Rabu, Jun 22, 2011

Run Nigina, Run!

takdir adalah sesuatu yang kita tidak boleh lari daripadanya.tapi gua ni degil.selagi mampu,selagi itu gua akan cuba.lari dari takdir dengan cuba menukar takdir yang datang.dan hari ni,gua mahu cuba menukar satu takdir dan gua ketawa sendiri berfikir kalau ada yang serius menganggap gua bercakap tentang hal-hal yang besar.ini sebenarnya cuma cerita tentang tak nak masuk kerja lambat lagi.

tapi,heh..ya,sebenarnya memang boleh disimpulkan kepada hal-hal yang besar juga.manusia dan takdir.manusia dan konon-konon.bila berkata tak mahu sesuatu,anehnya itulah sesuatu yang terus-terusan berulang berlaku.sebabnya kita ini,tanpa mahukan sesuatu telah dengan tanpa sedarnya bertindak untuk pastikan ia berlaku.contohnya macam ni lah.konon,tak nak masuk kerja lambat lagi.jadi,lagi sekali gua ketawa,dalam hati,dengan muka kosong tanpa sebarang ekspresi.
   

3 ulasan:

ghost berkata...

mau saja mengatakan yang kita cuma rancang tuhan yg tentukan..tapi nampak sangat cliche..

jadi senang kalau aku fikir aku on jer apa yang aku mampu on masa tuh.kalau aku fikir aku malas nak jogg awal pagi tapi bila sampai awal pagi aku tetap jogg jugak.so aku leh ubah fikiran aku bila sampai saat itu.

beautiful_rose berkata...

akur saja...

broken_nigina berkata...

ghost-ya sayang..:)

beatiful rose-kadang-kala,itulah yang perlu..:)