Sabtu, Disember 10, 2011

Kerana Terpaksa

gua cakap gua nak anggap orang yang membaca di sini sebagai bijak pandai jadi gua tak perlu nak jelaskan apa maksud sebenar gua.tapi nampaknya,bukan semua orang bijak pandai yang akhirnya memaksa gua untuk jelaskan juga salah-tafsiran.mungkin gua dah terlebih memandang tinggi mereka.tak semua orang mampu faham semua benda tanpa diterangkan satu persatu dari a sampai z sedangkan gua pula fikir gua tak perlu anggap sesiapa bodoh sangat tak tahu nak fikir sendiri sampai gua kena 'ajar' mereka macam cikgu mengajar murid-murid yang jahil,siap dengan menyediakan bahan dari sumber rujukan.jadi sebenarnya,gua yang rasa kecewa.bila gua hormat orang dengan tidak cuba 'mendidik' mereka kerana mengganggap mereka golongan cerdik-pandai,orang pula cuba 'mendidik' gua.sungguh mengecewakan.

ia buat gua terfikir.adakah kerana gua tak pernah menyebut nama-nama ahli falsafah terkenal,tak pernah memetik mana-mana ayat buku yang hebat,tak pernah menulis tentang sejarah,menunjukkan gua tak cukup berpengetahuan?jadi gua tertanya-tanya.apa tujuan si tanpanama tersebut menghurai panjang-panjang tentang sejarah asal-usul dan perkembangan bahasa melayu kepada gua?mungkin beliau rasa gua mahu memperjuangkan kesucian bahasa melayu daripada dicabul oleh perkataan-perkataan jadian yang semakin banyak dihasilkan oleh kalangan penulis bebas yang hebat-hebat di zaman ini sedangkan gua buta sejarah kerana bahasa melayu itu daripada asalnya adalah bahasa yang tercipta dengan pengaruh bahasa-bahasa lain.jadi beliau rasa,sebelum gua menuduh mereka-golongan penulis bebas masa kini yang mungkin salah-seorang daripadanya adalah si tanpanama itu sendiri merosakkan bahasa,gua perlu tahu dulu apa itu bahasa melayu sebenar.

munasabahnya,sesuatu yang asalnya memang tak pernah asli,sepatutnya tak boleh disifatkan sebagai tercemar dan itu membebaskan mereka daripada tuduhan merosakkan bahasa.apa yang mereka lakukan hanyalah menyambung amalan turun-temurun pakar-pakar bahasa sebelumnya,mencipta perkataan kacukan dengan mencedok dari pelbagai bahasa lain seperti sorga,bisa(walaupun bahasa indonesia itu cuma bahasa melayu yang dipanggil sebagai bahasa indonesia),realiti,tragedi,mentaliti,global,popular,trankuiliti dan sebagainya.jadi mungkin dalam benak si tanpanama,bila gua abaikan fakta itu dan mengkritik apa yang mereka buat,ia menunjukkan yang gua tak mengkaji terlebih-dahulu latar-belakang perkembangan bahasa melayu itu sendiri.jadi beliau terangkan pada gua,cuba mendidik gua dengan panjang-lebar.pada beliau,kalau gua membangkang penciptaan perkataan-perkataan saduran seperti yang mereka buat,maka gua juga tak seharusnya menggunakan 'gua-lu' dan perkataan-perkataan saduran lain macam contoh kat atas,termasuk 'kritik' itu sendiri dalam penulisan gua.

jadi berbalik kepada persoalan yang dipulangkan oleh si tanpanama kepada gua,"apa sebenarnya yang gua maksudkan dengan bahasa melayu sebenar?"untuk menjawab ini,terlebih-dahulu gua kena tolak ketepi tentang asal-usul sebenar bahasa melayu daripada fakta sejarah sebab,perlu munasabah di sini kerana gua tak fikir ada mana-mana pakar sejarah hatta yang terhebat di dunia pun yang boleh menjawab siapa dan dari mana sebenarnya asal sesuatu bahasa.bukan hanya bahasa melayu,malah bahasa-bahasa lain termasuk bahasa inggeris,yang kalau dikaji sejarahnya dikatakan dibawa dari german dan punya pengaruh roman yang kuat.justeru mengaitkan fakta sejarah dalam hal ini adalah tidak bertepatan sama sekali kerana ia terlalu luas dan rawak,tidak khusus.malah gua tidak sentuh langsung mengenai itu.cangkuman gua hanya dikecilkan tentang selera peribadi gua terhadap gaya penulisan dengan berlandaskan fahaman gua yang juga peribadi bahawa perbendaharaan kata sedia ada tidaklah terlalu miskin sehingga memerlukan kita untuk terus menganak-angkat perkataan inggeris sehingga melebihi keperluan.

pada gua,kita sudah ada perkataan asal bukan saduran yang cantik saja seperti manusia,kenyataan,dan lain-lain.walaupun gua tak tahu siapa dan apa keturunan orang yang mencipta perkataan-perkataan sedia ada bukan dari pinjaman negara luar(luar yang gua rujuk kepada luar rantau kita)yang kita gunakan selama ini,gua rasa ianya cukup kaya dan indah.itu apa yang gua tekankan dengan "sebenar".jadi gua percaya,kita boleh menghargai dan mengangkat keindahannya di dalam penulisan dengan rasa yakin tapi sebalik memilih sesuatu yang memang telah kita ada,kita masih mahu meminjam dari orang lain.sebab itu gua persoalkan,kenapa?

kenapa dengan sikap kita yang selalu suka meminjam dari orang lain?sebelum melulu mentafsir,biar gua cakap dulu tak semestinya bila gua persoalkan kenapa perlu meminjam bermakna gua anggap tak boleh langsung.dalam sesetengah keadaan,kita masih perlu meminjam tapi apa yang gua hairan,kenapa hampir setiap masa kita lebih suka meminjam dari orang lain?bukan dalam penggunaan bahasa semata-mata tapi dalam banyak lagi perkara lain kehidupan.baik pemakaian,pemikiran,gaya hidup dan macam-macam.ia seolah-olah kita secara tidak langsung mengakui bahawa apa yang kita ada adalah tidak cukup hebat.dekat situ letak wajarnya gua kaitkan kepada jati diri.sesuatu dalam minda yang buat kita rasa lebih menarik kalau mengambil ciri-ciri orang lain.gua rasa,pada gualah,kita patut lebih yakin dan tak perlu terlalu berlebihan mencedok dari luar.

bila sebut berlebihan,perlu juga ke gua terangkan apa maksud berlebihan?masih tak jelas ke perkataan lebih itu sendiri?nak tak nak terpaksa juga gua anggap orang tak faham.maksud berlebihan di sini ialah membuat sesuatu dengan melampaui keperluan.lawan kepada sederhana.katakanlah kalau kita rasa menggunakan perkataan saduran itu lebih bertepatan dalam sesetengah ayat,ya,boleh saja.gua sendiri pun tak lepas dari guna perkataan-perkataan macam tu.cuba menolak sepenuhnya seratus peratus adalah hampir mustahil tapi cukuplah hanya ala-kadar.apa yang secara peribadinya menjengkelkan gua ialah bila budaya meng-ingeriskan bahasa melayu dan memelayukan bahasa inggeris ni dah jadi gaya terkini yang pakat nak dibuat oleh semua orang sehingga lahirnya perkataan pelik-pelik dan sesetengahnya nampak kelakar.nak sebut pun tergeliat lidah sampai ayat yang mudah boleh jadi payah.seolah-olahnya kalau boleh semua perkataan pun nak digantikan dengan istilah kacukan dan saduran.itu yang gua rasa menjengkelkan.cuba fahamkan dan usah memesong perihal ni dengan cuba nak mengaut luas-luas benda tak perlu.ini tak ada kaitan dengan sejarah,dengan agama,dengan ketuanan melayu.ini tentang gua tidak suka dan tidak berkenan terlalu banyak penggunaan perkataan inggeris-melayu menggantikan perkataan asal yang tak ada pun cacat-celanya.

selama ini gua rasa umum saja bila kita menyindir perbuatan orang yang kita anggap terlalu kebanyakan.kita mempersenda bila mereka menggilai drama cinta meloya,meminati artis-artis jambu korea,terlalu cuba nak kelihatan bergaya sampai mengenakan fesyen bukan-bukan,terlalu berpegang kepada ajaran buku dan menolak ilham-ilham baru,serta macam-macam.kita anggap mereka berlebihan terlalu mencuba nak menjadi "betul" dan "hebat" lalu kita macam biasa saja mempersenda dan bila mereka menjawab membela diri,kita pun kata mereka mudah melatah dan tak terbuka tapi itu tak kisahlah,kadang-kadang gua juga tumpang ketawa.cuma sedikit pelik,bila orang kebanyakan yang mengata orang-orang "indie",menegur sikap mereka,tak ada pula yang cakap golongan "indie" ni mudah melatah dan tak terbuka bila bertindak menyindir balik,menjawab sinis,melabel pengkritik mereka sebagai kolot dan apa yang paling tidak hormat ialah ketawa dengan lekeh tidak menganggap pandangan orang sesuatu yang betul-betul layak diambil-hadam.ramai-ramai pihak yang sentiasa melaung tentang keterbukaan minda dan menentang sikap mudah menghakimi,tak ada pula yang nampak perkara ini.ia "butthurt" kalau orang kebanyakan atau dengan istilah pinjam yang lebih biasa iaitu tipikal menjawab panjang membangkit tentang segala fakta dari buku bila dikritik tapi bila golongan yang kononnya berfikir di luar kotak buat benda yang sama,tiba-tiba itu adalah "bijak sana dan terperinci".maka ramailah yang menyokong,ramailah yang tak tahu-menahu turut menumpang memperlekeh,mencebik,menggeleng-kepala.ini ke yang dikatakan terbuka dan tak melulu menghakimi?

gua tahu gua dah sebut benda ni banyak kali.penilaian tidak sama dan berat sebelah.mudah saja kalau sesiapa yang menegur pembaharuan dianggap kolot,berprasangka,nak tunjuk bagus.kalau panggil orang yang "melanggar hukum" sebagai kafir,itu maknanya sempit fikiran menghina tapi menggelar orang yang cuba "menegak hukum" sebagai berlagak tuhan,itu tak apa.melempar gelaran 'serbanist',memanggil secara sindir 'ahli syurga',semuanya dilihat sebagai tak apa,tak salah,tak dangkal.bila orang bergurau santai menyebut berkawan dengan syaitan,mengaku diri ahli neraka,itu "tak perlu diprasangka" tapi bila ada yang cakap allah itu pakwe saya semua orang pakat ramai-ramai menghentam tanpa beri peluang kepada empunya badan.sungguh berfikiran terbuka dan saksama.keterbukaan minda yang amat mengkagumkan ini membuatkan sesiapa yang menegur menjadi tidak terbuka.kalau tegur berdosa maknanya perasan ahli syurga dan mahu jadi tuhan.kalau tegur terlalu liberal maknanya jumud.kalau kritik merosakkan bahasa maknanya nak jadi polis dewan bahasa dan pustaka.kalau tegur jangan terlalu berlebihan maknanya tak boleh menerima langsung pembaharuan.kemudian berlaku serangan peribadi bila kewibawaan penegur dipertikai,kelemahan mereka dicari,dan akhirnya patah semula kepada kesimpulan,"kalau diri sendiri tak betul jangan sibuk nak kritik orang lain".jadi sebenarnya,itu saja.kita terlalu berfikiran terbuka dan langsung tak menghakimi orang,sangat-sangat.

tentang penggunaan gua-lu,mentaliti dan lain-lain yang dipertikaikan kepada gua,gua cuma rasa tertanya-tanya,blog pasar yang bersifat perbualan harian ni ada kelihatan macam penulisan buku rasmi ke?adakah gua sedang berkarya dan bersastera?gua-lu adalah panggilan yang gua bahasakan kepada diri dan orang yang sedang berbual dengan gua.ianya cuma nama.boleh saja kalau gua nak namakan diri gua manggis dan orang yang berbual dengan gua siput sedut.tentang keselesaan.untuk gunakan 'aku-engkau' rasa terlalu rasmi dan janggal dan nak bercakap 'saya-awak' di dalam blog seperti perbualan harian dunia luar terasa terlalu manja.gua-lu adalah apa yang di pertengahan,pada gualah.jadi gua gunakan apa yang gua selesa.gua pun tak pernah ada masalah tentang nama panggilan yang orang nak bagi kepada diri mereka bila bercakap.nak bahasakan diri botol kicap pun suka hatilah.kata nama diri tak jejaskan apa-apapun.begitu juga dengan penggunaan perkataan-perkataan saduran yang sudah umum macam mentaliti,realiti,tragedi,reformasi apatah lagi telefon dan mesej,gua tak katapun itu salah.sebab itu gua sendiri tak lepas dari gunakan juga jadi lagi sekali,soalnya tentang bersederhana.bukan setakat bahasa,apa benda perkara pun boleh memualkan kalau dibuat dengan keterlaluan.biarlah agak-agak,bertempat,berpadanan.

