Ahad, Jun 26, 2011

Hantu

entah kenapa gua rasa dunia macam sesak semacam sejak kebelakangan ni.terasa macam gua tak cukup ruang,tak cukup udara.mungkin gua patut balik rumah cuma masalahnya gua tak tahu mana rumah gua.rumah itu bukan bangunan,bukan sekadar ruang untuk tinggal tapi rumah adalah tempat untuk pulang.ya,pulang.tempat yang bila kita jejak kaki dalam tu kita rasa kita dah pulang,dah sampai.bukannya seperti sedang dalam transit dalam perjalanan dalam persinggahan dalam proses perlu ke destinasi lain yang malangnya,tak sampai-sampai.dibelenggu perasaan seperti tak siap,tak sudah,tak habis,tak sampai,tak cukup,tak selesai,tak beres.melangkah dengan perasaan yang bagaikan terawang-awangan,melayang,hanyut,hilang.macam,roh sesat.roh yang sesat mencari tubuh yang dah hilang.

hantu.

//and great!nosebleed,again.
                

3 ulasan:

deaf berkata...

hantu ialah bila ko pulang, ko dah nak sampai kat rumah ko, dan ko tahu rumah ko takde orang, tapi bila ko tengok rumah ko dari luar, ko perasan cam ada orang kat dalam tengah mengendap kat langsir tu pasal langsir tu cam tertarik ke tepi...

ni aku dengar cerita jadi kat Ang Mo Kio kat Singapore la, pasal rumah flet kan? so tuan rumah tengah dongak dari bawah blok tengok tingkap rumah dia dari bawah...

ghost writer berkata...

lost in translations....

hantu ada di mana-mana.(eh,apa yang aku faham nih...cilaka!)

PK berkata...

lu pulang...atau hilang?