haih..mengarut betul jadinya.gua bercakap pasal soal selera manusia,orang pergi kait ke sejarah semua.susah betul.soal selera,selera.gua masih lebih menghargai yang sederhana dan
biasa.indah bahasa bukan pada rumit kata dan cantik isi bukan pada belit
ayatnya.tak suruh setuju dengan gua pun.campur-tolak macam fesyen
tudung budak-budak muda zaman sekaranglah.pakai tudung makhluk asing
kepala benjol,pakai selimut balut-balut kepala,dan segala macam gaya
yang dah merapu meraban.orang cakap,nak bergaya tu tak salah tapi kalau
dah melebih-lebih naik menyampah jugak tengok.sama je lah.tahu
agak-agak.
isunya benda tu tapi jauh benar ditafsir sampai ke sejarah segala.apa kena-mengena gua tak suka gaya penulisan yang terlalu melebih-lebih dalam mengguna-pakai perkataan orang putih dengan sejarah asal-usul bahasa melayu dan faizal tehrani serta sanksrit semua tu?takkanlah sampai macam tu?takkan tiapkali nak membebel nak kritik benda yang gua secara peribadi tak berkenan gua kena buat kaji-selidik dan selongkar sejarah?kalau macam tu,adakah bermakna sebelum gua nak kritik fesyen tudung yang gua rasa melebih-lebih sampai dah jadi mengarut gua kena kaji dulu sejarah asal-usul tudung dan jelaskan apakah pengertian tudung yang sebenar.
dah lah.malas nak cakap banyak.tafsirlah nak tafsir macam mana.gaya gua menulis memang macam ni daripada dulu.gua bukan menulis untuk memuaskan hati orang tapi untuk kepuasan gua sendiri.kalau terasa,gua mintak maaf.gua tak ada niat nak menyinggung mana-mana pihak.gua cuma menulis perasaan peribadi gua.gua tak tahu kalau sekarang ni perasaan peribadi juga perlu dirujuk kepada sejarah terlebih-dahulu.setahu gua,gua entitled for my own feelings and thought.apapun gua angkat tangan serender.nak tak nak nampaknya lepas ni gua kena lebih bersopan-santun dan berhati-hati sebelum menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati walaupun keaslian blog gua adalah kerana gua menjadi direct.sorry and peace!anggap saja gua dangkal.cheers.
:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan