update blog puas-puas.ya,gua memang suka menulis jadi suka hati gualah.kalau jeles,updatelah sama banyak-banyak.tak ada orang nak marahpun.blog karya gua tu dah lama terbengkalai.masa selongkar sampah-sarap bawah katil semalam,gua belek-belek buku tulisan gua dan gua jumpa semula buku yang gua tulis cerita mawar hitam tu.gua suka mengarang sebenarnya.tapi sebab gua ni pemalas macam apa dan buat kerja sesuka hati ikut mood,jadi gua tak rasa gua sesuai untuk jadi pengarang.lagipun gua karang cerita saja suka-suka nak puaskan diri sendiri,bukan nak hasilkan karya meletup yang mampu melelehkan air liur peminat buku.cumanya,rasa sayang jugak kalau tulis penat-penat lepas tu setakat perap bawah katil jadi sampah.gua letak dalam blog kalau-kalau ada yang sudi nak baca tapi itulah,gua memang tak pandai nak mempromotekan diri sendiri.mana boleh suruh-suruh,kan?kalau orang suka,orang akan baca.memang tak ada apa yang istimewapun,melainkan jujur gua tulis apa yang gua rasa gua nak tulis.jadi gua sambung cerita mawar hitam tu di blog karya gua.
gua ingat,dulu-dulu,pernah juga ada keinginan nak jadi novelis.sebab gua suka sangat baca novel masa zaman budak-budak,jadi terbit rasa macam nak menulis sama.gua mula gatal-gatal mengarang masa darjah tiga,tapi setakat conteng-conteng bodoh cerita yang entah apa-apa.sampailah masa darjah empat,gua berjaya siapkan 'novel' gua yang pertama.haha..gila kelakar sebut novel.kisah pertama karangan gua yang gua tulis tangan dalam buku.tajuk dia 'duri cinta'.baru umur sepuluh tahun dah gedik karang cerita cinta.tapi gua rasa sebenarnya cinta tu cuma medium saja.subjek sebenar yang nak disampaikan bukanlah pasal cinta.ceritanya tentang lelaki anak orang putih yang jatuh cinta pada perempuan melayu.gila bercinta,nak kahwin,bawak si awek jumpa ibu tapi kemudiannya tak direstu.kerana degilnya nak mempertahankan cinta,sanggup bersengketa dengan ibu sendiri tapi dalam kedegilan tu,bila diperkenalkan kepada gadis pilihan ibu,tiba-tiba je sekelip mata hati boleh jatuh cinta dan akhirnya berpaling tadah setuju untuk terima.jadi sebenarnya macam tulah.kun fayakun.tak kisah apa kita fikir,apa kita rancang,tuhan boleh ubah dalam sekelip mata.hati,rasa,hidup,takdir,adalah milik Dia.akhirnya tinggallah perempuan tu kecewa sendiri dan perkataan terakhir yang jadi penamat dalam cerita tu adalah 'pasrah'.
lagi sekali,gua tergelak.masa tu pun dah cenderung suka kesudahan yang sedih.entah,happy ending bosan kot.tengok ultraman pun,gua harap rasaksa(ke raksasa?) menang.ending impian gua,ultraman mati,lepas tu rasaksa(ke raksasa?)bermaharajalela di muka bumi.
apapun,sebenarnya gua cuma nak cakap,pada sesiapa yang baca apa gua tulis ni,kalau sudi bacalah sama novel sampah gua kat sini.
sekian terima kasih.
2 ulasan:
banyak sangat ni.
perlu habiskan satu malam untuk membaca.
oktipu.
;p
Catat Ulasan