Ahad, Mei 27, 2012

Ulasan

gua suka baca ulasan.maksud gua,ulasan-ulasan orang tentang apa-apa perkara yang diutarakan.tak kisahlah di youtube ke,di blog ke atau mana-manalah tempat yang orang boleh bagi ulasan.paling menghiburkan,bila si pengulas saling berperang pendapat.yang menyokong dengan yang menentang.benda yang kelakar bagi gua,selalunya orang yang anggap seseorang yang lain itu ekstrim dan sempit adalah mereka yang lebih ketara ekstrim dan sempitnya,dan mereka langsung tak sedar.macam orang yang berang dengan kenyataan yoga tu haram,atau lelaki tak patut jadi suri rumah,dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya.lawaknya adalah apabila seseorang sibuk nak membantah tapi persoalan pokok dalam pendapat yang nak dibantah itupun tak difahami dengan jelas.

rasanya,rasanyalah,ada dua benda kot yang mentakrif sesuatu persoalan.satunya,subjek itu sendiri dan keduanya adalah keadaan di mana duduknya subjek itu.sifirnya,sebagai contoh,melakukan kegiatan yang melibatkan amalan keagamaan agama lain adalah haram maka kalau senaman yoga melibatkan amalan keagamaan agama lain,ia haram.yang haram bukannya yoga,tapi amalan keagamaan lain yang diterapkan bersama:-KALAU ia diterapkan bersama.perkataan kalau itu adalah pemboleh ubah utama,yang mana bermaksud,ia tak maktub dan bila tak maktub,bermaksud ianya terbuka.jadi,nak berang untuk apa sebenarnya?melainkan yang berang itu tak faham dan hanya tahu berang tanpa sebab.nampak kat situ siapa sebenarnya yang sempit fikiran.

apapun,ia menghiburkan.hakikatnya,kita semua manusia.kalau dah nama manusia,tak boleh tidak mesti sikit-sebanyak ada sifat berat-sebelah,ada sifat sentimen.hatta hakim dan pengadil yang dibayar khas untuk menjadi adil pun tak mampu nak betul-betul adil.bukan kerja mudah malah boleh dikatakan mustahil untuk pisahkan akal dari perasaan seratus-peratus.secerdik dan seterbuka manapun seseorang,dalam keadaan tertentu mereka tetap saja boleh jadi bodoh dan sempit.contohnya,kita cukup berfikiran luas dan matang bila membicarakan tajuk yang tak melibatkan diri masing-masing tapi bila persoalan itu terkena batang hidung sendiri,kita bertindak-balas dengan cara yang sama macam yang ditunjukkan oleh orang kebanyakan-by being defensive.dan gua sebut "kita" kerana gua merujuk kepada semua orang,termasuk diri gua sendiri.apa yang penting sebenarnya bukan untuk jadi hakim sempurna,tapi keterbukaan untuk belajar dan memperbaiki diri.sebodoh-bodoh manusiapun masih boleh mengajar kita sesuatu,kalau saja kita mahu.dan itu sebenarnya,peringatan untuk diri gua sendiri.

1 ulasan:

deaf-angel berkata...

perang pendapat paling giler pada aku la dari gossip artis sampai social issues ialah kat carik porum.
bertahun2 tapi aku kalo ada time aku kadang2 masuk jadi silent reader kat satu dua board