dalam dunia gua tak ada kotak.jadi gua tak berfikir di dalam atau di luar kotak.gua lihat alam ini satu ruang yang luas.ruang yang tak berpangkal dan tak berhujung.ruang infiniti.gua boleh pergi ke mana-mana saja,bila-bila masa,dan gua boleh berdiri di sudut mana-mana di laluan mana-mana pun ikut arus mana pun yang gua pilih.gua adalah zarah bebas.menerawang,berterbangan,rawak tanpa satu jisim yang tetap.gua bayang-bayang.gua hantu.gua khayalan.tapi gua juga adalah realiti,realiti pada waktu realiti menjadi paling realiti.
tinggalkan ruang,tinggalkan fitrah,tinggalkan jisim,tinggalkan wajar..di dasar yang paling dasar di sebalik dasar,kebenaran itu hanyalah kosong yang tiada tubuh.gua duduk di situ,di titik di mana kewarasan perlu tidur.jadi gua bukan sengaja mahu menabalkan diri berbeza,tapi pandang sini dan sejujurnya,adakah ia sama?tapi alam maya ini,menariknya,kerana gua bukanlah satu-satunya orang yang gila.dan kalau lu sedang membaca ini,tahniah,lu juga gila.
*senyum

4 ulasan:
hehe
betul,kan?
betul.
kita orang gila.hehe.
Catat Ulasan