Ahad, Oktober 02, 2011

Bila Realiti Adalah Mimpi

mungkin sebenarnya gua rindu.bukan rindu merindukan seseorang,sesuatu,tapi hidup dalam nostalgia dengan jiwa yang tercicir di tengah jalan di antara masa silam dengan hari ini.kadang-kadang gua macam tersentak dan jadi hairan kenapa gua berada kat tempat sekarang.jalan ceritanya macam ada tak kena.macam ada di satu bahagian ingatan gua terpadam.macam jigsaw puzzle yang tak cukup pecahannya.macam gua tengah bermimpi,dan tak mampu untuk bangun balik kepada realiti sebenar.macam,ini bukannya kehidupan gua.gua adalah diri gua tapi gua bukan diri gua yang sebenar.jadi,ke mana perginya diri gua yang sebenar?

gua tengok keliling dan jiwa gua berdetak yang ini bukan dunia gua,bukan tempat gua.entahlah.gua rasa asing,janggal.kadang-kadang macam gua datang dari masa lampau dan tersesat di dunia moden.seolah-olah hampir segala-galanya bercanggah daripada apa yang gua kenal dan gua pegang.gua jadi keliru.ke mana hilangnya nilai dan pengertian seperti yang gua fahami sebelum ini?kadang-kadang gua jadi benci dan meluat pada diri sendiri.gua mahu jadi diri gua.diri gua yang sebenar.gua mahu hidup dalam dunia gua di mana dunia itu adalah sebenar-benar dunia dan tempat gua.tapi hakikatnya,siapa gua dan di mana tempat gua?

hidup dalam kekeliruan dan percanggahan.diri gua yang sebenar tertinggal di belakang,dalam timbunan sejarah dan malangnya,gua tak dapat cari dia kembali.gua dah hilang segala-galanya.jiwa gua,naluri gua,asal-usul gua,latar-belakang gua,rumah gua,tempat pulang gua.gua kehilangan roh.intipati yang membentuk diri gua pada diri yang sebenar-benar diri.ia hilang,tercabut dari jasad.

segala-galanya,buat gua dihantui oleh rasa kecewa.perasaan yang menolak,menafikan apa yang ada.bukan gua menolak dan menafikan realiti,tapi realiti yang terpampang ini mendatangkan satu rasa yang ia bukan sebuah kebenaran.ia kenyataan yang bukan kenyataan nyata.sebuah khayalan yang cuba mengelabui minda dan menyamarkan hakikat yang hakiki.

bila gua fikirkan,mungkin terlalu banyak yang tersirat tentang apa yang dikatakan kenyataan.lebih dari zahir dan nyata,realiti adalah apa yang terkandung di dalam,lebih dalam dari apa yang terbatas pada sentuhan dan akal.mungkin ia seperti melihat di dalam gelap.tak boleh bergantung pada mata tapi memerlukan pancaindera yang lain dan yang lebih tinggi dari segalanya,adalah pancaindera hati.mata yang letaknya pada rasa,lihatnya pada apa yang tersembunyi di sebalik nyata.

kita selalu tertipu dengan realiti,gua rasa.kita tertipu dengan pandangan,tertipu dengan kewujudan.bercakap tentang menjadi realis,tapi tak menyedari betapa menyandarkan akal pada apa yang nyata semata-mata adalah sesuatu yang paling tak realis malah dangkal dan penuh kebudak-budakan.mungkin ada kelebihannya.melihat mereka,buat gua rasa seperti beranjak ke satu tingkat yang lebih tinggi dalam kehidupan.

berapa usia gua sekarang?rasanya macam dah beribu-ribu tahun.sungguh-sungguh,tak ada apa,tak ada apa-apa lagi yang benar-benar mampu buat gua teruja.semuanya sangat biasa,cetek,basi.jiwa gua menolak.malah,apa yang gua tahu pernah memberikan kenikmatan pada gua juga dah tak memberi kesan apa-apa.mungkin sesuatu yang berlaku daripada tindak-balas cermin.melihat apa yang gua lihat melalui imej di pandangan orang lain buat gua sedar segala kejelikan dan kesia-siaan yang ada.kita hidup dalam penuh kesia-siaan.apa yang kita kejar,apa yang kita perjuangkan,apa yang kita mahu capai,apa yang kita mahu lakukan.semua itu,jadi sia-sia.motif dan matlamat yang sia-sia yang sebenarnya tidak langsung signifikan.hanya nafsu dan kepuasan peribadi yang sikitpun takkan memenuhi ruang kosong yang ada di dalam jiwa.seperti mekap penutup cela yang hanya berfungsi menyamarkan parut tapi tak merubah apa-apa.realis yang berlindung di sebalik kenyataan zahir menyembunyikan hakikat betapa kita gagal mencari kebenaran batin.

gua perlu balik.kembali mencari apa yang tercicir dan hilang.balik ke tempat yang sebenar-benarnya wujud lebih daripada permukaan.wujud dalam istilah wujud yang nyata zahir dan batin.kelakar.betapa dalam banyak-banyak jarak yang ada dalam dunia ini,jarak di antara kita dan hati sendiri boleh menjadi jarak yang paling jauh,yang mungkin gagal kita rentasi sampai mati.
                              

Tiada ulasan: