Rabu, Jun 22, 2011

Bukan Cerita Cinta

usaha manusia terbatas.mungkin batasnya sampai di situ.apa lagi yang boleh gua buat?bukan berputus-asa,cuma mungkin menerima kekalahan itu juga satu bentuk kemenangan.ini,bukan apa yang gua mahu.sebuah penamat yang pada gua langsung tak menamatkan apa-apa,bukanlah penamat yang gua suka.malah sebolehnya,lebih bagus kalau tak perlu ada penamat langsung.tapi itulah,setiap perkara yang bermula memang bermula dengan perjanjian untuk berakhir.dan gua,terlalu sukar untuk menembus tembok yang begitu tebal dan keras yang didirikan menghadang gua.entahlah.gua fikir,tak mungkin kalau isi hati gua tak didengari.tak mungkin,kalau perasaan gua tak disedari.pasti ia adalah,sedar tapi sengaja tidak menyedari.macam mana?segala-gala dalam hidup yang boleh kita pecah dan robohkan,tapi tidak jiwa yang nekad untuk tidak pecah dan tidak roboh.pintu yang berkunci,memang tak terdaya untuk gua bukai.mengetuk,memanggil,merayu,mustahil tidak didengari.jadinya,ia adalah sesuatu yang disengajakan.masih mahu,kalau sekadar dari tingkap atau suara yang memberitahu,kenapa gua tak boleh masuk ke dalam.kerana pada awalnya,gua datang dengan undangan.atau,gua hanya tetamu yang tak diingini,yang datang mengganggu sejak mula?seingat gua,bukan begitu.tapi ya,apa daya gua menjerit pada pintu yang berkunci sedangkan jeritan gua bukan tak didengari tapi sengaja buat-buat tidak didengar?gua pernah berada di dalam pintu yang berkunci itu..mungkin gua tahu,menahan rasa dan jiwa,berpura-pura tidak mendengar rayuan yang berlegar,berpura-pura tidak menyedari apa yang berlaku di luar pintu.menjadi kejam.kalau ceritanya sama,ya,menjadi kejam itu tak semudah yang disangka.ia sebenarnya,perit.pun yang tinggal,hanyalah doa.apa yang tak layak dititip dari hati penuh alpa ini tapi tiada lagi pilihan lain.moga-moga,untuk segala-galanya,di suatu hari nanti gua diberikan penamat yang baik dengan penamat itu penamat yang benar-benar menamatkan segala-galanya.memperkatakan tentang bahagia itu,menggelikan gua.cukup asal,tiada kesalan.ya,tiada kesalan bukan dengan keegoan,tapi tiada kesalan kerana segalanya telah berlaku dengan kita telah melakukan segala yang termampu.
                    

Tiada ulasan: