hidup memang takkan lepas dari dugaan,tapi dugaan pun memang tak akan tak lepas dari hidup.tak ada benda yang kekal selamanya termasuk kepayahan.kadang-kadang ia cuma macam musim hujan.hanya sementara sebelum diganti kecerahan.tak kira walaupun bertimpa-timpa,berturut-turut bala datang ia pasti akan berakhir dan bila ia berakhir,kelegaan itu adalah yang terhebat.seperti ayat basi yang dah berulang disebut,madu akan rasa jauh lebih manis bila kita dah rasa betapa pahitnya hempedu.dan ayat cedok kegemaran gua dari sebuah filem,"this too will pass".ya,apa jua walau sedahsyat mana tetap juga akan berlalu.
mungkin gua hanya cuba memujuk diri.sogokkan minda dengan cerita pelangi lepas hujan semata-mata untuk buat setiap kesialan itu jadi masuk akal.tapi itu yang seharusnya.tanpa kepercayaan yang sebegitu,dunia ini akan jadi neraka.kita perlu percaya.percaya lebih daripada apa yang terbatas di mata dan di akal.dan untuk percaya kita perlukan kekuatan.kalau segala-galanya hanya bersandarkan kepada logik dan penjelasan saintifik,maka dunia akan jadi tempat yang amat membosankan.kenapa nak usaha untuk esok?mana esok?wujud ke esok?nampak ke esok?esok tak ada depan mata,lalu bermakna esok itu tak wujud dan kalau tak wujud,kenapa kita perlu berusaha untuk esok?kadang-kadang hanya jiwa kita yang mampu untuk mewujudkan apa yang ghaib pada mata dan kalau itu buat kita nampak sesuatu yang indah,maka,apa salahnya?sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada setiapkali sakit nak marahkan tuhan dan akhirnya buat kesimpulan,tuhan itu tak wujud.hujahnya,sebab tuhan tak turun tolong manusia di bumi.ya,tuhan itu doraemon,wujud untuk berkhidmat menggembirakan manusia.
tak menghairankan pun sebenarnya.manusia memang macam tu.lumrahnya,orang akan lebih mengingati keburukan daripada kebaikan yang pernah kita buat.seribu budi,takkan dapat menandingi satu kesilapan.ia seperti silap mata.dengan satu kesalahan,puff,terhapus habis kebaikan walaupun ia bersusun berlonggok-longgok.bukan ke kita macam tu?self centered beings who secretly believe this world revolve around us.sebab itu bila kehendak kita tak dipenuhi kita cenderung untuk nampak salah orang tapi lupa nak cermin kelemahan diri sendiri.kita diam-diam percaya yang satu dunia ini,seluruh orang di dalamnya,wujud untuk memenuhi keperluan kita,tak kisahlah walaupun kita berperangai macam binatang dan memang patut untuk disakiti orang.kalau tak,kita tak adalah nak sedih dan marah sangat sebab kita sedar kita sendiri tak sempurna.bukannya bagus sangat sampai tak ada orang boleh buat salah pada kita.
dan kerana itu,gua selalu ingatkan diri sendiri untuk tak terlalu 'berkira' dengan keburukan yang orang buat pada gua sebaliknya cermin semula segala kelemahan yang ada pada diri.tuhan itu maha adil sebenarnya.it's the 'what you give you get back'.kalau kita benar-benar buka mata dan jujur menilai diri kita akan nampak selalunya apa yang orang buat pada kita adalah perkara yang pernah kita buat pada orang,sengaja atau tidak dan lebih banyak kita membenci seseorang lebih banyak kita akan menyerupai mereka.jadi gua kira,dengan kita membenci atau terus marah pada seseorang kita sebenarnya lebih 'memuja' mereka dan telah meletakkan mereka di satu kedudukan yang tinggi dan besar di dalam jiwa kita.kita beri hak istimewa kepada mereka untuk mempengaruhi perasaan kita,menjejaskan fikiran kita,menyekat kita dari menikmati kebahagiaan lain dengan sepenuhnya dan kita beri mereka kehormatan untuk mencacatkan hati kita dengan parut hodoh buat selama-lamanya--apa jasa mereka sehingga layak mendapat hak seistimewa itu ke atas diri kita?tak ada apa selain daripada menyakiti kita.therefore,we're the loser for hating them.
life has not been so good so far,and if i remember correctly,it has been like that since ever.tapi,untuk mengimbangi semua tu,banyak juga benda-benda yang menarik dan menggembirakan berlaku.katakan gua terluka kehilangan sesuatu,itu bermakna gua juga pernah gembira memiliki sesuatu.ia selalunya beriringan saling menimbal-balik di antara satu sama lain.pandang dari sudut itu.dalam setiap keburukan,ada terselit kebaikan dan juga sebaliknya.gunakan sistem dacing untuk menimbang.di sebelah kiri dari sudut keburukan,ada kekecewaan tapi di sebelah kanan dari sudut kebaikan,kita pernah lalui detik-detik gembira,sejarah hidup kita menjadi lebih kaya dengan kisah-kisah yang bermacam(jalan cerita yang mendatar dan mudah dari awal ke akhir itu bosan,kan?),kita belajar cara-cara menghadapi kekecewaan dan boleh jadi lebih kuat di masa hadapan,malah,kita boleh juga tambah yang lain-lain daripada kesedapan meminum neskefe o sehingga kenyangnya makan nasi berlauk ke dalam timbangan sebelah kanan supaya jadi seimbang malah mengatasi berat di sebelah keburukan.hakikatnya,ia terletak pada diri kita.macam mana kita nak isi penimbang baik dan buruk yang ada.kalau kita ambil buruk lebih banyak maka lebih berat yang buruklah dari yang baik jadi terpulang mana yang kita lebih suka.kita boleh pilih nak jadikan pengalaman pahit sebagai satu kelebihan yang menguntungkan atau kekurangan yang merugikan.nak jadi cerdik ke nak jadi bodoh?sendiri fikir.
as for me,gua akan telan saja apa yang datang dan cuba jadikan ia sesuatu yang boleh membantu diri gua yang walaupun tak dapat ubah apa yang dah berlaku,sekurang-kurangnya menjadi pengajaran di masa depan.biasanya macam tu lah.pengajaran adalah untuk masa depan,bukan masa lepas.sad but true.tak perlu degil-degil memberontak pada takdir walaupun menerimanya adalah maha berat.well,big deal.tempoh-tempoh pahit datang,tempoh-tempoh pahit berlalu.serahkan pada masa kerana masa adalah penawar yang sangat hebat-untuk kecederaan-kecederaan perasaan.so,that's all.gua tetap kat sinilah.nak pergi mana lagi?i'm just me.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan