Khamis, Mei 26, 2011

Tanggungan

kalau gua belajar dari pengalaman,mungkin gua patut jauhi mereka-mereka yang bukan untuk dimiliki.itu,kalau gua belajarlah.tapi,belajar sangat ke gua?sebab setiap hari adalah hari yang baru jadi gua cepat saja lupa sakit-sakit semalam.gua ingat sakit masa gua tengah sakit.bila dah tak sakit,gua lupalah.berapa kali tangan melecur main api pun,lama-lama gua tetap ulang main api jugak.melecur dah baik,kan?mana boleh tahan tengok api meliuk-liuk cantik.geram!kalau dah geram,mana boleh gua buat tak tahu.lagi-lagi bila api tu yang menyala-nyala memanggil,memang menunggu untuk diusik.gua ni,insan yang lemah.memang tak tahan godaan.tapi godaan tu,bukanlah sebarang godaan.gua tak semudah itu untuk tertarik pada sesuatu.ia faktor kimia,yang hanya akan berlaku bila unsur-unsur tertentu bertemu dan tindak-balasnya adalah wow!semarak api yang meledak,membara,merangsang.tapi gua bukan apa-apa.bukan saja-saja hanya nak mencari 'tarikan' itu.gua cuma rasa untuk punya adrenalin dan keghairahan yang menggelorakan jiwa,adalah lebih menarik dari hidup dalam emosi beku,kaku--my normal self.

escapism,mungkin.

tapi tanpa sebarang hujah bela,gua hanya mahu kerana gua sendiri yang mahu.terus dan terang.tak ada kena-mengena dengan langit,dengan hujan,dengan struktur muka bumi,dengan petisurat.gua mahu kerana gua mahu.menanggung dan menjawab,tanpa penafian.
    

6 ulasan:

Mat berkata...

lu sedap. Main api kecik?

Memang memanggil2..

Rindu mungkin.

. berkata...

wow. =.=" hmmm.. adakah kau terasa kami komen ini? maaf !!! =.="

broken_nigina berkata...

mat-tiba-tiba wonder pulak siapa gerangan en.mat ni.

khrlhsym-bukan terasa.cuma takut.

yang benar,
saya budak baik.

Nveil berkata...

ramai peminat. har har har.

Unknown berkata...

sayalah mat, tdi malas logout account lain. :)

broken_nigina berkata...

sayalah mat tu la,yang gua wonder siapa.