Ahad, November 06, 2011

Gelombang

gua senang dengan dia,tapi sesuatu tentang dia buat gua rasa tak senang.sepertinya dia seorang musuh,yang sentiasa mengundurkan gua ke belakang setiapkali gua cuba mendekati.gua tak rasa selesa.entah apa sebenarnya.gua cuba,tapi gua tak dapat rasa kejujuran dan keikhlasan.dia senyum,tapi senyuman yang menyembunyikan sesuatu.senyuman licik.betapa gua cubapun,gua masih rasa wujudnya kepalsuan.ia ada di mana-mana,terutamanya di celah-celah perkataan yang ditulis.palsu dan tiruan.dan setulusnya,gua tak tahu kenapa dia menimbulkan rasa itu pada diri gua.seperti,dengan cara yang tertentu gua memang ditakdirkan tidak menyenangi dia dari azali.kalau saja mitos tentang kelahiran semula itu benar,gua pasti percaya bahawa kami,pada kelahiran lepas adalah musuh ketat yang bersumpah akan menentang satu sama lain....selama-lamanya.
         

Tiada ulasan: