Sabtu, November 05, 2011

Masih Ada Harapan

dunia hari ni adalah najis di mana kita diburu oleh kesialan dan kecelakaan di setiap ceruk pelusuk kehidupan.toleh ke mana saja,pasti ada benda jahanam yang singgah pada pandangan.otak kita jadi tong sampah,tempat longgokan segala bahan yang kotor,busuk dan jijik.hari-hari,saban masa,tak pernah lepas dari disampahkan oleh segala macam kejelikan hidup,sampai otak kita dah berkeladak dan semakin hitam.kita lihat kepincangan,dan kita dah tak rasa takut.kita dilalikan,dibiuskan,sehingga dari hari ke hari kita kian menerima kecabulan yang ada di sekeliling.daya kejelikan kita semakin terhakis,rasa benci kita semakin tipis.kita lihat,kita dengar,kita baca tentang kejahatan,dan kita semakin tak rasa apa-apa.ini baru 2011,kita baca surat khabar kita tengok berita kisah-kisah pembunuhan,perang,jenayah,dan kita cuma rasa,semua tu sudah menjadi normal pada dunia zaman ini.

untuk lu,lu,lu dan lu.berhenti dan fikir sejenak.kalau inilah keadaan sekarang,apa akan jadi di tahun 2020,2040,2060?apa yang sedang dalam pemupukan hari ini adalah anak-anak dan cucu-cicit,generasi akan datang yang semakin hilang rasa keinsanan,rasa ihsan,rasa kasih,rasa belas.apa yang kita lihat,kita nampak,kita dengar,kita baca,adalah makanan yang dihadam oleh otak menjadi baja pemikiran.setiap input yang masuk melalui panca indera kita adalah pemukauan halus yang boleh mengawal kita secara psikologi dan media sesungguhnya adalah alat pembentukan psikologi masyarakat yang sangat kuat.gerakan reformasi,perjuangan kemerdekaan,dari mana semua itu dicetuskan?daripada media,daripada penulisan.kita mungkin tak sedar sebab kesannya takkan nampak dalam semalaman.ia berlaku secara perlahan,tapi pasti.apa yang kita kutip masuk ke dalam otak,kita kunyah dan telan,adalah apa yang secara sikit demi sedikit mencorak akal dan perasaan kita dan hari ini,apa yang kita kutip,kunyah dan telan sehari-hari kebanyakannya adalah tahi-tahi jijik kehidupan.otak kita sendiri dah jadi tahi.rosak.jahanam.

atas semua tu,maafkan gua kalau rasa gua perlu tukar arah pandangan gua.maafkan gua kalau gua rasa mahu melihat sudut putih kehidupan dalam segala kejelikan dan kecabulan hidup yang tak habis-habis.gua berada di satu tahap di mana gua rasa kepercayaan bahawa dunia ini penuh kehitaman adalah sama dengan mempercayai dunia ini hanya putih-putih dan suci semata-mata seperti cerita dongeng.mungkin bunyinya terlalu naif tapi kalau bukan kita yang seharusnya menjadikan dunia ni tempat yang lebih baik,siapa lagi?gua pasti ia bukan tanggungjawab kambing dan kerbau.gua mungkin bukan aktivis keamanan,memperjuangkan keinsanan dan kasih-sayang tapi sekurang-kurangnya untuk diri gua sendiri tidak dalam sejuta tahun gua akan terima bahawa mempunyai naluri jahat dan pemusnah adalah perkara 'normal'.tidak walaupun di dalam fiksyen.gua adalah manusia matang yang mempunyai naluri kemanusian dan empati,dan cukup dewasa untuk tidak menganggap tragedi yang pernah berlaku di dunia realiti terhadap keluarga-keluarga malang adalah bahan hiburan walapun ia berlaku di dalam kisah rekaan.kita mungkin tak jadi pembunuh sebenar hanya dengan membaca tentang pembunuhan,tapi kalau membaca tentang pembunuhan boleh buat kita rasa biasa dan ketawa santai,mungkin daya sensitiviti kita yang telah terbunuh.dan gua tak mahu itu.cukuplah dengan segala sampah yang ada.gua tak mahu sampah-sampah itu menghitamkan jiwa gua,yang gua pasti kalau diperiksa memang ia dah sedia hitam.

menjawab kenapa gua selalu ke segamat,ia kerana kat sana terdapat pari-pari syurga yang menjadi cahaya kepada jiwa gua.gua tahu,mereka bukan anak-anak gua,tapi gua kasih pada mereka seperti seorang ibu.jiwa-jiwa suci yang dianugerahkan tuhan,mengingatkan gua bahawa dunia ni masih ada harapan dan keindahan.mereka adalah permata gua,buah hati gua.ubat yang menjadi penawar kepada penyakit hidup.di sinilah titik yang gua pijak hari ni.kehidupan yang dah jauh melangkaui porak-peranda dan peperangan diri.ya,gua masih ada perang peribadi,semua orang ada,tapi kalau membaca ini tak buat lu nampak perbezaan di antara subjek perjuangan kita,malanglah.gua bukan budak hingusan yang tak ada landasan dan logik untuk memilih sesuatu pendirian dan dengan penuh hormat,kepada sesiapa saja yang rasa mahu mencabar pemikiran gua,pastikan lu celik mata dengan luas dan tidak sekali-kali memandang rendah pada kebijaksanaan gua.tapi,ia bukan tentang menjadi bijak dan berpendirian.gua cuma penat dengan kecelakaan dan loya menelan sampah-sarap busuk sehari-hari.semua itu dah tak mengujakan gua lagi,malah,tak ada apa-apapun yang mengujakan gua.

gua pilih untuk memalingkan muka,melihat sudut yang mana kita semakin lupa.bila ke kanan,kita terlalu ke kanan.bila ke kiri,kita terlalu ke kiri.gua memilih keseimbangan.gua mahu sedut udara bersih,panahkan mata pada keindahan,dan mahu menikmati hidup walaupun gua tahu hidup gua bukanlah nikmat sangat.ia bukan penafian menidakkan kesakitan,tapi menerima kesakitan dan mencari jalan untuk kekal kuat dan tenang.gua tahu,gua sedar,tak perlu langsung untuk diingatkan betapa celaka dan jahanamnya dunia pada hari ini dan kalau kita berpijak di bumi nyata,sebenarnya yang semakin menjadi fiksyen zaman sekarang adalah kebaikan,bukannya kejahatan.kita dah tak duduk di zaman bila kita harus buka mata masyarakat yang bermimpi dunia ini hanya putih semata-mata untuk menyedari kejahatan itu wujud tapi sebaliknya.kita harus diingatkan semula bahawa dalam dunia yang penuh kehitaman hari ni masih wujud putih dan ia adalah realiti.ini hakikatnya.semakin kita lali dengan kecelakaan,bermakna semakin tipis benteng kasih-sayang dan keinsanan yang wujud dalam diri kita.

gua tak mahu hilang itu.anggap saja gua hipokrit mahu berlagak macam dewi pelindung yang menyanjung kasih-sayang dan keinsanan di bumi tapi gua masih tak mahu putus asa.gua percaya manusia dilahirkan suci dan ada sudut putih di dalam jiwa mereka.memang gua dah jadi 'ibu',malah gua adalah seorang ibu daripada kecil sebagaimana gua adalah anak kecil sehingga hari ini dan gua rasa pertalian antara ibu dan anak kecil itu adalah sesuatu yang lebih besar daripada apa yang umum nampak.ibu itu sebenarnya adalah anak kecil dan anak kecil itu adalah seorang ibu.ketulusan dan kenaifan yang buta,tanpa dikelabui agenda tersembunyi dan motif kepentingan peribadi.apa-apapun,dasarnya,gua cuma mahu aman dan tenang.kita ada syurga,kita ada neraka,kita pilih apa yang kita mahu hadap dan sumbat ke dalam otak dan kalau lu pilih untuk hadap neraka,itu hak lu tapi gua pilih melihat syurga.mencuci otak yang berkeladak dengan memandang dunia dari sudut cantiknya supaya gua ingat,dunia ini masih belum jahanam sepenuhnya.masih ada harapan,untuk kita-kita.
               

Tiada ulasan: