yang paling tak sanggup kita terima tapi terpaksa terima kerana kita tak terdaya untuk buat apa-apa....all the pain,the agony..ia mengoyak hati,melapah segenap isi tulang dan gua tak maksudkan luka dek kecewa bercinta,tapi jauh lebih dalam dan lebih besar dari itu,hidup.

kesakitan-kesakitan yang merobek di bahagian paling dalam ini,ia takkan pergi ke mana-mana sebenarnya.ia kekal,sebagaimana kekalnya sesebuah ingatan dan kenangan sepanjang kehidupan.kesannya,lebih dari rasa kesakitan itu sendiri,ia mencacatkan.macam kertas putih yang selepas diconteng dan dikoyak,jadi rosak walaupun kita boleh kutip dan tampal semula.pengalaman akan menghantui lebih dari luka yang pastinya akan kering lepas seketika.untuk waktu-waktu seterusnya,ia mengekori.ia membayangi setiap kegembiraan dan kebahagiaan yang datang kemudiannya.ia meracun jiwa sehingga menimbulkan satu bentuk pemikiran yang sukar dibuang-kepercayaan secara halus yang kita tak layak bahagia,tak akan bahagia.sesuatu yang buat kita sendiri bertindak membunuh kebahagiaan yang datang,di luar sedar.self-destructive,a pain addict.ia tak membunuh kebahagiaan secara langsung,tapi membunuh kemampuan untuk bahagia,yang akhirnya akan membunuh kebahagiaan.

hakikatnya,bila gua bersikap riang dan teruja dengan sesuatu,rata-rata ia hanya di permukaan atas.manusia punya banyak lapisan,kan?berapa banyak,mungkin itulah yang mentakrif antara manusia dangkal dengan manusia yang berjiwa dalam.ruang hitam itu,ia terletak di lapisan yang paling dasar pada jiwa gua.dahulunya,hanya sesuatu yang cukup-cukup terkesan saja yang dapat tekan gua sampai ke lapisan paling dasar sehingga mampu mengeluarkan 'kegelapan' ke permukaan.dan benda ni,bila gua lihat,gua sedar yang ianya makin jarang berlaku.masa seperti tanah yang menambak lapisan menjadi permukaan lebih tebal untuk memendap ruang hitam lebih jauh ke dalam.ia bukan hilang,cuma tak mampu digali orang.

malas dah nak sambung.

1 ulasan:

cLina BeLedZa berkata...

eh ehhh... ada mention nama saya :p