Khamis, September 29, 2011

Ratib

setiap kata-kata,adalah sangat indah.buat gua mahu percaya.apapun ini,gua turut serta.segala-gala yang tak pasti dan samar..gua mahu rela..lepaskan hati dan jiwa berjudi dengan masa yang penuh teka-teki.lepaskan hati dan jiwa melayang ke langit lepas,mengecap khayal,dan menjejak kembali rasa yang pernah hilang..ini gua,selemah-lemah dan sepasrah-pasrah sanubari melutut menghulurkan tangan.sambutlah dan pimpin gua pergi.atas segala luka dan kecewa,juga pengorbanan yang sia-sia,sambut tangan gua dan bawa gua lari.setiap kata-kata,adalah sangat indah sehingga gua mahu percaya dan gua mahu,untuk percaya.

membisik kata-kata dari bibir yang lesu dan rebah ke lantai,memejam mata..hanya senyuman yang layu..jumpa di sana sayang,di kehidupan yang baru..dan ini untuk kamu,yang benar-benar menghargai diri ini.kamu yang mahu gua hidup sekalipun dari kematian,bukan kamu yang mahu gua mati,terhapus dari kehidupan.
                        

Tiada ulasan: