apa yang gua buat sedari semalam adalah terus-terusan mengorek masa silam dan menimbus diri gua di dalam.kenapa?ianya tak ada kena-mengena dengan mereka atau sesiapa.hanya isu diri gua,pergelutan dalaman yang berlangsung di ruang jiwa dan emosi di antara gua dan diri sendiri.pencetusnya?entah.hanya masa silam yang berulang,yang buat gua tercampak dan jatuh ke dalam semalam untuk menghidupkan semula detik-detik yang sama,yang membunuh segala ketenangan jiwa.
kecamuk.amuk rasa yang entah apa-apa.tapi sejujurnya,gua begini hanyalah normal.ini normal gua.amat terkawal tapi kemudian secara tiba-tiba bergolak dan sunguh-sungguh,gua tak tahu apa yang menjadi punca pergolakan itu.mahu jelaskan ini,kepada orang yang waras,gua tahu amat sukar.roler koster emosi,mood swing,personaliti yang berbelah-belah berpecah-pecah.sekejap gua adalah puteri ayu penuh gemalai,sekejap pula gua adalah hantu jembalang,kemudian tiba-tiba gua adalah pari-pari suci bersayap putih yang tak semena-mena bertukar menjadi syaitan penggoda berserampang merah dan kemudian gua adalah anak kecil yang sangat naif dan lurus tapi kemudian gua menjadi wanita berhati hitam dan penuh kegelapan yang tiba-tiba bertukar menjadi sangat lembut,sangat mesra dan sangat manja dan sekelip mata,tiba-tiba berubah menjadi sangat keras,sangat sinis,sangat lancang.gua tak tahu bila-bila setiap watak itu akan keluar mengambil-alih diri gua.jadi,ia sesuatu yang gua anggap tipikal kalau orang tak dapat bertahan lama dengan gua.gua terlalu berlebihan,untuk mereka yang biasa,menjadikan usaha mendampingi gua suatu kerja yang teramat sukar.memang gua memeningkan dan menyesakkan otak.tapi percaya atau tak,gua tak berniat macam tu.
tajuk di atas sebenarnya tak ada kena-mengena dengan entri gua ni.it was meant for something else,tapi gua ubah fikiran untuk menaip perkara lain,menidakkan niat yang asal.apa lagi di sini?tak perlu.gua hanya pusing-pusing cerita yang sama saja daripada awal sebenarnya.cerita sama tentang diri gua,over and over.
dah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan