Isnin, Mei 09, 2011

Atas Tangan

pilih bisu,lari laju ke dalam kegelapan untuk bersembunyi,biar beban melarat lalu menjadi salah-tafsiran,mengusir jiwa-jiwa yang peduli,memanjangkan kesakitan bersama diam yang mencengkam,lantas derita sendiri seorang diri dengan memercikkan tempias derita itu pada mereka yang terkesan yang terhiris dalam tanda-tanya tersisih tanpa alasan dan akhirnya menjadi penderitaan beramai-ramai yang terpaksa ditanggung secara sendiri-sendiri oleh hati yang terkorban dan apa yang turut sama termusnah adalah segala makna yang seharusnya manis dan berharga,dan semua terkubur,meratapkan 'mati'.

atau,

pilih suara,rungkaikan kebenaran agar nampak cahaya,lepaskan beban dari melarat lalu menghurai salah-tafsiran,menghargai jiwa-jiwa yang peduli,meringankan kesakitan dengan berkongsi dan berbicara,lantas membebaskan derita dengan sudi menerima keprihatinan dan kasih-sayang dari mereka yang seikhlasnya akan turut  merasa lega dan tenteram kerana mampu memberi pinjam kekuatan dan akhirnya menjadi satu pengertian mendalam yang membuat segala makna lebih manis dan berharga,dan semua tergenggam,menyemarakkan 'hidup'.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua ayat berjalan atas satu nafas.
selamat pagi cantik.

broken_nigina berkata...

selamat pagi.
tak sign in?
:)

ghost berkata...

antara keduanya,punya cara yang berbeda untuk jalaninya..

± berkata...

ayat2 camni yg gua lemah

broken_nigina berkata...

ghost-membisu boleh membunuh diri sendiri,dan orang lain yang terjerut dalam tanda-tanya.

dark-huhu.rasa macam dah straight forward.