Rabu, September 28, 2011

Realis

kehidupan ni sangat sinis,dan juga kejam.walaupun ketika kita keliru dengan arah tuju tapi malangnya masa takkan berhenti untuk menunggu dan kesempatan adalah sesuatu yang sentiasa dihakis oleh waktu.seharusnya,sewajarnya,kita merasa rugi membazirkan masa dan kesempatan dari mendapatkan apa yang berharga dan meratapi bila semuanya dah terlambat saat kita kehilangan untuk selama-lamanya.tapi malang dan malang.sayang seribu kali sayang.kerana hidup terlalu pantas dan mampat kita juga dah tak ada masa untuk merasa rugi jauh lagi meratapi kehilangan.hidup yang berpijak di bumi nyata menjadikan segala-galanya murah dan percuma.baiknya kalau boleh kembali ke waktu bila kehilangan sesuatu bermakna masih menjadi perkara besar yang mampu kita ambil-kisah,dengan benar-benar mengambil-kisah.sayangnya.kita cipta memori semurah kita bunuh memori.dan kita teruskan langkah kerana hidup mesti diteruskan.semudah itu.
                     

Tiada ulasan: