Rabu, Mei 25, 2011

'Ku Katakan Dengan Indah'

memegang kata-kata sendiri,gua cuba mendekati dan mengupas terlebih dahulu sebelum terus meletak penilaian melulu.jadi,gua bukakan minda untuk melihat dan membaca,supaya tak jadi bodoh cepat menepis sesuatu tanpa memberi peluang memahami.setidak-tidaknya,bila gua buat keputusan,gua lepas daripada tuduhan 'menolak sebelum mencuba'.

sebenarnya bukan perlu pun untuk gua bagi reaksi tentang konsep dan isi penulisan mana-mana blog yang lain tapi sebagai manusia gua memang tak lepas daripada mempunyai pendapat dan gua suka menyuarakan pendapat,tanpa ada apa-apa niat dan agenda selain melepaskan rasa gua sendiri.pun,atas dasar 'saling menghormati',gua tahan diri untuk berdiam saja daripada bagi komen negatif yang boleh buat orang lain rasa tak senang.proses pembelajaran hidup,kan?gua belajar menapis kenyataan yang gua keluarkan supaya menjaga hati 'masyarakat' sebab hakikatnya,imej 'minda terbuka' yang dipakai tu hanya basa-basi penyedap rasa ala-ala manja saja.di zaman bila semua orang semakin jujur dan terbuka,ketebalan topeng hipokrasi mereka juga turut semakin bertambah.lebih jujur untuk lebih berpura-pura.kecuali kalau naif gila babilah,untuk percaya manusia ni jujur sangat."ya,saya jujur,"kata jujur,sambil berpura-pura.

mungkin gua ada kelemahan.kelemahan gua ialah perlu menyatakan apa yang gua rasa tak kisah negatif ke positif dan bila gua dah berkata-kata,kecenderungan gua adalah berkata-kata dengan sangat terus dan terang,pedas.walaupun gua tak ada niat buruk dan boleh saja selepas menyelar bergelak-ketawa bermesra sebab pada gua apa yang gua cakap cuma pandangan yang selepas habis dicakap maka habislah tapi bukan semua orang dapat terima macam tu.susah kan bila dah berkawan,kena jaga hati kawan?silap gaya,boleh keruh keadaan,tak pasal-pasal jadi bermusuh.kat luar sana tu ramai yang bergaya macho gagah perkasa tapi hati mak aih,sehalus sutera.cuit sikit boleh koyak,simpan dalam kemudian terus merajuk dah tak nak tegur.heh..berfizikal maskulin bukanlah jaminan untuk seseorang itu berjiwa maskulin.malah gua kerap berasa diri gua lebih 'lelaki' daripada kebanyakan lelaki yang gua kenal.mereka yang tak ada kekuatan untuk memaafkan,yang berdendam bila disakiti,dalam tafsiran gua adalah mereka yang lembik.rapuh sangat sampai sekali dipatahkan akan patah sampai bila-bila.

baik,gua dah melalut ke lain.apa yang gua nak cakap sebenarnya,buatlah pilihan dan tetapkan sempadan diri sendiri dengan menyedari di mana dan ke mana yang mampu dan tak mampu kita jejak.selam dan kenali diri.apa yang tak selesa dan buruk untuk kita mungkin apa yang selesa dan baik untuk orang lain jadi itulah,kita tak boleh memaksa dunia mengikut selera kita maka atas kesedaran itu gua ambil jalan untuk gua tapis sendiri bahan yang gua mahu hadam.kalau rasa tak suka dan tak sedap dengan tekak,tak payahlah mengada-ngada nak pergi telan.tak ada siapa paksa.

meletakkan teori itu ke dalam pembacaan blog,gua tak perlu nak baca mana-mana blog yang gua tak suka dan tak minat,lagi-lagi yang boleh buat gua emo.jalan paling senang dan selamat,itulah.tak payah mengada-ngada nak pergi baca penulisan yang gua tak boleh nak terima.dengan pendirian itulah dulu gua putuskan untuk tak lagi membaca penulisan blog yang ada unsur-unsur atheism,terlalu moden dan 'terbuka'(terbuka yang apabila mereka menyelar norma tipikal ia adalah keterbukaan tapi bila mereka diselar itu adalah jumud).blog-blog seperti ini yang kebanyakannya ditulis oleh penulis berprofil tinggi yang biasanya diangkat penulisan mereka sebagai sangat hebat oleh rata-rata manusia tipikal yang perasan mereka adalah bukan tipikal,langsung tapi dalam pandangan gua,ia bersifat kebudak-budakan dan sempit-golongan yang disombongkan oleh ilmu dan dibutakan oleh desakan mahu memecah ortodoks sampai gopoh berlari keluar dari kotak hanya untuk tanpa sedar masuk ke dalam kotak lain,yang malangnya adalah lebih sempit dan tertutup atau dalam erti kata lebih ringkas,bodoh.

bila fikir itu sebenarnya yang buat gua jadi hairan.melihat golongan kita yang sangat terbuka boleh tenang-tenang saja membaca tulisan yang selamba menampakkan kepincangan diri seorang manusia sesat tapi dalam ilusi mereka,itulah jalan kebenaran yang mereka jumpa setelah 'menuntut ilmu' dari kehidupan.gua jadi tertanya-tanya,apa gua seorang je ke yang terlebih judgemental nampak benda tu salah dan tak sanggup gua 'tak apa' kan just for the sake of nak menghormati dan nampak terbuka?kenapa hanya gua yang rasa tak suka,tak selesa?sungguh-sungguh gua pelik.kenapa macam gua seorang yang menunjukkan ketidakpuasan hati dan rasa mahu menyelar dan sebenarnya,itulah bapak segala hipokrasi.lu nampak?serius,siapa berani angkat tangan mengaku tak pernah saja-saja rasa menyampah dekat orang lain,tak pernah rasa diri sendiri bagus,tak pernah mengutuk dan membenci,tak pernah nampak orang lain maha bodoh dan bangang,tak pernah rasa orang lain buruk dan jahat.buuwekk!apa lu malaikat?kita cuma tak nak nampak teruk,tak nak nampak buruk,tak nak nampak tak tahu menghormati,tak nak nampak tak berfikiran moden dan terbuka,sampai kadang-kadang to the point najis pun sanggup cakap nasi demi tak nampak kolot.sama je sebenarnya kaum penjilat bontot dan kaum 'diam-diam tak suka' ni di aliran mana-mana sekalipun.

cara gua ni tak betul pun,gua tahu.kalau tak suka kita tak boleh terus buang dan elak je sebab kita hidup bermasyarakat kena bercampur menyesuaikan diri bertolak-ansur bla bla bla dan bla bla bla.tapi kan,gua tak cakap pun gua nak jadi mesra,cepat dan betul.sampah je lebih tu."keserasian perlu dipupuk bla bla bla...."nak percaya boleh,tapi hakikat hidup ni tak adalah bersirat-sirat lebih sangat pun kadang-kadang.kita sembang jer banyak kung kang kung kang pong pang pong pang tapi yang sebenarnya,kalau dah serasi tu serasilah jugak tak payah buat apa pun dan kalau dah tak serasi tu tak payahlah usaha bagai nak rak separuh mati sudahnya tetap tak serasi jugak.diri kita,naluri kita.cuma kita ni jer tak suka nak mengaku buat macam-macam teori,huraian nak menjustifikasikan diri sedangkan soal rasa hati saja.kalau dah tak suka tu,tak sukalah.hati dan perasaan tak pernah memerlukan sebab dan alasan.hanya akal kita mencari helah untuk mewajarkan apa yang pada dasar memang datang tanpa acuan wajar.

patah balik pada diri dan cuma itu saja.jahat-jahat gua,gua tetap tak rela agama gua dipersenda lagi-lagi oleh mereka yang secara dasarnya datang dari akar yang sama.dengan daya yang lemah tak mampu nak mendakwah dan membetul,paling tidak gua takkan membodohkan diri buat-buat buta bersekongkol menyokong dengan tak membantah.jadi,gua putuskan untuk blah dan berhenti baca.dalam bab bermulut lancang ni jugak,gua lebih senang menjadi orang yang secara terbuka menyelar,bukannya mulut busuk mengata dengan cara menyindir,mengutuk dalam konteks mempersenda dan memperlekehkan orang,jadi blog berkonsep itu juga bukanlah untuk gua maka gua berhenti membaca.i guess i'm too old for that type of writings yang buat gua nampak ia sangat remaja dan ceria seperti ribena yang berlari-lari riang bermain pelangi.dan yang terkini,tentang kisah-kisah gelap pembunuhan itu....

walaupun gua secara peribadi sebenarnya agak dan malah sangat twisted,gua tak rasa ia menepati kehendak gua.even in my darkest wildest imagination,i would never ever hurt a child.tidak.gua rela mati seribu kali dan kemudian mati balik seribu kali lagi,demi menyelamatkan nyawa seorang anak kecil,walaupun katakan gua ni seorang pembunuh upahan paling kejam dan ganas di atas muka bumi ni.jadi pada gua it's not cool to hurt a child walaupun hanya fantasi untuk memuaskan khayalan semata-mata.minda gua bercorak visual yang mana hanya dengan satu perkataan gua boleh membayangkan dengan sangat jelas seperti nyata dan ia adalah sangat tak menyenangkan untuk nampak anak kecil dicederakan.gua fikir,menjadi jahat pun perlu berprinsip.atau lebih tepat,gua melihat ia seperti gua melihat seks.gua pencinta seni,tak kisah cerah ke gelap ke apa dan seni itu,ada garis pemisah yang membataskan ia dengan sampah.macam adegan seksual,bila diolah dengan halus dan asli,digarap cantik,boleh menjadi mahal dan indah tapi sebaliknya kalau diolah dengan gelojoh,lahap,kotor,menjadi lucah dan murahan,dan gua malas nak cerita panjang lagi.

kesimpulannya cuma soal selera peribadi.pada gua gua suka unsur seram,misteri,sadis dalam garapan yang halus dan cantik,bukannya kotor,busuk,keji diolah dalam penceritaan yang straight forward.tapi yang penting,gua tak suka.berfantasi mak si,tapi realiti di sebalik fantasi tu tak adalah menarik sangat pun,kan?jadi,berhati-hati,sayang....ini zaman orang curah asid saja-saja tak pasal-pasal yang buatkan tak kelakar mana pun kalau cakap dengan terus-terusan menjana fantasi gelap di dalam minda individu tak mustahil langsung boleh merangsang golongan senang terpengaruh untuk merealisasikan fantasi yang terpendam kepada realiti.serius,siapa berani angkat tangan nafikan dengan yakin itu takkan berlaku?tapi tak kisahlah.masing-masing punya cara.so,peace!selamat berkarya~

nah dah berjela.baik.berhenti.
 

19 ulasan:

sahidzan berkata...

errrrkkk.

okey.

*sambil menggosok bucu meja.

broken_nigina berkata...

haha..
comel.

Unknown berkata...

ah. Kena ulang lagi sekali.

broken_nigina berkata...

err..
ulang apa tu?

Unknown berkata...

kali kedua baca baru faham.

Ego.
Prinsip.

Dua benda yang hampir sama tapi tak. :)

btw. Time kaseh sudi baca tempat aku.

ps : 'macam
adegan seksual,bila diolah dengan halus dan
asli,digarap cantik,boleh menjadi mahal dan indah
tapi sebaliknya kalau diolah dengan
gelojoh,lahap,kotor,menjadi lucah dan
murahan,' aku suka ini dan aku cuba buat.

broken_nigina berkata...

lol.
pandai..

Nveil berkata...

hai. dah jenguk karingeri ke belum? heu heu heu

broken_nigina berkata...

nak kena gigit?

. berkata...

Terima kasih pandangan ikhlas kamu. dan maaf kalau saya juga tergolong dari golong hipokrit itu. yup memang unsur negatif tapi itu semua ialah fiksyen yang bogel tanpa kosa bahasa.

Manusia pada asasnya zalim dan tidak berperikemanusiaan, yang memanusiakan manusia ialah akal dan ilmu pengetahuan agama dan dunia.

terima kasih pandangan ikhlas kamu

Ps: sebenarnya mahu ajak kamu tapi semua pun tak berani ajak. kehkehkeh.

broken_nigina berkata...

gua bukan apa.it's just so hard for me,personally,untuk terima bila anak kecil dipergunakan menjadi subjek permainan 'fantasi'.selain dari tu,tak ada hal sangat.
apapun,ia cuma pandangan peribadi.
manusia berbeza selera,kan?

:)

p/s:errr..am i that scary?

Unknown berkata...

hai babe.urm,okay.first thing first,sorry kalau saya pun termasuk dalam kategori yang menulis secara hipokrit or menulis something yang boleh mempengaruhi readers untuk buat benda bodoh or 'boleh merangsang golongan senang terpengaruh untuk merealisasikan fantasi yang terpendam kepada realiti'.yes,u r rite,sebab kemungkinan seperti itu tetap ada,walau sekalipun kita dah tutup blog2 yang berfantasi jahat ni.sebab sumber fantasi tu boleh datang dari mana2 saja.

dan juga,kita masing2 ada cara sendiri untuk garapkan imaginasi kita.mungkin bagi kamu,cara macam tu gelojoh or kejam.tapi itu lah..cara masing2..selera masing2..

broken_nigina berkata...

:)

yup.ikut keselesaan masing-masing.

batas gua,jangan anak kecil yang jadi alat mainan,dieksploitasi semata-mata nak memuaskan 'fantasi'.konsep yang sama dengan child pornography.itu bagi gua lah.anything yang melibatkan anak kecil sebagai mangsa,it's unacceptable,walaupun sekadar dalam imaginasi.mungkin gua yang lemah,naluri keibuan terlalu tinggi tak boleh sporting dalam bab anak kecil tapi still,itu prinsip masing-masing.

zoul yazix berkata...

yes, faham dan nampak apa yang cuba disampaikan disitu.

ada benda yang gua ambik daripada sini walaupun tak semua gua setuju.

terima kasih yooo.

broken_nigina berkata...

okeh.
:)

. berkata...

saya pun takut dengan kamu. muahaha. maaflah taktahu mana satu blog utama kamu sebab tu tak komen. =.=" sekarang baru tahu. hihi

broken_nigina berkata...

;p.
ayu camni pun nak takut.lol.

Nveil berkata...

ok baru nak baca.

ghost berkata...

ini lah pandangan yang menjelaskan dan merupakan kritikan yang lebih kritis.penjelasan terbuka kepada semua penulis yang memikirkan kalau setiap penulisan itu harus punya had dalam melemparkan suatu yang lebih bengis.sayangnya,aku tidak melihat perlunya ada kata hipokrasi dalam penulisan seperti yang digambarkan..ia masih boleh dibedakan dengan penulisan yang lebih kepada diri sendiri...

selebihnya aku akui kebenarannya...nig,itu sudah cukup menjelaskan pendirian kamu.nice.

broken_nigina berkata...

dan kamu,degil.sha,ok?bukan nig.
haha.mungkin gua patut mengalah saja.lama-lama jadi serasi dipanggil nig tapi hanya oleh ghost.

itu sekadar pandangan dari sudut peribadi.meluahkan apa yang dirasa.