Isnin, Oktober 24, 2011

Jiwa Bebas~penyucian

ya,gua senyum,gua ketawa,gua ceria.tapi itu tak bermakna gua tak rasa sakit kat dalam.gua masih tahu,masih sedar.it hurts and it's killing me inside.bersikap gembira dan positif bukan maksudnya gua tak rasa perit dan seksa.gua bukan bodoh.gua bukan buta.gua bukan tak reti bahasa.kalau sesiapa boleh buka jiwa gua dan lihat keadaan di dalamnya,gua sepatutnya dah lama mati.tapi gua pilih untuk hidup.gua janji untuk hidup.walau jatuh sejuta kali sampai patah-riuk dan segala deria gua lumpuh,tak mengapa.i'll find my way to stand up again.gua takkan mati untuk mereka yang menyakitkan gua.someway,somehow,i'll live.sakit macam sekalipun,gua tak peduli.biar gua jatuh,terlantar,cedera parah.biar gua sengsara dan menderita.segala-galanya,gua rela terima.gua sanggup telan semua kerana kejatuhan itu hanyalah sehingga gua kumpul sepenuh kekuatan untuk bangun semula,sebenar-benar bangun.apa yang gua mahu sesungguhnya,cuma bebas.gua hanya mahu menjadi manusia yang bebas.bebas dari kepalsuan.bebas dari kepura-puraan.bebas dari mimpi-mimpi tak bermakna dan bebas dari rasa-rasa kosong yang tak pernah benar.dan kalau untuk bebas itu memerlukan gua hancur beribu kali maka biar saja gua hancur beribu kali,asalkan kehancuran itu menghapus segala kepalsuan dari hidup gua dan semoga yang tertinggal sesudah itu,adalah apa yang ditakdirkan untuk tinggal,asli dan sejati.
                  

2 ulasan:

~* chirpy_chummy *~ berkata...

aku slalu fikir, kalaulah hati aku boleh di bawa keluar, dan berkata2, tentu hati boleh di jadikan bahan bukti di mahkamah dunia dan ianya adalah yg terpaling jujur wujud di muka bumi ni. kan bagus? heh

broken_nigina berkata...

hati pun kadang2 kuat menipu jugak.:)
isyarat palsu.
kalau tak kita takkan selalu kecewa sebab tersalah anggap sesuatu yang bukan untuk kita adalah untuk kita.