Isnin, April 02, 2012

Kerja Dia

kadang-kadang gua kabur dengan perasaan sendiri.gua tak dapat hubungkan antara minda dengan rasa.bingung.bukan bingung yang gelisah dan keliru,tapi bingung kosong.gua rasa kosong.macam ada ruang yang kosong dalam hati gua.ruang kosong yang lengang sampai bergema.malah gua tak tahu pun kalau itu boleh disebut sebagai hati.

macam ketika ini.gua tak rasa 'hidup'.gua mahu dekati dia,cuba cari 'hidup' dari dia,tapi gua rasa dia sendiri sedang bergelut mencari 'hidup' saat ini.jiwa-jiwa hilang,yang bertembung di pertengahan jalan.sayangnya,di belakang mengekor bayang-bayang masa silam.walau mahu mengabai,siapa yang boleh tidakkan betapa sejarah meninggalkan parut kesan pada jiwa kita hari ini?keraguan,kekeliruan,ketakutan,prasangka.datangnya dari semalam,memberi kesan kepada masa depan.tak payah selam jauh-jauh mentafsir orang lain.tanya pada diri sendiri saja.mampukah gua untuk mempercaya dan merasa tanpa ada syak wasangka sebagaimana waktu jiwa masih naif?rasanya tak mungkin.penangan takdir.bukan menyalahkan ketentuan,cuma kadang-kadang kekecewaan itu buat kita cuak nak percaya pada harapan lagi.mahu fikir yang baik-baik.semua orang mahu fikir yang baik-baik.tapi dibandingkan hati putih suci dengan hati buruk yang pecah-pecah dan lunyai,mana lah nak sama.di setiap keyakinan,ada gambaran hitam yang membayangi.

memang gua ragu.lebih dari meragui orang lain,gua ragu pada diri gua sendiri.nak ke mana dari sini?boleh sampai ke mana-mana ke dari sini?gua tak tahu.memang takkan tahu.jadi gua patah balik saja pada pasrah.bukan mengalah dan lepas tangan,tapi menerima hakikat bahawa batas kudrat gua hanya setakat usaha dan harap.hidup memang tak ada jaminan.usaha mungkin tangga kejayaan,tapi samaada tangga itu akan sampai atau tidak pada kejayaan,tak ada orang tahu.kerja tuhan,bukan kerja manusia.perah otak macam mana pun,takkan jumpa jawapan.lalu akhirnya gua putuskan untuk berhenti fikir.mana sudahnya perjalanan ni,gua langkah saja ke mana kaki nak bawa.kalau milik gua,ia milik gua.kalau bukan,maka bukanlah.mahu risau apa sebenarnya?kesudahan hidup ini tetap satu iaitu mati.

gua harap dia tenang.dia dan juga 'dia'.mereka,malahan.sejauh mana boleh kita berkongsi rasa,tetap akan ada rasa yang kekal jadi milik peribadi.terlalu gundah mahu lepaskan belenggu,selalunya gua lupa tentang 'diam'.tapi ada sebabnya kenapa gua lari dari diam.diam itu membunuh gua.diam itu boleh buat gua beku dan gelap,jadi kaku macam benda kayu.ia tak pernah membantu.kadang-kadang jiwa gua macam tin man dalam cerita wizard of ozz.perlu selalu diletakkan minyak supaya ia tak mengeras.sejak bila jadi macam tu?entahlah.setiapkali sakit,gua bekukan rasa.lama-lama,ia jadi sangat semulajadi.perasaan gua boleh hilang-hilang dengan sendirinya.kalau bukan mustahil pun,hampir mustahil untuk hati gua berfungsi secara 'normal' kembali.

hmm..gua simpati pada 'dia'.pujuk-rayu,kata rindu,buat gua belas,tapi malangnya gua rasa kaku.ia buat gua kesal.bukan kesal tentang pilihan dan takdir.tapi kesal,kenapa manusia selalu mensia-siakan peluang dan kesempatan yang ada.gua di sana bukan sehari-dua,memberi dan menanti sekian lama..kenapa baru sekarang,mahu memanfaati..sekarang gua dah pergi,pergi jauh....mana mungkin gua kembali.

entahlah.gua mahu duduk di sini.tanpa alasan,sebenarnya.kalau gua fikir pun,gua tetap takkan dapat simpulkan apa-apa.jadi bertaruh saja.hidup dengan hidup dari sehari ke sehari dan tengok sendiri apa terjadi.esok,lusa,hanya setelah ia menjadi 'hari ini',baru ada jawapannya.hentikan dengan itu saja,buat malam ini.


Tiada ulasan: