Isnin, November 07, 2011

Inderaloka

keriuhan buat gua hilang.tak dapat mendengar suara dari dalam.anehnya,walaupun di sekeliling gua hanyalah sunyi.lalu gua masuk ke dalam di dalam dalam.cuba mencari jiwa.cuba mencari benar.tapi mata gua seperti kabur dan telinga gua berdengung-dengung.gua berlegar-legar di dalam diri sendiri,hilang punca apa yang harus gua cari dan di mana harus gua cari.adakah gua mencari diri sendiri?kalau benar,jadi,siapa gua ketika ini?orang lain?

hidup kadang-kala boleh jadi sangat menakutkan.terutamanya bila tiba-tiba terjaga dan tak tahu macam mana kita boleh berada di mana kita berada.rasa asing dengan hidup sendiri.melihat susun atur dunia di sekeliling dan segala-galanya bukan seperti apa yang sangat kita kenali di dalam minda.rasa hilang dan hilang,tanpa pasti apa sebenarnya yang telah hilang.

kabur dan kelabu.tenggelam dalam minda dengan persoalan yang bermacam.seperti bait lirik di dalam lagu..benarkah ini mimpi atau hidup ini mimpi yang panjang?

kata-kata gua akan mati hanya di sini.hilang dan hilang dan hilang dan hilang dan hilang....seperti gema yang melantun bertimbal-ulang,akan semakin sayup dan sayup,lalu akhirnya bisu....
                                                          

Tiada ulasan: