Rabu, April 20, 2011

Jumpa dan Cari

pusing keliling satu galaksi cari jawapan,tapi asyik sangat cari jawapan,dah lupa apa soalannya.jadi sebenarnya,boleh ke jumpa jawapan kalau tak tahu apa soalan?boleh ke jumpa apa yang dicari kalau tak tahu apa yang sedang dicari?tapi 'jumpa' boleh saja berdiri sendiri.tak sepanjang masa perlu berganding dengan 'cari'.mungkinlah.tapi kalau ada peta,mungkin perjalanan lebih terarah.itupun,kalau tahu baca peta dan itupun kalau tahu nak pergi mana.katakan ada peta yang canggih tentang segala arah di zimbabwe,tapi tengah berjalan di alor setar kedah..ya,berjalanlah puas-puas di alor setar kedah dengan peta arah zimbabwe.manusia ni memang kelakar pun.

apa gua merepek ni sebenarnya?buat-buat tanya.biasalah.manusia kan memang kelakar.padahal hakikatnya gua memang merepek sepanjang masa.suka merapu,bercakap macam orang mabuk.pakai hambur saja.tapi itulah.'jumpa' tak semestinya lahir dari 'cari'.tak selalunya hilang buat kita sedar wujud.kadang-kadang wujud buat kita sedar hilang.jadi mungkin,tak ada destinasi itu adalah sesuatu yang baik juga.mungkinlah.itupun kalau kita memang betul-betul tak ada destinasi dan itupun kalau kita tahu kita memang tak ada destinasi.teroka dunia dengan segala ketidakpastian dan terbuka untuk segala kemungkinan.adventure,kan?

'adventure' tu,apa dalam bahasa melayu?pengembaraan,bunyi macam pengembaraan.penerokaan,bunyi macam penerokaan.perkataan bahasa inggeris yang tak kesampaian untuk diterjemah ke dalam bahasa melayu.tapi apapun,sebenarnya memang gua sedang merepek saja ni.sambil-sambil mendengar cradle of filth yang memekak di komputer.entah apa pesen jenis degil nak tidur.padahal tidur je pun.lainlah kalau ada aktiviti yang gila menarik sampai tak tidur.

Tiada ulasan: