Ahad, Disember 11, 2011

Luah

trying to get people listening,is hard.daripada dulu,setiapkali cuba buat orang faham,orang tak mahu faham.bukan tak faham,tapi tak cuba untuk faham pun.mereka buat kesimpulan mereka,tinggalkan gua dalam keadaan terkunci dengan peti suara direntap pecah.sebab itu selalunya,gua akan rasa sia-sia untuk buat manusia mengerti.tak,gua tak kisah tentang dunia,cuma teman rapat.gua mengharapkan setidak-tidaknya mereka,mampu untuk mengerti gua.

gua rasa seperti tercekik.seperti mulut gua ditutup dan mereka menekup telinga rapat-rapat dari mendengar.aneh,bila dalam waktu kita mengharapkan agar seseorang itu paling mengerti,akhirnya dialah menjadi orang yang paling tak mengerti.gua bagai sesak nafas.sedang tenggelam ke dasar cuba menjerit minta tolong tapi tak siapa sedar.mereka melihat,mendengar,tapi tak melihat dan mendengar.gua terkapai-kapai sendirian,kehabisan udara.

akhirnya gua malas lagi menjerit minta tolong.gua hanya kelihatan macam orang bodoh,yang setiap kata-katanya dianggap mainan.mereka tak sedar dan takkan sedar.mereka tak melihat gua benar-benar kesusahan.mereka takkan tahu gua sedang bergelut hebat menyelamatkan diri.betapa gua cubapun,gua hanya nampak seperti badang yang mengeluh mengangkat kapas.cuba buat orang faham gua bukan kebal dan gua sedang goyah,sedang rapuh,hanyalah sesuatu yang tak bermakna.

lalu gua pasrah.gua berhenti bersuara.gua berhenti memberitahu.kenapa perlu buat sesuatu yang takkan membawa apa-apa perubahan?tak ada gunanya.gua diam dan gua pendam.semuanya gua benam dalam-dalam,lalu menjadi beku.sakit,seharusnya sakit,tapi perasaan gua hilang.yang ada cuma kosong.kekosongan yang memenuhi segenap ruang.

itu kenyatannya,apa yang berulang-ulang disedarkan oleh kehidupan.gua mahu sesuatu,seseorang sebenarnya untuk mengerti.bukan memuja,memujuk-rayu menyembah mengangkat gua menjadi dewi,tapi sekadar untuk gua tahu gua takkan bersendirian,lagi.sepi itu tak indah mana,sungguh.menjadi kuat memikul beban seorang diri dari azali bukan sesuatu yang membanggakan.jadi seluhurnya,memiliki bahu yang boleh menjadi tempat menangis adalah satu anugerah.mungkin itu yang gua cari.seseorang yang kepunyaan gua,tempat sandaran gua,tempat gua berpaut.seseorang yang akan ada di sisi,menyambut tangan gua dan melindungi gua dari sakit-pedih kehidupan.

tapi itu,hanya mencampak gua dalam ruang yang tak ada jalan keluar.gua tak tahu.gua keliru.apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sayang?beberapa minggu lepas,gua buat suatu keputusan hidup yang sangat berat.gua runtuhkan sesuatu yang telah terbina sekian lama,yang telah gua bina sekian lama.itu,zon selesa gua.zon selesa yang membunuh gua dalam diam.zon selesa yang menyedut keluar hidup dari kehidupan gua dan sebenarnya,gua dah lama mati di sana.gua tinggal menjadi roh,menjadi hantu diri sendiri yang terus mendiami tempat keramat.gua adalah penunggu,bukan lagi penghuni.penunggu yang terperangkap dalam sejarah berpaut pada bayang masa silam.hakikatnya semua dah berakhir.milik kebanggaan gua,dah lama berkecai dan apa yang tinggal itu cuma serpihan dari kehancuran.gua genggam kuat,sehingga berdarah,dan terus berdarah dan gua tak mampu berhenti.lalu bila gua memilih untuk hentikan juga akhirnya,ia seperti gua mengakhiri diri sendiri.dan dalam waktu sesukar itu,di mana teman yang mengaku mereka peduli?gua cuba memanggil,tapi tidak diendahkan.suara gua seperti asap yang berkepul di udara lalu hilang.mereka tiada,mereka tak menyedari,mereka tak hirau untuk menyedari.

cuba membuktikan kepada orang kepayahan kita adalah benda bodoh.cuba buat orang mengakui sakit kita adalah kasihan.lebih bodoh dan kasihan,bila mengharapkan agar mereka mahu berada di sisi kita memberi kekuatan,menjadi tangan yang memaut.tapi kita,manusia,sering mengharapkan apa yang sukar untuk kita dapat dan pengharapan itu akhirnya mengundang kekecewaan.perasaan dan kebenaran yang ternafi,seperti menjerit suara bisu,menggapai tangan ghaib.maka benar,memang gua kecewa.gua terkilan.kecederaan yang tidak dilihat jauh lagi dirawat.sayang itu,beginikah?pandang gua sedalam-dalamnya,tafsiri dan mengerti,rasai.lebih dari apa yang ada di zahir.lihat darah halimunan yang mengalir dan sedari,betapa gua bergolak,bergelut,cuba untuk terus berdiri dan melangkah.tapi itu,cuma angan kosong.angan bodoh sebenarnya.

rasa macam dah lama sangat hidup gua terhenti.seolah-olah ada dinding yang menyekat,yang buat gua terus-terusan terpaku di tempat yang sama.mungkin itu yang buat gua jadi terdesak mahu perubahan.apa-apa saja,yang boleh membawa gua ke peringkat seterusnya.apa-apa saja yang boleh bawa gua keluar.kadang-kadang gua jadi macam budak kecil,mengamuk menjerit menendang-nendang memukul dinding yang tidak kelihatan dari pandangan mata orang.tapi,meruntuhkan dinding itu tetap menyakitkan.bila gua berdiri dengan tangan calar balar berdarah dan tubuh yang penuh luka melihat ruang luas tak bertepi,gua rasa gementar.gua tak punya arah tuju dan panduan.mahu ke mana?ke kiri?ke kanan?ke timur?ke barat?sepertinya,gua keluar dari penjara untuk masuk ke dalam penjara yang lebih besar.tak ada apa pun yang berubah.bersendirian terkebil-kebil merasa bingung dan keliru.

gua rasa lemah sebenarnya.ada naluri yang memujuk untuk putus asa.melihat ruang kosong yang benar-benar kosong itu menakutkan.apalah yang cuba gua capai di luar ni?tak ada apa-apapun.masih sama dan serupa.rasa macam nak mengalah,dan patah balik.seolah-olah semua orang dan semua benda memberitahu gua memang takkan boleh bebas dan bermula baru.gua ditakdirkan untuk terus berada di situ,biar sampai seratus tahun,seribu tahun.

jiwa yang berkobar-kobar memberontak mahu buktikan gua boleh bebas dan bermula baru,perlahan-lahan menjadi kaku.mungkin gua mencari pelangi di hujung hujan.tapi dah bengkak kaki gua mencari,mengejar,masih tak jumpa-jumpa.soal takdir dan hikmah,menyebut itu adalah jauh lebih mudah dari menjumpainya.pahit tapi benar.mempercayai bahawa kecelakaan itu adalah sesuatu yang baik untuk kita bukanlah semudah kita memujuk orang untuk melakukan benda yang sama.nafikanlah,ia masih juga kenyataan.

rasanya sangat menghampakan.melepaskan sesuatu untuk memiliki sesuatu,itu hikmah kehidupan.tapi melepaskan sesuatu dan tak dapat apa-apa langsung,adalah sangat palat.jadi jujurnya memang gua rasa goyah.gua bukan 'wonder woman'.

haih..tapi gua tahu gua kena kuat sebab kalau gua lemahpun,gua tetap juga kena jadi kuat.tak ada pilihan.hujan pasti berhenti.selebat manapun pasti tetap berhenti.gua tak boleh patah balik.sia-sia gua putuskan kalau akhirnya gua terima kembali.menjadi roh yang baru lahir ke dalam tubuh walaupun terkontang-kanting untuk bermula lebih baik daripada menjadi roh yang terpisah dari tubuh untuk hidup dalam kematian sebagai hantu masa silam.

jadi seperti biasa,macam yang biasa-biasa kita momokkan kepada diri,gua berharap esok akan jadi lebih baik.walaupun gua tak tahu bila sebenarnya esok yang selalu disebut-sebut sejak zaman baru lahir tu,teruskan sajalah berjalan dari setiap esok ke esok.macam ni lebih baik dari gua terus terbelenggu memegang bayang-bayang dan gua sangat meminta 'bayang-bayang' itu supaya jangan menjelma kembali dalam hidup gua.terus saja menjadi sejarah dan kekal di situ tanpa perlu hadir dalam kenyataan dan masa depan gua.

p/s:kepada sesiapa yang memahami dan benar-benar ikhlas mengerti apa yang gua hadapi sekarang,terima kasih.especially you sis clina.you're the best!:-)dan oh,kepada yang menganggap mereka mengenali gua,tapi langsung tak tahu dan tak sedar apa yang gua alami,fahami sendirilah kenapa gua memilih untuk sering menyepikan diri.
                    

Tiada ulasan: