satu hari,dia cakap pada gua,gua sebenarnya langsung tak ada apa-apa keistimewaan dan dia tak tahu apa yang pernah dia nampak pada diri gua sedangkan hakikatnya,gua ni bukanlah apa-apapun.
lalu gua balas,dia boleh cakap apa saja yang dia mahu tapi hakikat akan kekal hakikat,dia tak pernah berjaya memiliki gua dulu,tak pernah berjaya memiliki gua sekarang,dan tak akan pernah berjaya memiliki gua sampai bila-bila pun.never yours and never will be.
dan itulah cara kita menyayangi-dengan saling menyakiti.
cerita yang berlanjutan belasan tahun hingga ia ditamatkan dengan gua menjadi gumpalan sampah masa silam yang dikeronyok dan dibuang demi menggenggam masa depan.dia kesatkan air mata gua,lembut,setelah bersahaja memberitahu akan bina hidup dengan pilihan hati dan berkata,"apa yang kita mahu,tak semestinya apa yang kita perlu,dan apa yang paling kita harapkan selalunya adalah apa yang tak seharusnya kita miliki,"dengan sinar mata yang untuk sesaat memancarkan getaran yang sama,seperti apa yang gua lihat di dalam mata seorang budak lelaki enam belas tahun yang pernah memuja gua separuh gila,sebelum ia dibunuh dan digantikan dengan pandangan mata seorang lelaki yang keras hatinya dan takkan tergoyah,walau gua titiskan airmata darah,atau mati sekalipun di situ.
dan segalanya berakhir..,cerita yang berlanjutan belasan tahun dengan penamat yang sejak itu,sebenar-benar penamat.
but i thank you,sincerely,for the closure....pemuja yang paling manis....selamat pergi dan terus pergi dan jangan sekali-kali bertemu kembali,hidup dan mati.

2 ulasan:
sabar byk2 yer gina. mmg perit bila 'dibuang' demi mengejar yg lain/whateva. gua melalui benda yg sma. pahit, perit, sakit, hanya diri sendiri yg tahu.
yup, penamat yg mmg penamat. gua da penat. LOL *melepas perasaan kt sini pulak. huuhu*
tak cikgu weween,ni cerita dia lain sikit.hehe.tu cuma ringkasan je.hehe.
Catat Ulasan