Sabtu, Oktober 08, 2011

Seru Alam

bila kita nak buat sesuatu dan sesuatu perkara tu ditakdirkan berlaku untuk kita,segala-galanya akan jadi mudah.percaturan masa,cuaca,situasi,dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi.semuanya akan membuka laluan memastikan ianya berjalan dengan lancar,dan macam tulah sebaliknya.itu cara alam berkomunikasi dan memberi alamat kepada manusia.ia samaada kita peka atau tak peka.dan untuk kali yang entah ke berapa kali,alam tak merestui gua untuk beralih ke 'tempat baru'.hujan dan petir yang melanda tiba-tiba waktu hari cerah benderang.tapi,tolak tepi semua unsur luaran dan tanya pada gerak hati,betulkah kita mahu?senyum dan ketawa.malangnya hati sebagai pemacu rasa yang paling tak praktikal juga adalah pemacu rasa yang paling asli dan jujur.pernah dengar orang tua-tua cakap,kalau sesat dalam hutan tanpa peta dan kompas,bertenang dan melangkah ikut gerak hati sebab insyaallah,gerak hati akan bawa kita ikut jalan yang betul.

tapi,hampeh betul,kan?bila gerak hati kita cakap a gerak hati orang lain cakap b.hahaha..akhirnya jadilah seorang ke timur seorang ke barat.apa yang lebih kelakar,dua-dua sebenarnya nak tuju ke destinasi yang sama.hidup,oh hidup.kalau saja boleh selaraskan gerak hati dan berjalan seiringan.

eh,hujan dah berhenti?hmm....

heh..                         

2 ulasan:

ghost berkata...

lain kali gerakkan kaki dan jangan gerakkan hati.hati banyak sangat pilihan yang mau dibuat.lebih baik guna akal yang tau buat keputusan.

broken_nigina berkata...

sebenarnya,akal yang banyak pilihan mahu dibuat.terlebih berfikir,terlebih menimbang,terlebih merenung,akhirnya benda mudah jadi rumit.sebaliknya hati cuma tahu apa yang hati mahu,seadanya dan sejujurnya.tapi itu bergantunglah.kalau hati yang en.hantu maksudkan tu merujuk kepada nafsu dan bukan suara jiwa yang dalam konteks gua bersifat spritual,maka ya,bataskan saja kepada akal.