Jumaat, Mei 06, 2011

Sendawa Panjang

taip,padam.taip lagi,kemudian padam lagi.hanya beberapa hari,tapi bagi gua yang menganggap penulisan itu sebagai makanan jiwa,terasa macam dah lama gua tak menulis,dalam ertikata benar-benar menulis.

hmm..makanan jiwa?tiba-tiba rasa macam tak tepat istilah tu.ia lebih kepada bahan muntah,sendawa,kumbahan.sebab dengan segala macam input yang masuk ke dalam otak dan jiwa,akan jadi sesak dan sendat di dalam jika tidak dihadam dan dikeluarkan kembali ke mana-mana.jadi gua perlu tumpahkan ia keluar.kalau tidak,nanti otak akan kembung.ya,kembung otak.otak membuncit dan menegang akibat mendapan maklumat yang tidak dapat dikeluarkan setelah diproses masuk daripada luar.

baik.mungkin gua patut mengaku sebenarnya gua sedang merepek.gua tak tahu gua sedang bercakap tentang apa atau sedang mahu bercakap tentang apa.gua tak ada komputer di sini,dan gua juga tak memiliki laptop sendiri jadi bila berada di sini gua memang tak dapat nak menulis.hanya sekarang ni,gua berjaya untuk 'mencuri' seketika laptop bawa lari ke dalam bilik.tapi gua menaip dalam bentuk yang sangat-sangat perlahan.tekan papan kunci mengeja dua-tiga patah perkataan,kemudian termenung dan melamun dalam minda sehingga berjela-jela muka cerita.

gua berhenti sekejap tadi,untuk beberapa jam sebelum sambung menaip kembali.susah untuk tumpukan perhatian di sini dan di sini gua maksudkan di johor.masih lagi berada di sini sejak jumaat lepas dan menyambung mc untuk hari ketiga.jujurnya gua dah tak rasa sakit tapi untuk lebih selamat,gua terus saja cuti sakit di sini,sebagai langkah berjaga-jaga.setidak-tidaknya,lebih baik kalau perut tiba-tiba meragam balik ketika gua duduk dalam rumah daripada gua duduk dalam bas dan kalau gua mahu lebih jujur,ia juga bersangkut-paut dengan malas.sebab hari ni dah jumaat.alang-kepalang.

sebut pasal alang-kepalang,menakjubkan kalau difikir kenapa alang-kepalang itu selalunya lebih memberat kepada perkara negatif.daripada satu keburukan,teruskan saja menjadi dua keburukan dan daripada dua keburukan,jadikan saja tiga dan alang-kepalang,baik bergelumang terus saja dengan keburukan untuk seterusnya dan seterusnya.tapi bila buat kebaikan,selalunya kita cenderung untuk sekadar bereaksi,'setidak-tidaknya ada juga benda baik yang kita buat.'macam pelik,kenapa kita jarang dan sangat jarang untuk beralang-kepalang dengan perkara yang baik?kenapa tak 'alang-alang pakai tudung,pakailah baju labuh tutup punggung dan lengan panjang' sebaliknya 'setidak-tidaknya dah pakai tudung tutup juga rambut daripada tak pakai langsung'.

dan tiba-tiba gua terfikir tentang teori titik hitam atas kertas putih.sebenarnya,memang wajar pun kita melihat pada titik hitam itu,atas sebab,'alang-kepalang'.bila segala-galanya dah cukup cantik,kenapa tak dipercantikkan terus dengan sepenuhnya.hidup dan evolusi,gua fikir.yang mentakrifkan positif atau negatifnya sesuatu pandangan adalah penerimaan minda kita sendiri,kerana jika diperhalusi lagi,melihat pada titik hitam itu sebenarnya boleh saja menjadi satu penghargaan pada keindahan warna putih.bukan kerana kita mencaci putih disebabkan kehitaman yang kecil,sebaliknya mahu menyucikan kehitaman yang kecil demi menyempurnakan keindahan yang telah sedia-ada.kita sedih bila permukaan yang licin tercalar oleh garisan halus dan kita buka minda untuk tafsir ia secara positif dengan menerima ia sebagai satu fitrah manusia yang menghargai suatu keindahan dan enggan keindahan itu dicemari.apa yang menegatifkan ia bila kita sendiri menerima secara negatif dengan mentafsir bahawa manusia hanya fokus pada keburukan dan memejam mata pada segala kebaikan.

gua senyum sendiri menulis ini.heh.rasanya,memang gua menikmati ini.mencabar pandangan umum dan memutar-pusing perspektif untuk mempositifkan negatif atau menegatifkan positif.sebab kehidupan ini tak statik dan hukum manusia tak pernah mutlak.

gua lihat kehidupan sebagai satu seni halus yang sangat luas.ia bukan sains,ia bukan matematik.yang pastinya ia tak teknikal dan bukan mekanikal.macam mana mahu rangkumkan semesta yang tak terbatas ini ke dalam satu teori yang mati?perkara yang tak terjelaskan,menjadi indah kerana ia tak terjelaskan.itu,yang kita panggil sebagai rahsia dan misteri.mereka kaji tentang bagaimana,tapi mencari bagaimana tetap tak membawa kita kepada kenapa.apa yang gua cakap dan gua ulang cakap,melihat dengan rasa.mungkin gua bukan lagi peminat buku kerana gua sudah tak begitu berminat dengan jawapan yang termaktub di dalam buku.gua bukan pelajar yang baik,tak pernah dan tak akan menjadi,sebab gua tak percaya pada ilmu yang mutlak,selain daripada ilmu Dia malah ilmu yang terhukum itupun ada pemboleh-ubahnya,mengikut keperluan zaman dan keadaan.

apa yang gua tulis ini,mungkin tindak-balas daripada pembacaan terhadap tulisan-tulisan penulis blog yang lain.tapi sebelum gua merepek lebih jauh dan kemudian berhenti mendadak sebab dah malas,gua patut berhenti sekarang.laptop yang dicuri perlu dipulangkan balik.ya,gua memang pencuri yang gagal.tak ada bakat untuk mengambil sesuatu yang bukan milik gua dan gua juga tak ada bakat untuk melihat sesuatu yang tak pernah wujud.sebab itu,gua tak pernah punya kawan imaginasi.how to?fantasi itu fantasi,realiti itu realiti.pemimpi yang realis.now seriously,perlu berhenti.menaip sebelah tangan dengan sebelah lagi memangku baby yang baru terlena.babies are the loveliest creatures in the world,right?

ok.dah.

Tiada ulasan: