gua taip panjang-panjang,tentang perasaan,tapi gua simpan dalam folder draft.entahlah.sebahagian dari diri gua rasa mahu luahkan habis-habis apa yang bermain di hati tapi sebahagian lagi rasa malas.macam tak ada makna.untuk mengungkap rasa yang hanya boleh dirasa dengan rasa,bermain dengan kata-kata seolah-olah hanya memalsukan segala-galanya.ia buat gua rasa macam berlakon dan sengaja nak menarik perhatian orang.untuk lagi senang,ia buat gua rasa geli-geleman semacam.bercerita,membebel,merungut,itu biasa.tapi meluah perasaan betul-betul dalam ertikata membuka hati dan menzahirkan perasaan dari dalam,terlalu pelik.rasa sangat 'yusof haslam'.terlalu tv.gua perlu menjadi betul-betul tak waras dan hilang kawalan untuk benarkan diri gua buat macam tu.
now-now..entah apa-apa yang gua merepek.akhirnya gua tak tulis satu apapun tentang perkara yang gua nak cakap mula-mula tadi.tapi tak apalah.walau apa sekalipun,hanya gua yang lebih tahu kebenaran tentang diri gua.
2 ulasan:
kekekekeee
aku suka luahkan di dlm blog invisible. puas bila klik publish, tp hanya di baca oleh diri snirik. haha
Catat Ulasan