gua pun tak tahulah kenapa gua perlu menulis panjang-lebar tentang perkara ni dan katakanlah seterusnya selepas ni ada lagi orang hubungkan blog gua ke mana-mana laman lain yang popular setiapkali gua menulis apa-apa yang secara tak langsung mencuit rasa mana-mana pihak,penatlah gua nak memperjelaskan satu-persatu setiap kali.gua memang tak peduli pandangan orang,tak cuba mengambil hati sesiapa tapi masih juga seikhlasnya gua tak suka orang membuat kesimpulan dangkal tentang gua tanpa terlebih-dahulu menilai dan memahami betul-betul.cepat saja nak menghakimi,menghukum dalam selalu duduk melaung menentang sikap 'judgemental'.kenapa tak fikir dulu adakah tahap pemikiran gua ni sesempit dan serendah yang dijangka.adakah gua nampak macam tak berpengetahuan dan tak bijak?adakah gua nampak macam manusia yang bercakap tanpa ilmu?cuba celik mata luas-luas sikit sebelum nak buat macam tahap kecerdikan gua ni lemah sangat.gua tak perlu sentap tapi masih,gua tak perlukan orang untuk membuat kesimpulan tidak adil tentang gua."don't insult my intelligence." 

tak setuju dengan pandangan gua,sudah.kalau rasa pendapat gua salah,terpulang.kalau rasa gua tak perlu menyampah melihat perkataan-perkataan jadian yang pelik-pelik,maafkan gua sebab gua tak tahu macam mana untuk tidak menyampah bila gua memang menyampah.kalau rasa memang lebih sesuai dan menarik menulis dengan gaya itu,dan rasa gua tak sepatutnya mengkritik hanya kerana gua rasa tak suka,ya,teruskan sajalah dengan keselesaan masing-masing.gua tak lapor pada polis pun.ia tetap tentang pilihan dan kesukaan masing-masing.gua tak nampak di mana perlunya untuk menganggap kritikan gua sebagai sangat mengecewakan sedangkan gua hanya bercakap tentang pendapat gua sendiri.mungkin ada pihak yang rasa 'kelulusan' dari gua itu penting?entahlah.tak faham gua sebenarnya.siapalah yang rajin sangat tolong hubungkan penulisan dalam blog gua ke laman-laman lain yang diminati ramai.memang mengharapkan orang datang baca dan tafsir macam-macam dengan tulisan gua ke?gua tak mahu hebahan macam tu.seperti slogan gua "hanya untuk yang mengerti",gua tak mengharapkan pembaca yang ramai tapi cukup ada segelintir yang membaca dengan ikhlas dan mengerti.semoga mengerti.
                   

24 ulasan:

Nveil berkata...

panjang .... nya.

broken_nigina berkata...

ya sayang..

± berkata...

hai broken nigina,
pertama sekali gua minta maaflah kerana mencilok link dari entry lu ke dalam entry yg gua submit kat zine satu malam. bukan bertujuan nak menghuru-harakan kedaimaian lu. tapi bila sesuatu isu itu dikongsi dan didebatkan secara sihat, apa salahnya.

bila bercakap soal bahasa inggeris yg dimelayukan, memang semakin banyak dan menjadi-jadi. gua sendiri tak terkecuali.

pada pendapat gua, kritikan yg sama sentiasa melanda di kalangan masyarakat malaysia sejak berzaman tentang isu perkataan inggeris yg dimelayukan. Dari zaman perkataan2 seperti 'import', 'eksport', 'duti eksais' (cuma sebahagian)diperkenalkan. pejuang bahasa ketika itu tentu ada yg mempersoal kenapa tiada istilah yang lebih sesuai tanpa mengambil perkataan inggeris itu sendiri, cuma kita di zaman sekarang mungkin tak pernah tau hal yg didebatkan (debat juga berasal dari bahasa inggeris). Perkara yg sama berulang lagi bila hari ini bila lebih byk istilah inggeris yg dimelayukan. sekarang lu menyampah dgn istilah2 baru ini, tapi tak adillah kalau lu tak menyampah dgn istilah2 inggeris yg dimelayukan sebelum ini. malah bahasa inggeris itu sendiri meminjam banyak istilah dari bahasa negara2 lain termasuk pengaruh latin.

jati diri bukan terletak pada penggunaan bahasa semata-mata, beb. takkan dgn bahasa je lu nak mengekalkan jati diri sedangkan hal2 lain lu tak nak kisah? adil ke? gua sendiri berani bet kalau kebanyakan dari kita sekarang terpengaruh dalam byk hal dari luar (bukan setakat dari barat). soal fesyen, pemakanan, budaya dan gaya hidup. org perancis makan macaroon, kita pun nak makan macaroon (contoh). dan kalau dlm hal yg lain2 kita tak dapat elak, apa lagi soal bahasa? perlukah dpersoalkan tentang jati diri di sini?

mungkin zaman anak cucu kita nanti, perkataan2 inggeris yg dimelayukan harini akan menjadi suatu yg boleh diterima sebagaimana kita boleh menerima istilah2 seperti yg aku sebut awal2 tadi.

ini cuma pendapat aku dan bukan bertujuan untuk menyangkal segala pendapat kau.

broken_nigina berkata...

sayang,baca betul-betul entri gua kat atas.:)

Makan Popcorn berkata...

Kau sangat popcorn dah terserlah pemikiran kau.

± berkata...

yup, faham. lu bermaksud biarlah bersederhana. gua cuma mempersoalkan jati diri yg lu kaitkan sekali

broken_nigina berkata...

itu juga sayang,baca betul-betul.belanja gua roti nan cheese.dengan neskefe o.ok?

± berkata...

jom blind date. cheese nan dgn neskefe o memang feveret gua tu. gua tunggu depan X bank..kehkeh

ardzmarn berkata...

hahaha.. lucu betul gua rasa..

ini la untungnya jd silent reader.. gua baca blog lu dari mula sampai sekarang.. so gua semacam dah kenal betul.. so kalau reader yang baru baca satu dua entry lepas tu terus luahkan pendapat salah, memang kena bancuh laa... hahahaha..

untuk pembaca baru sila take note, penulis blog nie ada kelulusan dalam bidang kewartawanan.. so tak yah la nak fight tentang bahasa dan fakta.. keh3..

broken_nigina berkata...

dark half-orang mintak no telefon x nak kasi.kedekut.;p

en.ardzman-jangan la cakap camtu en.snipper dear.nampak macam gua poyo je.

Tanpa Nama berkata...

pada gua,kita sudah ada perkataan asal bukan saduran yang cantik saja seperti manusia,kenyataan,dan lain-lain.walaupun gua tak tahu siapa dan apa keturunan orang yang mencipta perkataan-perkataan sedia ada bukan dari pinjaman negara luar(luar yang gua rujuk kepada luar rantau kita)yang kita gunakan selama ini,gua rasa ianya cukup kaya dan indah.itu apa yang gua tekankan dengan "sebenar".jadi gua percaya,kita boleh menghargai dan mengangkat keindahannya di dalam penulisan dengan rasa yakin tapi sebalik memilih sesuatu yang memang telah kita ada,kita masih mahu meminjam dari orang lain.sebab itu gua persoalkan,kenapa?

antara perkataan minyak wangi dan parfume (parfum @ parfium ejaan yang di rosakkan) mana satu kamu lebih selesa menyebut?

broken_nigina berkata...

kenapa?nak belikan untuk gua ke?

± berkata...

berdebat dengan orang yg berkelulusan kewartawanan la best, seyh. baru terasa inputnya dari berdebat pasal 'k-poop' kat blog budak gigi arnab ~ kikiki

tapi gua tetap merasakan setiap dari kita punya kekurangan dan kelebihan masing2. bagi gua, latarbelakang dan jurusan pendidikan bukan penentu 'kau betul atau salah' (ini adalah general statement).

broken_nigina berkata...

jadi kesimpulannya,mana roti nan cheese dan neskefe o gua?

± berkata...

lu kasi tau dulu mana cawangan, gua pegi serang hendap lu kat kaunter..hehehe

broken_nigina berkata...

apa main serang hendap.tak romantik lah.lagipun gua tak duduk di kaunter.

Makan Popcorn berkata...

Kepada adz mam, ingat aku tak tahu dia ada kelulusan kewartawanan, aku tahu kat mana dia kerja sekarang, tak adalah gebang macam kau. Cuba bagi alasan proper.

broken_nigina berkata...

haha..amendalah ni.sudah-sudahlah weh.bak sikit popcorn.

Makan Popcorn berkata...

Nah nah, amik popcorn, sedap gila baca entri berturut-turut, kahkahkah!

broken_nigina berkata...

popcorn madu.sedap.

Makan Popcorn berkata...

Apa barang madu, kena suap dari mulut awek baru sedap.

broken_nigina berkata...

err..ok.haha.tak tau nak cakap apa,

Tanpa Nama berkata...

bahasa berevolusi (tidak tahu kata gantinya yang lain selain evolusi, bertukar mungkin), kerana penemuan baru sentiasa ada. sijil itu sekadar sijil semata-mata, kewartawanan atau bukan ia bukan pengukur kebijaksanaan berkata-kata atau berfikir. ilmu itu luas dan memperluaskan bahasa itu salah satu cara.

Sekarang saya dapat jawapan kenapa wikipedia bahasa melayu kurang di translasi, sebabnya tiada jati diri sebagai bahasa melayu. (saya tidak pasti mana relevannya jati diri dengan bahasa) :)

broken_nigina berkata...

fahamkan.