Rabu, April 20, 2011

Ce Citerr Ce Citerr Ce Citerr

ayat kat atas tu,serius gua rasa macam nak lempang bila dengar.jadi untuk tujuan keselamatan,sila jangan gunakan ayat tu bila bercakap dengan gua.tapi itu cuma selingan je sebenarnya.gua bukan nak bercakap pasal benda tu pun,tapi nak bercerita pasal blog.

tadi ada seorang blogger tanya setiap blog gua mewakili apa memandangkan gua ada banyak blog.walaupun pertanyaan tu mungkin sekadar tanya-tanya ayam tapi gua rasa nak jawab serius dan kalau gua nak jawab serius sampai buat satu entri khas pun,suka hati gua lah kan.blog gua,bukan blog orang lain pun.

sebenarnya gua dah terpesong buat benda lain masa menaip entri ni dan dah hilang mood nak sambung tulis balik.gua ni suka sangat.buat benda tak siap sebab hilang minat separuh jalan.bukan salah gua,ok.dah memang dalam darah gua ada sifat macam tu.ini biasalah,resmi menyalahkan faktor lain atas kelemahan diri sendiri.tapi,gua nak habiskan jugak kali ni.jadi,buat cepat-cepat sebelum gua muntah.

asalnya gua nak cerita apa,ya?oh.pasal setiap blog gua mewakili apa.ok..sebab gua malas gua akan tulis dalam bentuk point-point macam nota kat sekolah je.

1-dariluardunia

ni blog gua bermula.bukan blog pertama tapi blog tempat gua mula berblog jadi gua anggap ini 'rumah' gua.kira headquarters la.asasnya,ia tentang diri gua.tempat gua nak membebel nak rapukan apa saja ikut sedap selera gua.tapi sebab ikut sedap selera gua itu ada banyak jenis,jadi gua pecahkan kepada label-label untuk membezakan setiap satu:-

layan kepala-ini merujuk kepada minda gua.gua tulis apa yang gua fikir,tak kisah lah tentang apa-apapun.ianya berkisar tentang otak gua,pemikiran gua,pandangan gua.gua merepek melayan otak dan muntahkan ke dalam ini.

layan jiwa-ini merujuk kepada perasaan.gua melayan jiwa,melayan rasa.pendek kata,perasaan dalaman yang gua keluarkan dari jiwa.

layan emo-macam tajuknya,layan emo.ini bila gua nak lepas geram masa tengah emo.jadi entrinya memang emo lah.namapun layan emo kan.

layan blues-ini merujuk kepada kenangan sebenar dalam kehidupan gua yang gua saja nak tulis dan kongsikan.manusia biasalah,tak lepas dari mengenang kenangan.

layan fantasi-ini adalah khayalan-khayalan gua.gua berfantasi,berillusi dan menulis di bawah label ini,bermakna gua tengah berada di bawah khayal dan sedang hanyut di alam kayangan.

layan sampah-ini adalah himpunan hasil kerja gua.lukisan,puisi,dan apa-apa sajalah yang gua hasilkan.ada antaranya yang lama yang ada dalam simpanan peribadi gua dan ada yang fresh memang gua hasilkan on the spot kat dalam ni.

layan lirik-tentang bait-bait lirik dalam lagu yang gua rasa mendalam dan hebat.

layan renung-bila gua menulis tentang apa-apa yang boleh jadi renungan dan membawa keinsafan dalam diri,which is,nampak sangat memang tak banyak.

layan hangguk-ringkas.bermakna layan lagu.apa-apa lagu yang gua rasa nak layan dan kongsikan.kebanyakannya adalah lagu keras tapi lagu lembik pun ada jugak.

layan joget-eh,label ni pun ada ke?yang ni,gua lupa.akan dipadam.

layan selit-ini bila gua tampalkan apa-apa je dari website lain atau dari mana-mana secara rawak ikut suka hati gua.pakai main selit je ikut suka hati.

ada lagi ke?dah.kesimpulannya,dariluardunia adalah gua dan dunia gua.

2.sampah sarap

ini adalah blog pecahan gua.sebab gua rasa terlalu 'rojak' sangat satu blog ada macam-macam elemen,jadi gua putuskan untuk buat satu blog baru khusus untuk puisi atau dalam bahasa lebih mesranya,sampah-sarap.jadi sampah sarap tu sebenarnya lahir daripada label 'layan sampah' yang berasal daripada blog ini.

dalam sampah sarap gua guna id 'pembuang sampah'.tujuan gua guna id lain bukanlah nak menyamar watak lain tapi sebenarnya niat asal ialah gua nak bagi link pada kawan sebenar gua di dunia realiti.dia adalah kawan gua yang paling rapat dalam dunia ni,tapi gua tak pernah beritahu dia tentang kewujudan blog gua.yang buat dia syak gua pun ada blog bila gua selalu bercerita pasal blog orang tu blog orang ni.gua rasa bersalah bila dia asyik mintak url blog gua tapi gua tak kasi.konon-kononnya untuk 'membukakan diri' bagi dia baca tulisan gua tanpa dapat jejak gua kat sinilah gua buat id baru.tapi lepas gua dah buat id baru dan blog baru,gua ubah fikiran,tak jadi kasi.entahlah.tak mampu kot.selama gua berblog sejak tahun 2005 ni,gua masih merahsiakan kewujudan blog gua daripada 'manusia-manusia sebenar' dalam hidup gua malah gua tulis sampah-sarap sejak dari zaman sekolah pun gua tak pernah tunjukkan pada mereka.memang tak boleh.tak boleh dan tak rela,tak sanggup.sebab tu kadang-kadang gua akan kunci blog,bila gua rasa macam 'tak selamat' dan gua sebenarnya lebih nak rahsiakan identiti maya gua daripada manusia nyata daripada nak rahsiakan identiti nyata gua daripada manusia maya.

melalut la pulak gua.dah jadi entri panjang secara kemalangan lagi.isk.

3-alam lain

blog ni gua buka masa gua tengah kunci blog dariluardunia.masa tu 'mereka-mereka' sibuk cuba nak jejak gua.sebab gua gian nak menulis dan rasa lemas menulis dalam ruang berkunci,gua buat blog baru.dalam ni gua menulis dengan penulisan yang lebih skema.malas nak terangkan lebih panjang.kesimpulannya,alam lain lah.

4-karya.gua

ini blog tempat gua longgokkan hasil karangan gua.sebab sayang,cerita yang dikarang simpan bawah katil.dalam tu ada kisah-kisah yang kononnya novel hasil tulisan gua sendiri.tiga cerita setakat ni adalah hasil nukilan zaman sekolah yang gua salin balik ke dalam komputer.

mawar hitam-cerita ni gua tulis masa gua tingkatan dua.

ntahapehapentah-ini gua tulis masa gua tingkatan tiga.

jalan hitam-dan yang ini,adalah tulisan yang gua anggap paling peribadi.gua tulis masa gua tingkatan empat.tapi ngam lepas siap,gua bagi buku tu pada seseorang,dan sampai sekarang gua tak dapat balik.dua tahun sebenarnya gua guna untuk siapkan,sebab gua menulis ikut mood,tapi akhirnya lesap.lepas tu banyak kali gua cuba tulis balik,tapi sampai hari ni masih tergantung.feelnya memang dah tak sama.dan yang malangnya,lepas gua dah taip semula lebih separuh jalan ke dalam komputer,semuanya hilang lepas gua formatkan komputer gua.memang bodoh sebab lupa nak copy.yang lain-lain,puisi dalam simpanan yang gua taip balik dalam lebih kurang 300,turut hilang.tapi yang tu gua tak terkilan sangat sebab gua masih ada hard copy.cuma jalan hitam tu.dan bila gua fikirkan balik,seolah-olah memang ditakdirkan cerita tu tak wujud lengkap.

5-cintaku yang rock-ini,blog kisah cinta seorang budak.itu saja.

rasa macam nak pengsan siapkan entri ni dan gua rasa ini adalah entri paling poyo yang pernah gua buat.dah.gua nak berhenti sebelum gua termuntah.

2 ulasan:

Nveil berkata...

oo. haha, ya.

aku pun macam tu.

sebelum adsg tu muncul, ada 2 blog lain. adsg bukan blog sebenar. adsg muncul sekadadar untuk aku masuk tengok dashboard dan entri terbaru blogger yang lain.

broken_nigina berkata...

url yang paling susah nak disebut.asdg bla bla bla.